Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Disember 2017

Azwan Hantar Bukti Penyelewengan Azmin Ke SPRM.

Selebriti Azwan Ali hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyerahkan dokumen dan bukti berkaitan penyelewengan dan salah laku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali lapor Sinar Harian sebentar tadi.


Azwan yang juga merupakan adik kepada Mohamed Azmin hadir pada jam 10 pagi itu membawa sepucuk sampul surat bersaiz A4.

Ketika ditanya berapa muka surat dokumen yang dibawa, Azwan enggan mengulas lanjut.

"Berapa tebal dokumen ini menunjukkan betapa serius perkara ini.

"Saya tak tahu berapa lama akan berada di dalam. Ini kali pertama di sini," katanya di hadapan lobi SPRM pagi ini.

Azwan dijangka akan menyerahkan dokumen tersebut kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki.

Terdahulu, Azwan Ali berjumpa dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dengan membawa bahan bukti penyelewengan Azmin namun Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menolak untuk melihatnya kerana berpendirian ianya perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

“Viral video dia nak jumpa saya, sebagai pemimpin kita jumpa ramai orang, jadi bila ada kenyataan daripada rakyat nak jumpa, saya tiada masalah nak jumpa dan mendengar apa yang nak disampaikan. 

“Akhirnya kita dapat jumpa hari ini. Saya beritahu kalau urusan hal keluarga saya tidak dapat bantu, dia pun faham. 

“Cuma dia kata ada perkara yang lebih mustahak yang mahu dikongsi. Jadi saya beritahu dia, saya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga SPRM tetapi bukan agensi yang menyiasat. Jadi saya cadangkan kepada dia untuk mengemukakan apa juga bukti yang dia ada kepada SPRM. 

“Jadi dia bersetuju, saya tidak tengok. Saya tidak mahu tengok bahan bukti yang dia ada sebab saya bukan agensi yang menyiasat tetapi bila saya cadangkan dia bersetuju,” katanya kepada pemberita ketika ditanyakan tentang hal itu.

Konflik Azwan-Azmin-Ummi Hafilda kembali hangat selepas anak saudara kepada ketiga-tiga adik beradik itu ditahan SPRM disebabkan siasatan kes perlombongan pasir di Selangor.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...