Jumaat, 6 Februari 2015

10 Sebab Kenapa Rakyat Malaysia Tidak Bersetuju Dengan Bayaran Pampasan 1 Billion Kepada Syarikat AES.


Pada semalam TMI telah melaporkan bahawa 'kerajaan dalam peringkat rundingan terakhir dalam proses penyelesaian dengan dua syarikat AES yang ditamatkan kontraknya apabila kerajaan membuat keputusan untuk menarik semula perjanjian kontrak pelaksanaan AES dari kedua-kedua syarikat yang mendapat tender AES iaitu Beta Tegap dan ATES'.

Menurut sumber yang enggan dinamakan memaklumkan kepada TEFD (The Edge Financial Daily) bahawa bayaran pampasan ini akan melibatkan 'sejumlah wang yang besar' sehingga kepada 500 juta bagi tiap-tiap syarikat yang terlibat.

Kedua-dua syarikat tersebut dilaporkan telah membuat pelaburan yang sangat banyak selepas dianugerahkan tender bagi melaksanakan AES di negara ini pada tahun 2012 sebelum 'cara pelaksanaannya' ditarik semula pada tahun 2013.

Kerajaan menerima pelbagai respon dan tindak balas negatif apabila AES mula beroperasi di negara ini dengan sejumlah besar rakyat menolak pelaksanaan tersebut kerana tidak menyakini dengan cara kerajaan mengendalikan saman trafik tersebut.

Hishammudin yang memangku jawatan menteri pengangkutan pada masa itu akhirnya telah membuat keputusan untuk membatalkan pemberian kontrak AES kepada kedua-dua syarikat yang terlibat dan mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan AES itu secara menyeluruh tanpa melibatkan campur-tangan dari pihak swasta.

AES mula menjadi kontroversi apabila kandungan kontraknya mula didedahkan kepada umum termasukla pembahagian jumlah saman yang melibatkan formula 3 langkah.

Baca : Formula 3 langkah menyaman rakyat dalam sistem AES.
Baca : Kerajaan ubah taktik mengenakan rakyat dalam AES.

Menurut sumber tersebut lagi, proses rundingan akan dimuktamadkan dalam masa 2 minggu dan jika persefahaman dicapai, pampasan dianggarkan bernilai mencapai amount 1b akan dibayar oleh kerajaan kepada kedua-dua syarikat tersebut sebagai 'balasan' membatalkan kontrak AES.

Samada bayaran pampasan tersebut berjumlah 1b ringgit atau mendekati 1b ringgit atau melebihi dari 1b ringgit, ini apa yang rakyat Malaysia fikir.

Rakyat Malaysia tidak bersetuju untuk dilibatkan dalam bayaran pampasan tersebut melalui penggunaan wang pembayar cukai dan ini 10 sebab kenapa rakyat Malaysia menolak untuk dilibatkan dalam pembayaran pampasan tersebut.

Pertama. Rakyat Malaysia sejak awal lagi tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan AES. Sebaliknya menyeru agar kerajaan kurangkan, batalkan dan mahsuhkan tol serta membaiki jalanraya yang teruk di beberapa lokasi di samping mahu kerajaan mengemaskini cara mereka menghukum rakyat melalui peraturan jalanraya sedia ada. Jangan hukum pesalah jalanraya guna duit sebaliknya gantikan kepada khidmat awam.

Kedua. Rakyat Malaysia juga bukan pihak yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian pemberian kontrak AES kepada pihak-pihak yang terlibat.

Ketiga. Oleh kerana sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan AES maka tidak wajar rakyat Malaysia dilibatkan dalam proses pembayaran pampasan kepada kedua-dua syarikat yang terlibat.

Keempat. Oleh kerana kerajaan yang memandai-memandai sign perjanjian dan tentukan terma dan syarat maka kerajaan haruslah memikul tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan yang mereka lakukan.

Kelima. Maka segala bentuk bayaran dan pampasan yang bakal disalurkan kepada kedua-dua syarikat yang terlibat haruslah dipotong dari gaji masing2 dan menggunakan duit pihak2 yang bertanggungjawab meluluskan tender tersebut. Mereka juga boleh melibatkan mereka2 yang bersetuju dengan pelaksanaan AES. Contohnya bloggers UMNO yang beria2 menyokong. So gunakanla duit2 yang menyokong AES untuk membayar sebarang pampasan kepada syarikat2 berkenaan.

Keenam. Rakyat Malaysia sebaliknya berpendapat duit 1b itu sepatutnya digunakan untuk meningkatkan prasarana ataupun kualiti persekolahan di sekolah awam secara berperingkat dan berterusan dari semasa ke semasa.

Ketujuh. Keadaan persekolahan awam di Malaysia tersangatlah teruk akibat kekurangan peruntukan dan penyeliaan berkala berbanding keadaan sekolah awam di negara2 membangun dan maju yang lain.

Kelapan. Peruntukan seringkali dijadikan sebab utama bagi meningkatkan kualiti pendidikan di negara kerana peruntukan yang ada seringkali dihabiskan dalam projek2 yang merugikan negara dan ini termasukla terpaksa menampung kos akibat keputusan salah yang dibuat oleh kerajaan. Sedangkan jika kerajaan uruskan wang pembayar cukai dengan sebaik-baiknya sudah tentu tiada tingkap pecah, pintu kopak atau lantai simen di sekolah awam. Sudah tentu tidak wujud sekolah berkeadaan buruk di kawasan pendalaman. Perbandingan sekolah awam di 'negara Islam' seperti Malaysia adalah sangat memalukan berbanding negara kafir yang lebih menjaga kebajikan pelajar mereka.

Kesembilan. Maka, rakyat tidak mahu lagi dilibatkan dalam setiap keputusan2 salah yang dilakukan oleh kerajaan dalam pelbagai jenis projek dan tender yang sedang, bakal ataupun telah dilaksanakan. Sendiri buat salah sendiri tanggung. Apatah lagi suara rakyat tidak pernah dilibatkan secara rasmi dalam tender AES. Tambahan pula rakyat memang membantah sekeras-kerasnya cara kerajaan melaksanakan AES di negara ini sejak dari mula kerana rakyat dah boleh membaca permainan kerajaan iaitu mereka sebenarnya bukan mensasarkan mahu mendidik rakyat tentang peraturan jalan raya sebaliknya menggunakan kelemahan rakyat dengan tujuan buat duit atau kaut untung.

Kesepuluh. Sudah sampai masanya kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya menanggung setiap keputusan2 yang salah itu dengan menggunakan duit mereka sendiri tanpa membabitkan wang pembayar cukai kerana rakyat bukan span yang berfungsi untuk serap dan menanggung kesemua keputusan2 salah yang dibuat oleh kerajaan selama bertahun2. Naik lemak la kau. Kau buat salah, lepas tue hadap rakyat tanggung. Sampai bila pun tak reti serik sebab tak kenal erti tanggungjawab.

Bukan 1 bukan 2 tapi ber-ratus2 samada kecik ataupun besar dan sampai bila sedangkan duit2 tersebut kalau digunakan dengan cekap sudah pasti kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan. Menteri2 Malaysia pandai pula nak office cantik, bilik kemas, reti pula nak pertingkatkan kualiti di tempat kerja masing2 tetapi sekolah Malaysia sejak dari dulu lagi tak berubah. Sekolah awam kita bermula dengan lantai simen dan kini lantai masih lagi simen. Bahkan sesetengahnya berlantaikan kayu di kawasan pendalaman. Sekolah awam di UK, Britain, Jepun dan Korea dah lama meninggalkan simen bahkan siap ada aircond dan alat pemanas lagi di sesetengah jenis sekolah awam. Kafir tak kenal Allah. Kafir tak sembah Allah. Kafir tak belajar Islam. Tapi kafir itu lebih menghargai rakyat mereka berbanding pemimpin Islam di negara ini. Dan katakan, kenapa kafir perlu memeluk agama Islam apabila sikap mereka lebih baik dari umat Islam dan mendekati Islam itu sendiri berbanding pemimpin Islam di negara ini?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...