Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Februari 2019

Najib Bersyukur Propaganda Hutang Felda RM8b Diselewengkan Kini Disahkan Fitnah PH Terhadap Dirinya.

NAJIB RAZAK | Alhamdulillah.

Kebenaran muncul lagi pagi ini.

Satu lagi propaganda PH dibuktikan sebagai fitnah.


Selepas PRU14, saya telah beberapa kali menjelaskan bahawa kebanyakan hutang RM8 bilion yang ditanggung oleh FELDA ini sebenarnya dipinjam kepada peneroka.

FELDA pinjam dengan kadar murah untuk meminjam dengan kadar murah kepada peneroka untuk keperluan penanaman semula, pembinaan atau pembesaran rumah dan pendidikan anak-anak mereka.

Pagi ini, pengurus besar dan pengarah FELDA yang dilantik oleh kerajaan PH telah mengesahkan ini di dalam media yang dikawal oleh kerajaan PH
https://www.nst.com.my/…/what-felda-settlers-need-hand-not-…

Maka, terbuktilah saya tidak bohong tetapi PH sering memetik hutang FELDA sebagai RM8 bilion untuk menuduh kerajaan BN dahulu dan saya.

Minggu lepas juga, Azmin Ali tiba-tiba petik nama Allahyarham ayahanda saya untuk menyerang saya mengenai hutang RM8 bilion FELDA ini.

Seolah-olah wang RM8 bilion FELDA ini telah disonglap, diseleweng, dibazir atau diberi kepada kroni.

Ya, betul.

Kroni saya adalah peneroka FELDA.

Kalau saya telah salah untuk menjaga ratusan ribu kroni ini, maka dakwalah saya lagi.

Bagaimana pula dengan cabaran saya kepada Azmin Ali untuk menggunakan duit hasil jualan IHH Berhad kepada Jepun pada bulan November lalu bernilai RM8.42 bilion untuk menghapuskan segala hutang FELDA?
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155905295695952

Dengan itu, segala hutang peneroka dihapuskan juga seperti dijanji dalam manifesto mereka dan aset-aset FELDA tidak perlu dijual lagi.

Felda jual aset untuk tampung hutang - Azmin
http://www.utusan.com.my/…/felda-jual-aset-untuk-tampung-hu…

Jangan bayar wang dari jualan IHH Berhad itu kepada Menteri Kewayangan. Guna wang itu untuk hapuskan sepenuhnya hutang FELDA.

Ada berani? - 25 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...