Rabu, 4 Februari 2015

Komen Ugutan Nak Bunuh Menteri Pula Tersebar. - Taktik Nak Alih Isu Ke?

Taktik. Propaganda. Dan strategi. Perlu bagi menanam rasa simpati ke atas kita. Eh, aku nak simpati ke kat ko pun Ismail Sabri? Jangan harap la kau. Setakat komen2 provokasi melepaskan rasa amarah di facebook ini pun korang nak amek port memang bangang la. Bukannya betul2 pun dorang akan bunuh dan cincang menteri.

Ini apa yang tersebar ;


Dan ini apa yang dilaporkan ;
Gara-gara tidak berpuas hati dengan kenyataan Datuk Ismail Sabri yang menyeru para pengguna memboikot peniaga Cina yang masih enggan menurunkan harga, beberapa orang pengguna Facebook hari ini mengugut untuk membunuh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu.

Komen bertulisan Cina yang berbaur ugutan yang dikesan tersiar di sebuah portal berita online itu bila diterjemahkan ke Bahasa Melayu berbunyi “Hari tu naikkan harga petrol. Sekarang turunkan pulak tapi salahkan kita. Mari kita bunuh dia!” yang ditulis seorang pengguna bernama Terry Chia.

Satu lagi komen yang memaparkan niat yang sama ditulis oleh Leong Teck Khean juga dalam bahasa Cina yang bermaksud, “Cincang dia tipis-tipis!” manakala seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan nama Peter Lee pula menulis komen berbaur perkauman apabila menulis ayat “Melayu Stupid”.

Setakat ini belum diketahui samada Datuk Ismail Sabri sudah dimaklumkan dengan komen-komen berbaur ugutan tersebut. Bagaimana pun perkara ini dipercayai sudah berada dalam pengetahuan PDRM dan mungkin dalam masa terdekat akan ada kenyataan rasmi dan siasatan mengenainya. – SuaraTV

Ini semua sebenarnya adalah merupakan taktik spin dan propa. Sengaja mengalihkan kesalahan menteri dengan menghebahkan pula kesalahan kecil dan remeh temeh rakyat yang bengang dengan kenyataan menteri. Supaya nantinya orang bersimpati ke atas menteri yang 'tertindas' dengan kenyataan tersebut. Dan PDRM pula akan laju2 buat kerja dan siasat facebooker2 yang mengeluarkan komen2 seperti itu seolah2 itu masalah besar dan perlu diselesaikan dengan kadar segera. 

Kalau nak diteliti, PDRM sepatutnya tumpukan perhatian kepada kritikan orang ramai terhadap intergriti agensi itu dalam kes remaja IPT mati dikelar baru2 ini. Jangan nak buat pekak badak apabila PDRM dipersoalkan sejauh mana mereka memainkan peranan apabila rakyat mengadu tentang bahaya yang mereka hadapi. Dalam kes remaja mati dikelar, umum diberitahu oleh bapanya bahawa anaknya menjadi target pada seorang lelaki, rakan kenalan sekampung. Lelaki itu seringkali menganggu anaknya sehingga sampai ke satu tahap, anaknya mati dibunuh akhirnya. Aduan telah sampai kepada PDRM tetapi sejauh mana polis bertindak memastikan remaja perempuan itu tidak lagi diganggu oleh lelaki tersebut? Apa yang polis lakukan bagi memastikan tahap keselamatan remaja itu tidak dicompromise by any means sekalipun?

Jika yang dikacau itu adalah VVIP adakah polis akan mengiringkan VVIP itu 24 jam sehari dan memastikan suspect tidak berupaya mendekati mangsa melalui apa jua cara?

Bagaimana polis bersikap bila nyawa yang terancam itu adalah nyawa orang biasa macam aku?

Baik polis focus isu neh lagi bagus. Check dorang punya protokol dalam menanggani dan menyelesaikan aduan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat daripada amek port tentang komen2 di atas. Ketika ini PDRM belum lagi respon apa2 tentang sebaran di atas dan aku harap PDRM benar2 tak respon apa2 tentang sebaran di atas dan kalau PDRM respon juga seperti mahu mengambil tindakan ke apa ke tentang sebaran di atas maka maaf cakap la.. aku terpaksa buang 1% respect yang ada untuk PDRM. 1% tue aku simpan untuk polis yang bersih, cekap, adil dan amanah dalam menjalankan tugas. 99% dah lama hilang sejak polis buat perangai yang aku benci.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...