Khamis, 5 Februari 2015

Kenyataan ISMA Ini Boleh Membuatkan Najib & Rosmah Tersentap KAW2.

Aku perati dari jarak jauh dengan permainan ISMA. Aku perati je dorang karang ayat merepek meraban bagi mengulas isu seorang wanita yang memegang sepanduk 'I am muslim dan i love hindus'.

Ini antara yang tersiar di laman facebook rasmi mereka ;



Dan, tak perlu la aku hurai panjang2. ISMA dah terduduk dengan persepsi bangangnya sendiri apabila kena hentam di ruangan komen.

Baca ;




Ada 4 spesis manusia kat posting di atas.

Pertama. Yang jadi pak turut. Main sokong membuta tuli.

Kedua. Yang berfikir dan menerangkan serta membetulkan keadaan.

Ketiga. Yang tahu benda tue salah sebab dah diterangkan still berpegang kepada kebatilan.

Keempat. Yang menyalahkan bahasa la apa la dan memandai2 menentukan wanita itu patut buat apa tulis apa cakap apa pegang banner apa tapi satu haramjadah takde apa pun malaon2 tue buat untuk betulkan salah faham manusia khususnya non muslim terhadap Islam.

Aku tertarik dengan kata dari Muhd Nazri ;

" Bagaimanapun terdapat fenomena aneh apabila kempen menyayangi penganut agama lain disasarkan kepada umat Islam, sedangkan realiti di seluruh dunia terang-terangan menunjukkan umat Islam yang menjadi mangsa kebencian agama lain seperti di Palestin, Myanmar, Perancis, Belanda, negara-negara Afrika dan lain-lain. "

P/s : Apakah melalui ayat ini, ISMA berpendirian bahawa Umat Islam di Malaysia wajar membenci penganut agama lain (dalam konteks Malaysia) hanya kerana umat Islam di negara2 seperti yg disebutkan menjadi mangsa kebencian oleh 'saudara2' mereka dinegara2 tersebut?

Ya, adakah ISMA mahu aku umat Islam laju2 pergi bunuh orang cina, orang india, orang bukan Islam atau apa di negara ini bagi bersolidariti penindasan yang dilakukan ke atas umat Islam ke macam mana?

Lepas tue orang Jepun pula boleh laju2 bunuh orang Islam di Jepun bagi menyatakan solidariti 2 tebusan Jepun yang dibunuh ISIS ke macam mana?

Cuba ISMA terangkan macam mana orang Islam macam aku patut behave dengan non muslim apabila dilarang mengatakan dan mempamerkan bahawa aku menyayangi dan menghormati mereka secara individu bahkan menerima secara terbuka juga tentang kepercayaan mereka.

Aku dapati ISMA ini sangat terbalik dari apa yang aku belajar tentang Islam dan masih belajar tentang Islam. Ismail Sabri yang jelas terkantoi menfitnah dan terbukti spin sana spin sini dia sokong laju2. Peniaga cina perlu turunkan harga barang laju2 dan jika tidak mereka racist dan tamak. Tapi bagaimana dengan tarif elektrik? Oooo.. jika melayu macam UMNO naikkan harga barang, naikkan harga minyak, naikkan tarif elektrik, potong subsidi dan menyebabkan kos sara hidup naik itu tiada apa2 sebab harga barang naik ketentuan Allah bak kata UFB kan?

Ianya hanya jadi masalah, isu, tak betul, sesat, ada agenda itu, agenda ini, freemason, yahudi, dajal, illimunati, murtad, liberal, jika non muslim dikaitkan dengan insiden berkenaan. 

Lalu Islam yang begini aku kena amal laju2 dan jika ada orang Islam yang keluar Islam kerana menyakini Islam yang begini bukan agama yang benar maka umat itu akan dikutuk laju2.

Kau mengharapkan kita berakhir di jalan yang benar dengan menyerapkan pemahaman yang salah.

Jika begini caranya, tak perlu tunggu orang bukan Islam, orang Islam sendiri jadi jauh ahti dengan agama. Jika ini cara ISMA mendefinasikan Islam.

Suka diingatkan gadis di dalam gambar di atas sejuta kali lebih baik dari umat yang tutup mata di atas penerbitan majalah mangga. Gadis itu dia sedang dan cuba mahu menunjukkan kepada dunia apa itu Islam ikut ajaran yang sebenar. ISLAM, kita tidak benci orang. Kita tidak kutuk atau benci kepercayaan orang. Kita terima mereka selagi mana sesama kita saling tidak tindas menindasi. Give and take. Itulah keindahan Islam.

Dan si ISMA neh boleh plak laju2 kutuk dan bersangka jahat dengan mengambarkan ada agenda musuh disebalik kempen aneh. Kempen ini memang aneh bagi spesis manusia macam ko agaknya. Agak2nya apa kempen yang ISMA buat bagi merapatkan jurang muslim dan non muslim ye? Laju2 kutuk non muslim ke macam mana?

Dan aku tertarik bila baca point ISMA tentang insiden berkenaan ;


Aku ulang balik point ulama ISMA...

Bukan lah kasih sayang itu bermaksud dengan menghadiri upacara keagamaannya..

Di ulangi..

Bukan lah kasih sayang itu bermaksud dengan menghadiri upacara keagamaannya..

Di saluran tv. Samada Awani atau Buletin Utama. Aku tak ingat dengan pasti. Ada klip video yang memaparkan Najib dan Rosmah menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves. Sapa ada gambar dia boleh la laju2 pass kat ruangan komen. Aku ada gambar lama aje sebagai 'kenangan' dan ingatan tulus ikhlas kepada ISMA agar dia tersedar dari realiti dan mimpi yang panjang.

Jika kasih sayang kepada non muslim itu salah sehingga menghadiri dalam kaca mata memerhati dan melihat bagaimana mereka merayakan perayaan mereka, maka kenapa la di anggap Thaipusam itu salah satu event untuk pelancongan? Tatau ke ada pelancong muslim? Dan kenapa la si Najib dan Rosmah tetap slumber badak hadirkan diri year by year.. taknak pula kau semua laju2 cakap ada agenda rahsia di sebalik kehadiran aneh Najib ke kuil Batu Caves? Cepat la laju2 salahkan orang bukan Islam melalui tindakan Najib tue ISMA oii..

 

Walaupun suatu ketika dahulu, Mufti Perak, Harussani pernah menegur tindakan Najib yang menghadiri sambutan majlis Thaipusam, namun Najib tetap terus hadir pada tahun ini.


Macam mana?

Bukan hanya orang politik. Bahkan orang biasa macam aku hilang respect dengan agensi dan NGO yang melabel diri mereka pejuang agama. Jika kau pejuang agama sangat, tolong la laju2 bahaskan masalah2 penting yang membabitkan kepentingan rakyat yang tertindas kat negara ini daripada merapu isu yang tak tentu hala. 

Ehh kasino kat Genting tue ISMA dah bakar ke?
Dan lawan semua pusat judi yang kerajaan bagi lesen?
Jangan tidur lama sangat ISMA. 
Jangan tidur sampai tak nampak kesalahan pemimpin.

Dan jangan tidur sampai tuduh rakyat yang tak bersalah sebagai pesalah meskipun dia hanyalah seorang rakyat dari Indonesia.

Sesiapa pun berhak love hindus samada nak ucap dalam bahasa English atau apa2 bahasa sekalipun. Seperti mana kedua2 wanita dari Italy ini yang berhak menyokong hak wanita2 muslim seluruh dunia untuk berhijab. 


Nampak? 

Dan begini la kami sebagai umat manusia yang berbeza agama akan terus berkasih sayang tanpa mempedulikan tuduhan ISMA yang asyik sibuk buang masa memikirkan konon non muslim tue jahat sangat dan confirm ada agenda rahsia itu ini. Rahsia la sangat. Yang terang2 tak rahsia macam RIBA taknak pula kau dedah dan lawan. Pejuang agama konon. Buat aku nak termuntah...

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...