Rabu, 4 Februari 2015

Cameron Highland Dah Parah, Penguatkuasa Gagal Bendung Penceroboh - Muhyiddin Kantoikan Siapa?


Dah lama tak layan berita tv3. Hari neh tergerak ahti nak melayan berita tv3. Dan ada beberapa perkara menarik yang tv3 laporkan. Tak disangka-sangka berita tv3 turut laporkan bahawa punca harga barang tidak turun walaupun harga minyak dunia sudah turun adalah disebabkan kejatuhan nilai ringgit di pasaran. Buang tabiat ke apa TV3 kau neh? Tetiba je jadi jujur.

KAH KAH KAH

Satu lagi yang menarik dilaporkan oleh TV3 ialah tentang persatuan IKHLAS yang mahu kerajaan ambil tindakan untuk desak peniaga besar dan pemborong2 besar turunkan harga barang. Jangan hanya tahu desak peniaga kecil dan hukum mereka dengan denda dan saman sedangkan pemborong dan peniaga besar dibiarkan terus bermaharajalela. Yes. Aku sokong point IKHLAS sebab kerajaan sepatutnya tumpu pada peniaga2 besar. Yang asyik kacau peniaga2 kecik jek dah kenapa. Katanya. Sehingga ke hari ini tiada mana-mana peniaga besar dan pemborong2 besar yang pernah dihukum oleh kerajaan. Balik2 yang kena peniaga kecik. Peniaga kedai makan, kedai runcit, pasar tani dan sebagainya. Yang meniaga besar-besar mana kerajaan pernah usik.

Bagus. Point bagus dia neh.

Tapi pelik la juga kan. Macam mana la boleh terlepas kat tv3. Terang2 kot kritik kegagalan KDNPKK dalam isu tersebut. Hasan Malek, kau kena serang ek?

KAH KAH KAH

Berbalik kepada tajuk asal artikel. Di berita tadi Muhyiddin Yassin sebenarnya tanpa sedar atau mungkin juga sedar dan sengaja telah mengantoikan beberapa pihak dalam isu pencerobohan tanah di Cameron Highland.

Katanya ;

1. Keadaan penerokaan haram di Cameron Highland dah parah.

2. Pemantauan yang ketat dan berterusan pun takde effect apabila perkara yang sama masih berlaku dan berulangan sehingga kini.

3. Walaupun terdapat pihak2 yang meneroka tanah secara berlesen namun ianya masih menceroboh.

Aku cuba fahamkan point ketiga Muhyiddin. Fikir punya fikir akhirnya aku dah faham. Bukan semua tanah2 di Cameron Highland dibenarkan untuk diteroka meskipun kau mempunyai lesen.

Tetapi tanah2 itu tetap diterokai oleh pihak2 tertentu dan pihak2 ini pula sikit pun tak takut dengan langkah penguatkuasaan yang dijalankan selama berbulan2.

Sehingga kini.

Kau ada tengok tak mana-mana malaon jerung kena tangkap, dakwa dan hukum atas isu pencerobohan di Cameron Highland? Takde kan.

Balik2 pekerja yang kena tangkap.

Then habis cerita.

Nanti banjir balik, rumah musnah, orang hilang, ada yang mati ke apa ke baru kecoh balik.

Lepas beberapa bulan senyap.

Then banjir balik. Kemudian ada orang mati lagi. Marah lagi. Dan senario yang sama di ulang-ulang selama berpuluh2 tahun. Kalau macam ini cara kerajaan selesaikan masalah memang sampai aku dan ko semua mati pun tak settle2. Macam buat bulatan. Pusing2 ke situ balik. 

Fikir punya fikir punya fikir pun memang tak logik gila penguatkuasa gagal bendung pencerobohan. Kau ada kuasa ada pangkat bahkan ada backup dari polis dan tentera. Kerajaan fully support tindakan penguatkuasaan kalau ko tengok menerusi media massa. Tapi still. Kerja2 pemantauan masih gagal menyekat penerokaan haram.

Apa kes?

Timbalan menteri perdana menteri declare terang2. Keadaan penerokaan tanah samada haram ataupun halal di Cameron Highland sebenarnya dah parah. Dah parah. Kau tahu. Dah parah. So takan la tak boleh tutup terus jangan bagi sapa-sapa keluar masuk jika tujuannya nak meneroka tanah. Apa yang menghalang kerajaan kau daripada bersikap tegas kepada peneroka2 tanah tersebut? Samseng sangat ke peneroka2 tanah haram di Cameron Highland tue sampaikan dari sultan kepada penguatkuasa biasa pun gagal nak kawal dan bendung kegiatan tersebut? Ke yang bagi lesen dengan yang melakukan pemantauan adalah pihak2 yang serupa? Cuma tukar baju ikut keadaan dan situasi bagi mengaburi mata rakyat?

KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri woi.

Rujuk video disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...