Khamis, 5 Februari 2015

Akhirnya, Kerajaan Buat Salah, Rakyat Malaysia Tanggung - 1 Billion Pampasan Untuk Syarikat AES.


Kalau berita yang dilaporkan oleh The Edge Financial Daily ini benar yang kemudiannya diterjemahkan dan dikarang semula oleh Berita Semasa dalam edisi bahasa Malaysia, maka bersedia la dengan maki hamun dan sumpah seranah dari rakyat Malaysia wahai kerajaan.

Bila kami maki korang, kami tak biadap. Korang yang biadap.
Kalau kami nak buat banner kepala anjing yang melambangkan kepimpinan dan pentadbiran korang pun kami tak biadap. Korang yang biadap sebenarnya. Orang yang menggunakan bahasa kasar bagi mengambarkan betapa babiknya korang yang mentadbir negara ini sebenarnya dah gunakan jalan paling diplomatik bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan ahti terhadap berpuluh2 skandal penyelewengan dan korupsi serta salah tadbir yang membabitkan wang pembayar cukai. Kalau betul la rakyat Malaysia neh biadap, korang semua dah laju2 kena pancung, rumah kena bakar, anak bini kena bunuh, tahu2 je dah mampos masuk dalam kubur. So boleh nampaknya betapa sopan, lemah lembut, diplomatik, diplomasi, kami melayan kerajaan yang penuh dengan skandal penyelewengan sana sini ini?

Baca ;

Mudah dan indahnya sebenarnya menjalankan perniagaan di Malaysia dengan kerajaan Malaysia kalau kena caranya. Berita terkini yang Berita Semasa terima sepertimana mana dilaporkan sendiri oleh The Edge Financial Daily kerajaan bakal membayar sejumlah RM500 juta (duit pembayar cukai) kepada setiap syarikat.

Beta Tegap bakal terima pampasan RM500 juta
ATES juga bakal terima pampasan RM500 juta


Semuanya dek kerana kerajaan Malaysia telah membatalkan kontrak menguruskan operasi AES pada September 2013 untuk kedua-dua syarikat ini yang mana kerajaan sendiri akan menguruskan sistem saman AES melalui sebuah syarikat milik kerajaan iaitu AES Solution.

Lebih elok jikalau JPJ atau PDRM sendiri yang uruskan. Kontraktor terbaru uruskan saman trafik AES yang terbaru ini pun bukan dapat projek daripada “open tender“

“Mengapa susahkan, perkara sedia ada senang”?

Kenapa daripada dahulu kerajaan Malaysia tidak berfikir mengenai cara ini? Mengapa? Di mana dan kemana pemikir untuk kerajaan Malaysia? Akhir, buta-buta kerajaan Malaysia bakal terpaksa mencampakkan dan membazirkan duit rakyat sejumlah RM1 bilion untuk kedua-dua syarikat swasta  Beta Tegap dan ATES bagi menguruskan saman trafik AES.

Yang kenyang dan untung siapa? ATES dan BETA TEGAP
Yang bakal merana siapa? Rakyat marhaen juga terkesan akhirnya

P/S : Duit sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk banyak kemudahan rakyat seperti perumahan, jalanraya di Malaysia dan juga bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak.


Laporan oleh : Berita Semasa.


1b itu kalau digunakan secara berperingkat untuk tingkatkan prasarana sekolah awam pun bagus la. Aku malu la tengok sekolah awam di negara ini. Tengok citer2 drama omputih ke Jepun ke Korea ke yang kadang2 mereka berlakon kat kawasan sekolah awam dan bandingkan pula dengan sekolah awam di Malaysia.. memang malu sial. Malu. Sekolah kita buruk sangat. Tingkap pecah, pintu pecah, lantai buruk dah macam pemandangan biasa kot. Takde otak ke apa menteri2 Malaysia neh?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...