Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Ogos 2020

Langgar Akta Kanak-Kanak, Timbalan Menteri Perlu Membuat Pembetulan.

ULASAN | Kita tak boleh ubah perkara yang dah berlaku tetapi kita perlu bertindak membetulkan kesalahan.

Ini adalah kesalahan media (dibaca Utusan) dan Timbalan Menteri Wanita, YB Siti Zailah. Maka, mereka berdua perlu mengambil tanggungjawab.

Ada pihak yang mendesak supaya media dikenakan tindakan kerana melanggar Akta Kanak-Kanak.

Pihak kami pula menyeru;

- Semua media yang menyiarkan gambar kanak-kanak ini, membuang segera gambar ini dari platform online mereka.

- Mana-mana pihak yang mengulangsiar gambar anak ini, juga perlu membuang gambar anak ini dari post masing-masing.

- Timbalan Menteri Wanita mesti memastikan anak ini diberikan bantuan kaunseling (bukan setakat mengharapkan pada pihak sekolah) dan lain-lain bantuan berkaitan.

- Jika anak ini mahu ditukarkan sekolah, turuti kehendaknya.

- Kalau nak tahu, di sosial media;

1. Netizens kutuk arwah mak budak ini kaw-kaw. Kononnya curang. Ada yang seenaknya komen, "patutlah". Nampak macam alah, komen patutlah pun salah ke. La, salah la. Gaya cakap tu macam oh boleh la bunuh kalau curang. Janganlah BODOH sangat. Ubat curang tu cerai dan move on. Bukannya paksa orang lain untuk bersama jika tak setuju. Dan satu lagi, dakwaan curang tu hanyalah apa yang dilaporkan, bukan bermakna betul-betul sebegitu.

2. Meskipun kita tak boleh tutup mulut tempayan netizens, tapi kita boleh tutup wajah anak ini. Anak ini sekarang, maknya dikecam netizens kononnya curang walhal maknya baru sahaja mati dibunuh. Bapanya dikecam netizens kerana membunuh, tapi itukan bapa dia. Mestilah dia keliru kini. Mak mati, bapa membunuh.

3. Sebagai Timbalan Menteri yang dah tersalah langkah kerana membenarkan tindakan bergambar dan diketahui media pula, maka Timbalan Menteri wajib mengambil tindakan membetulkan semula keadaan yang beliau cipta ini.

Jangan jadi masyarakat yang sewenangnya pandang remeh trauma dan masalah yang berlaku pada anak-anak, atas alasan, oh kecil lagi, tak matang, ini budak, tak apa la, lama-lama lupa, dan sebagainya. Janganlah fikir zaman ini sama macam zaman dulu. Zaman ini pemikiran budak-budak bukan macam zaman kuno dulu-dulu. Zaman ini budak-budak pun dah boleh pergi ke tahap bunuh diri, kemurungan, lari rumah, hisap dadah dan buat jenayah kerana stress, tekanan dan masalah hidup.

Mesti sentiasa jadi orang dewasa yang membantu anak-anak ini keluar dari masalah dan bukannya jadi orang dewasa yang menghukum, menindas dan memperolok-olokan emosi dan sentimen anak-anak dan remaja.

Oleh itu, YB Siti Zailah perlu memainkan peranan. - 6 Ogos 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...