Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 21 Disember 2017

Serah Bukti Penyelewengan Yang Disimpan 30 Tahun? Azwan Ali Dipertikaikan Netizens.

Semalam selebriti yang terkenal kerana bermulut celupar, Azwan Ali menyerahkan dokumen sulit dan bukti mengenai kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau seorang pemimpin yang enggan beliau namakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 


"Saya bukan datang dengan tangan kosong ke sini tetapi dengan membawa dokumen dan bukti kukuh mengenai kes salah laku rasuah dan kemewahan melampau. Melibatkan siapa, saya tidak mahu komen," katanya kepada pemberita selepas meyerahkan bukti tersebut. 

"Saya buat perkara ini sendiri bukan sebab sudah dekat pilihan raya umum tetapi kerana Allah. "Malah, semalam saya menerima panggilan bertalu-talu daripada pemimpin pembangkang yang mengalu-alukan pendedahan yang dibuat ini," katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Utusan dan Berita Harian melaporkan kenyataan Azwan Ali bahawanya bukti yang diserahkan kepada SPRM sebenarnya telah disimpannya selama 30 tahun, sejak beliau mula bergelar artis. 

Menurut Wikipedia, Azwan Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966 yang bermakna usianya kini ialah 51 tahun.

Manakala Azmin Ali dilahirkan pada 25 Ogos 1964 yang bermakna usianya ialah 53 tahun.

Jika usia Azwan ditolak sebanyak 30 tahun itu bermakna dia telah menyimpan bukti penyelewengan sejak beliau berusia 21 tahun.

Menurut Wikipedia lagi, Azwan Ali mula aktif dalam industri hiburan pada tahun 1991. Jika tahun 2017 ditolakkan kepada 30 tahun yang lepas, kita akan kembali ke tahun 1987. Pada tahun 1987, Azwan Ali belum aktif dalam bidang hiburan. 😅😅😅

Namun menurut rekod Wikipedia, tahun 1987 ialah tahun Azmin mula berkhidmat dengan Anwar Ibrahim. Selepas habis belajar dari salah sebuah universiti di Amerika, Azmin dilantik menjadi Pegawai Khas kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu ialah Menteri Pendidikan Malaysia. Azmin diperkenalkan kepada Anwar melalui Mahathir.

Azmin kemudiannya dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri (jawatan Anwar ketika itu) sehinggalah Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

Dalam perkembangan berkaitan, netizens mempertikaikan Azwan Ali yang mendakwa telah menyimpan bukti selama 30 tahun lamanya.

Abdul Karim Aswad : "Bohonglah 30 tahun. Zaman tu dokumen ada pakai mesin taip. Kertas pun kertas kuning. Kalau tak simpan betul-betul dah lunyai".

Mohd Fouzi Othman : "Silap tempat tu. Patut dihantar ke Arkib Negara".

Raja Kamarul Azzahar : "Azwan Ali kata dia simpan bukti penyelewengan Azmin selama 30 tahun. Bolehkah dia didakwa bersubahat selama 30 tahun? Boom! Dia kata dia kecewa tak diberi projek. Bermakna pentadbiran Azmin lurus. Azwan yang bercita-cita kronisme. Boom!".

Mazlan Mokthar : "Azwan dakwa simpan 'bukti sulit' dalam envelop selama 30 tahun !! Bersama-sama dengan alat sulit, barangkali! Hehehehe". 

Muhammad Azhan : "Azmin jadi MB baru beberapa tahun jer, ini mesti campur sekali dengan kes Azmin pinjam duit belanja sekolah rendah dia dulu 😂😂".

Krisis Azwan - Azmin kembali menjadi perhatian masyarakat apabila Azwan secara tiba-tibanya membuat kemunculan semula selepas tiga tahun menyepikan diri. Azwan muncul disaat anak saudaranya Nuzul Fadli yang juga penyokong setia Azmin Ali ditahan SPRM dipercayai ada kaitan dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.

Ketika ini tiada perkembangan terbaru berkaitan siasatan kes yang dimaklumkan SPRM kepada pihak media. Ramai tertanya-tanya apakah siasatan tersebut membebaskan Nuzul Fadli dari sebarang pertuduhan ataupun tidak. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...