Rabu, 4 Februari 2015

Hasan Malek Ajar Cara Buat Aduan Peniaga Tamak - Kerajaan Perlu Turunkan Harga Kata UMNO Kelantan.


Mula-mula. Kita buka topik tentang satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Mohd Alwi Che Ahmad yang disiarkan melalui saluran berita TV3 iaitu Buletin Utama pada 3/2/2015 jam lapan malam. Kenyataan itu boleh diikuti menerusi website TONTON. Sila view dari berita yang bermula dari pukul 8.29 minit dan ke atas.

Mohd Alwi Che Ahmad ialah Ketua Penerangan UMNO Kelantan. 

Apa yang dikatakan oleh Mohd Alwi ialah "Di samping para pengguna, kerajaan juga kena ada tanggungjawab.. dulu tarif elektrik naik..TNB letak alasan bahan api naik.. sekarang tarif elektrik patut turunla sikit kalau tak banyak pun..when we start, government starts..menurunkan tambang misalnya naik tambang teksi.. tambang bas.. kita (kerajaan) yang benarkan naik.. sebab bahan api.. sekarang bahan api dah turun.. turunkan la seposen lima sen dengan sendirinya orang (peniaga) akan turun.. itu maksud saya."

Point Mohd Alwi memang benar dan tepat. Kerajaan perlu bertanggungjawab memandangkan beberapa perkara yang naik seperti harga barang kawalan, kadar tarif elektrik, tambang segala macam adalah di bawah kelulusan dan kebenaran kerajaan. 

Kenapa hanya seret peniaga kecik tapi melepaskan dan membiarkan peniaga besar bersukaria dan bermaharajalela memonopoli pasaran dan segala?

Setakat sembang kencang huha nak hukum peniaga runcit ke peniaga pasar ke tak payah la kau.

Tue taikun besar kasi lawan la kalau sungguh nak pertahankan dan jaga hak rakyat. Dalam perkembangan yang sama Hasan Malek menerusi twitternya rasminya telah retweet cara-cara bagaimana pengguna boleh membuat aduan mengenai peniaga yang tamak dan menipu dalam perniagaan mereka.

Ini yang disebarkan oleh menteri ;


Selepas membaca sebaran berkenaan dari twitter rasmi Hasan Malek, maka aku pun laju-laju submit aduan aku.



Ini point aduan aku ;

 Penipuan perkhidmatan yang dilakukan oleh ASTRO.
- Menaikkan kadar bil dengan cara propaganda.

- Mereka mewujudkan channel tambahan dan dengan sengaja menaikkan kadar caj semasa bagi menampung operasi channel tambahan tersebut.

- Mereka dengan sengaja enggan bertanggungjawab apabila masih mencaj pengguna yang gagal mendapatkan siaran ASTRO ketika hujan turun. Apabila pelanggan bayar lambat, mereka laju2 potong dan denda tetapi bila kesilapan berpunca dari mereka, mereka enggan bertanggungjawab sama sekali.

- ASTRO terlalu banyak iklan dan siaran ulangan sedangkan mereka ialah saluran berbayar. Pelanggan perlu bayar untuk mendapatkan siaran ASTRO dalam waktu yang sama mereka lambakkan siaran iklan kerana tamak haloba.



- Channel ada banyak tetapi siaran asyik ulangan dan tak memuaskan. Program kurang tetapi channel banyak. Channel2 mereka sepatutnya dipadatkan bagi memastikan ASTRO tidak perlu mengulang tayang satu2 program berulang kali bagi mengisi slot siaran.

- ASTRO dan kerajaan disyaki bersubahat untuk menindas rakyat apabila ASTRO memonopoli siaran TV berbayar. Mereka2 yang menawarkan perkhidmatan serupa dengan harga yang lebih murah dan munasabah seringkali dikejar oleh penguatkuasa.

- Sehingga kini kerajaan gagal menghukum ASTRO yang bersikap sewenang-wenangnya membuli pelanggan mereka.

- Di sesetengah kawasan, bila tiada siaran ASTRO nak mendapatkan siaran TV sikit punya leceh. Kenapa ini berlaku? Apakah wujud unsur-unsur sabotaj dari pihak2 tertentu?

Penipuan perkhidmatan yang dilakukan oleh TNB.

- Pada tahun 2013 dan 2014, TNB telah memaklumkan menerusi pelbagai laporan media bahawa mereka terpaksa naikkan kadar semasa elektrik bagi pengguna domestik berikutan kos bahan api yang meningkat.

- Sila baca kenyataan Khairy Jamaluddin dan Datuk Mohd Alwi untuk rujukan anda di link yang saya sertakan.

- Namun selepas kos bahan api diturunkan, sehingga kini TNB enggan mengambil apa-apa langkah bagi menurunkan kadar semasa kepada pengguna mereka.

- TNB juga berniat jahat apabila memonopolikan perkhidmatan tenaga di negara ini. Dengan monopoli perniagaan ini maka suka atau tak suka rakyat terpaksa melanggan TNB walaupun perkhidmatan mereka tidak setimpal dengan apa yang perlu rakyat bayar. 


- Mereka juga merendahkan taraf rakyat apabila menulis jumlah subsidi di dalam bil elektrik sedangkan subsidi itu datangnya dari wang pembayar cukai (jika ada) namun saya merasakan ragu2 untuk mempercayai subsidi itu wujud selagi mana TNB tidak mendedahkan kepada rakyat marhaen bagaimana sistem subsidi berfungsi melalui pembayaran bil elektrik.


- TNB telah menentukan dan mengawal harga pasaran yang menyebabkan rakyat terpaksa tunduk dengan sistem yang mereka cipta. Mereka sepatutnya membuka pasaran bebas supaya syarikat tenaga berlumba2 menawarkan perkhidmatan mereka sekaligus rakyat berpeluang membandingkan harga dan kualiti perkhidmatan yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

- TNB perlu menurunkan tarif elektrik mereka sejajar dengan penurunan kos bahan api dan kerajaan perlu bertanggungjawab memandangkan kerajaan yang meluluskan kenaikan tarif pada tahun-tahun sebelumnya atas alasan kenaikan kos bahan api.



Jika kerajaan enggan mengambil berat akan aduan saya, saya akan mengsyaki bahawa kerajaan bersubahat dengan ASTRO dan TNB bagi menindas pengguna di Malaysia.

Mohon siasat aduan saya dengan telus dan saksama tanpa diskriminasi.

Sekian.

Terima kasih.


Rujukan kenyataan Khairy Jamaluddin. 

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1106002

Rujukan kenyataan Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Mohd Alwi Che Ahmad.

http://www.tonton.com.my/tvShow?titleId=licTM1czqBdzh4wAjODn0hhXZzMAnVN9

Oke, Hasan Malek. Kau ajar. Aku buat. Aku dah mengadu. Aku tinggal tunggu keputusan kau je. Kalau aduan aku takde respon kau kena. Itu jek aku nak cakap.

KAH KAH KAH 

BTW. Kepada korang semua. Jom kita ramai2 mengadu kepada KPDNKK bagi mendesak TNB turunkan kadar elektrik mereka. Jom guna kuasa pengguna kita seperti saranan menteri.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...