Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Februari 2020

Isu 6 Kotak Ezam, Bekas Pemuda PKR Cerita Kisah Belakang Tabir.

Viral | Bekas Reformis, Tuan Hamdan Taha mahu menjawab isu kotak Ezam kepada semua pihak yang membangkitkan perkara itu sejak muktahir ini. 

Hamdan Taha |
Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 -2001

Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali dijawab perkara ini, saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini. 


Isunya apa 6 kotak itu... isunya adalah bahan bukti rasuah menteri menteri dan anak anak perdana menteri yang telah di siasat oleh BPR ketika itu di tahun 1998.

Antara yang di dedahkan didalam kotak tersebut ialah kes rasuah yang melibatkan Rafidah Aziz menteri kerajaan umno ketika itu.

Kes Rahim Tamby Chik dan kes Mirzan yang terlibat di dalam menyelamatkan syarikat beliau di jual ke Petronas dan kes Perwaja. Kes Perwaja ini juga saya bangkitkan dalam perhimpunan agung pemuda tahun 98.

Setelah saudara Ezam dan pemuda keadilan ketika itu membuat kenyataan dan tunjuk bukti dokumen rasuah yang ada laporan BPR apa yang terjadi, Ezam dan 6 lagi kami di pemuda keadilan di tahan oleh pihak polis di bawah umno dan Dr. Mahathir. Termasuklah saya, rumah kami di geledah untuk mencari bahan bukti lain.

Kes yang kami dedahkan tidak di siasat langsung, sebaliknya kami di siasat. Ada di antara kami ditahan di dalam lokap dan di bawa ke mahkamah selepas beberapa hari.

Ezam pula selepas dibebaskan beliau jelajah dan terus dedahkan penyelewengan menteri menteri dan anak perdana menteri Dr. M bersama saya juga terlibat.

Akhirnya beliau dan 10 orang dari kami ditahan di bawah ISA atas isu pendedahan rasuah tersebut atau isu 6 kotak tersebut.

Rumah digeledah untuk kali kedua dan mereka mengambil semua bahan bukti tersebut. Ezam di bicarakan di atas OSA kerana mendedahkan bahan rahsia kerajaan walaupun bahan rahsia itu ialah dokumen rasuah para menteri.

Beliau di penjarakan dua tahun di penjara kajang, beliau adalah orang pertama di malaysia yang di dakwa dan dipenjara dalam kes OSA atau pendedahan 6 kotak tersebut, selepas beliau belum ada lagi di penjara dalam kes OSA kerana Rafizi telah di bebaskan jika tidak Rafizi orang kedua.

Jadi jika ada yang masih bertanya dan bermain dengan isu itu adalah hanya sekadar menghina dan tidak betul-betul ambil kira isu tersebut. Kerana 6 kotak itu telah pun diambil pihak polis dan sebahagiannya telah pun di dedahkan. Tapi kerajaan ketika itu PM ialah Dr. Mahathir tidak membenarkan perkara itu berlaku dan penjarakan siapa sahaja yang mendedahkannya.

Isunya di sini orang yang bertanya tetang isu 6 kotak itu benar benar faham ke isu itu. Apa jasa orang orang yang bertanya itu dalam memperjuangkan isu rasuah di dalam negara malaysia ni. Apakah sumbangan pihak yang bertanya itu dalam menegur pemimpin mereka dalam isu rasuah. Kami yang terlibat sekurang kurangnya berani berlawan ketika di dalam umno dan di luar umno.

Saya sendiri berani mempersoalkan isu Perwaja dan isu Mas di dalam perhimpunan agung umno sehingga membawa pemecatan saya. Jadi kadang kadang orang yang banyak mempersoalkan isu kotak itu berkata kata hanya sifat hati yang mahu menghina sahaja bukan kerana memahami isu.

Yang menariknya mereka yang banyak fail rasuah itu sekarang berada di dalam bersatu. Dan mereka yang ada fail baru pula semua ada di dalam umno. Apa yang nak saya sampaikan ialah 6 kota itu seperti isu 1MDB lah juga. Masa itu bila orang PH dedahkan maka umno gunakan akta yang sama OSA sehingga najib mendakwa Rafizi Ramli dalam kes yang sama sahaja seperti isu 6 kotak.

Latifah koya ketua pengarah sprm sekarang mendedahkan semua yang ada dalam kotak sprm kepada masyarakat termasuk audio Najib dan rosmah. Kerana dia kerajaan dan najib sudah tidak berkuasa maka tidaklah Lathefa itu di dakwa. 

Cuba Najib PM dan Lathefa dedahkan secara terbuka audio Najib.... apa akan jadi pada Lathefa agaknya masa itu.... sudah tentu di tangkap...

Itu sebab saya benci polis dan SPRM yang berpangkat di malaysia ini. Mereka bukan mencari kebenaran tapi hanya lalat dan najis kepada siapa PM. 

Bolehkah kita bayangkan jika penganti Tun Mahathir nanti ambil tindakan kepada Tun Mahathir dan keluarga. Sudah pasti masa itu sprm dan polis akan buat kenyataan kami ada bukti tun m dan keluarga mempunyai kekayaan melampau batas dan ada terlibat salah laku. Jika itu berlaku bukan lagi 6 kotak tapi ada ribuan kotak.

Terima kasih. - 10 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...