Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Mac 2019

Taktiknya, 90j Dipindahkan Ke Beberapa Akaun Dulu Sebelum Dimasukkan Ke Dalam Akaun Pimpinan..

MALAYSIADATELINE | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati wang yang dipercayai disalurkan kepada pemimpin Pas tidak dimasukkan terus ke akaun bank mereka sebaliknya ‘diputihkan’ menerusi beberapa akaun lain terlebih dahulu.



 
Taktik itu dikesan semasa siasatan dilakukan terhadap dakwaan Pas menerima wang RM90 juta daripada Umno.

Usaha itu difahamkan bagi menyukarkan transaksi menyalurkan habuan itu dikesan atau dibuktikan dengan mudah jika ia berjaya dihidu pihak lain.

Memetik laporan BH, sumber berkata, proses transaksi penyaluran dana berkenaan membabitkan penggunaan akaun bank, namun kaedah itu adalah perkara biasa dilakukan oleh pihak yang mahu mengelak sumber wang diterima mereka daripada terdedah.

Dalam siasatan membabitkan pimpinan Pas, sumber itu berkata SPRM membekukan beberapa akaun termasuk akaun yang bukan milik individu disyaki sebaliknya milik pihak yang dipercayai terbabit ‘memutihkan’ dana berkenaan.

“Penggunaan akaun lain untuk menerima wang bertujuan mengelakkan transaksi dikesan serta bagi mengaburi pihak berkuasa,” katanya kepada BH semalam.

Kata sumber itu lagi, setakat ini beberapa akaun yang menyimpan wang jutaan ringgit sudah dibekukan SPRM dalam siasatan terhadap dakwaan pemimpin pas menerima wang RM90 juta daripada Umno.

Sebelum ini, SPRM telah memanggil sekurang-kurangnya sembilan pemimpin Pas dari beberapa negeri terutama Kelantan, terengganu, Perlis bagi memberi keterangan berkaitan dakwaan tersebut.

Mereka adalah Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin, Setiausaha jabatan Pilihan Raya Pas Pusat Mohd Nasir Daud. - 2 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...