Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 11 Mac 2014

Rangkuman Berita Terkini #MH370 - Ini Gambar Penumpang Iran Guna Pasport Palsu 19 Tahun - Selepas 4 Hari Hilang.


Sidang media pagi dan tengahari tadi dibatalkan. Tapi dalam pukul 3 petang tadi mereka buat sidang media dan kongsikan beberapa penemuan terbaru berkaitan perkembangan kes. Sidang media kali ini diketuai oleh Ketua Polis Negara yang diperlihatkan lebih stabil dari segi emosi dan bersedia dengan sebarang jenis persoalan. Berbanding sidang media sebelumnya yang diketuai oleh ketua pengarah DCA yang diperlihatkan sangat tertekan. Pegawai2 MAS juga tertekan. Mungkin kerana mereka menjadi tumpuan antarabangsa dan yang lebih menambahkan lagi tekanan, apabila mereka seolah2 dipersalahkan melalui beberapa laporan dalam dan luar negara.

Ini yang berlaku dalam sidang media tadi ;

1. KPN bagitau pasport yang hilang itu tulen tetapi identiti pengguna itu penyamar.

2. Maksudnya pasport itu bukan pasport palsu. Pasport itu tulen tetapi pengguna yang menggunakan pasport itu telah mencuri identiti orang lain.

3. Pihak imigresen telah mematuhi semua protokol keselamatan mengikut piawaian antarabangsa. Bahkan mereka menggunakan sistem biometrik yang mana sistem ini tidak mengesan sebarang perkara yang mencurigakan mengenai kedua2 penumpang terbabit. Untuk rekod, sistem biometrik yang digunakan berupaya untuk menapis beberapa maklumat penting seperti seseorang yang dilarang 'terbang', seseorang yang dipercayai terlibat dalam kegiatan keganasan, penjenayah dan beberapa maklumat lain yang berkaitan.

4. Menurut KPN, salah seorang yang memasuki negara ini dikenalpasti dari Iran.

5. Menurut KPN, hasil siasatan mereka tidak menemui sebarang clue bahawa individu tersebut berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

6. Apabila ditanya oleh pihak media antarabangsa bagaimana KPN memperolehi fakta tersebut, KPN menjawab bahawa mereka telah menyiasat individu ini secara terperinci. Mereka juga mendapat tahu daripada ibu kepada lelaki misteri ini bahawa anaknya akan datang ke Frankrut.. tetapi apabila tidak tiba di destinasi seperti yang dijanjikan ibunya tampil menghubungi pihak Malaysia dan berkongsi beberapa maklumat. Dari situ PDRM mendapat tahu bahawa lelaki tersebut sebenarnya nak 'settle down' ataupun nak membina kehidupan baru di tempat baru. 

7. Maklumat mengenai salah seorang penumpang yang mencuri identiti orang lain.. tidak dapat dipastikan lagi oleh pihak polis.

8. PDRM mempercayai perkara ini ada kaitan dengan sindiket identiti palsu (yang jual pasport/kad pengenalan) untuk seseorang lari, berhijrah, bersembunyik, menyamar dan sebagai atas sesuatu tujuan.

9. Polis memberitahu siasatan mereka kini hanya focus kepada 4 kemungkinan disebalik kehilangan #MH370 iaitu ;

- Sabotaj

- Hijacker

- Ganguan saikologi

- Masalah peribad

Dan, menurut PDRM, setakat ini tiada sebarang bukti bahawa insiden kehilangan #MH370 boleh dikaitkan dengan aktiviti pengganas.

10. PDRM juga akan mengenalpasti kesemua penumpang2 MH370 bagi mengenalpasti punca kehilangan. Apabila ditanya oleh pihak media apakah yang dimaksudkan sebagai masalah peribadi ataupun ganguan psikologi, KPN menjelaskan mereka mengkaji kemungkinan seperti seseorang yang ada insurans yang apabila dia mati ada waris yang berhak menuntut pampasan yang tinggi, seseorang yang ada masalah peribadi seperti sakit (mental)..

11. Semalam pengarah DCA ada bagitau bahawa dia cakap identiti 2 penumpang yang menggunakan identiti palsu itu seoalah2 seperti Balotelli, pemain bola sepak. Tetapi ramai yang salah anggap kenyataan tersebut dengan beranggapan bahawa mereka ialah berupa seperti African. Sebaliknya apa yang cuba digambarkan oleh pengarah DCA ialah mereka seperti mempunyai rupa paras dari negara lain tetapi sebenarnya warganegara lain. 

Ketika sidang media bermula, PIHAK MAS meminta setiap media hanya bertanyakan satu soalan semata2..

Polis juga memberitahu kepada pihak media bahawa gambar sebenar 2 penumpang yang menggunakan identiti palsu ataupun pasport yang dicuri akan diedarkan kepada pihak media untuk tujuan sebaran..

Dan, ketika polis mengakhiri sidang media tersebut, kelihatan nya para wartawan dalam dan luar negara tidak mahu melepaskan KPN pergi kerana seolah2 ada banyak lagi persoalan yang mahu ditanyakan.. 

Namun KPN tetap berlalu pergi..

Fuh.. ko tengok wartawan dalam dan luar negara tanya macam2.. KPN nak buat lagak samseng pun tak boleh sebab ini isu antarabangsa.. so dia jawab je la satu persatu.. kalau ini isu nasional.. jangan harap dia nak jawab relax2 dengan media tempatan. Apapun jawapan dia pada kali ini agak memuaskan. Berbanding dengan jawapan Zahid dan Hishammudin.

Sekarang kita tengok apa yang dikemaskini oleh berita luar negara pula ;

1. Berikut ialah gambar yang disebarkan oleh PDRM. Umur penumpang itu baru 19 tahun. Nama dia Pouria Nour Mohammad Mehrdad. Rupa2nya seseorang yang mahu memulakan hidup baru.. alahai. Bukan pengganas..

Lihat gambar ;



Untuk rekod, bagi yang melihat sidang media akan tahu bahawa pihak penguatkuasa kita beberapa kali seperti menolak kemungkinan kehilangan MH370 ada kaitan dengan pengganas.

2. Di media luar juga ada menulis kritikan kepada pihak berkuasa Malaysia yang lambat mengedarkan maklumat dan pada mereka siasatan ini sangat lambat. Mereka mengecam cara Malaysia menguruskan situasi ini. Pada aku, CHINA bukan la negara yang begitu bagus untuk kritik Malaysia. Mereka juga seringkali gagal uruskan permasalahan nasional dan antarabangsa dengan baik. Aku taknak bekap kerajaan Malaysia tetapi aku juga tak begitu bodoh nak pergi bekap kerajaan China sebab sikap kerajaan China dan Malaysia adalah sama. Apabila pencuri ejek perompak, kita tak p bekap pencuri apatah lagi perompak. Itula point aku. 

Namun, dari apa yang aku lihat, pihak berkuasa, MAS dan beberapa pegawai kerajaan sudah cuba sedaya upaya memenuhi semua permintaan dari kesemua pihak yang terlibat. Tapi biasalah ada slack sana sini. Dan lagi satu, mereka tak mampu kongsikan semua maklumat yang diketahui kerana ia masih lagi dalam proses siasatan. Aku tak salahkan family mangsa yang eager kepada maklumat baru. Cuma aku kesalkan bagaimana adanya orang2 di negara ini boleh tergamak pergi booo Malaysia apabila China kritik kita. Fikir la baik2 sikit. Ko ingat bekap China tue tindakan yang suci murni ka? BODOH juga. Bahkan sangat BODOH sebab takde pendirian. Kecaman keluarga mangsa itu sebab sentimen. Orang tengah sedih, marah dan keliru. Emosi mereka kita faham. Ini je yang penting sudahla. Tak payah nak lebih2 oi. 

3. Dan lihat gambarajah kat bawah. Ia disediakan oleh portal Sunday Mail ;



Sila klik kepada gambar untuk paparan yang lebih jelas. Gambarajah ini bertujuan untuk memberitahu apa cabaran yang dihadapi oleh pasukan pencari yang kini disertai oleh 10 buah negara yang berbeza.

4. Mr Ali. Nama yang tiba2 popular ini sebenarnya telah didedahkan oleh pasukan siasatan dari Thailand setelah pesawat MH370 hilang dari radar. Mr. Ali ataupun nama sebenarnya ialah Kazem Ali juga warganegara Iran, adalah individu yang bertanggungjawab membeli dua tiket untuk kedua2 penumpang yang menggunakan identiti palsu. Menurut Mr. Ali kedua2 penumpang tersebut sebenarnya mahu memulakan kehidupan baru di negara lain. Kedua2 mereka ialah warganegara Iran yang tiba dari Tehran beberapa hari ke Kuala Lumpur dalam misi untuk memulakan kehidupan baru di tempat lain.

5. Kronologinya, Mr Ali pada asalnya telah membeli tiket tambang murah di Thailand namun tiket tersebut tidak digunakan oleh kedua2 penumpang tersebut. Kemudiannya dia membeli tiket baru untuk jadual perjalanan yang baru untuk mereka berdua. Kawan kepada Mr Ali telah membayar 'cash' ketika membeli tiket ini. Dan difahamkan oleh polis Thai, Mr Ali tidak mengenali kedua2 penumpang yang menggunakan pasport palsu itu secara peribadi. Mr. Ali ketika ini dikatakan berada di Iran.

6. Agensi berita antarabangsa juga melaporkan beberapa rakyat Malaysia yang tampil ke depan memberikan maklumat kepada PDRM dan APMM bahawa mereka ternampak cahaya dan pesawat (yang dipercayai) MAS terbang rendah di beberapa lokasi yang berlainan pada waktu yang berlainan.

7. Selain dari itu mereka turut melaporkan beberapa solidariti dibuat oleh rakyat dari pelbagai negara yang mengharapkan agar #MH370 pulang semula.. klip2, gambar2 dan kata2 yang memaparkan hasrat dari mereka2 yang prihatin kepada insiden ini.

8. Sebagainya rakyat di negara ini, laporan antarabangsa juga tidak terlepas dari kongsikan teori konspirasi mereka. Nampaknya bukan hanya rakyat di negara ini pengemar teori bukan?

Rujuk ==>  http://www.adelaidenow.com.au/technology/the-conspiracy-theories-surrounding-missing-flight-mh370/story-fnjwnorf-1226851465289

Teori konspirasi di Malaysia setakat ini yang paling popular sekali ialah yang dituliskan oleh ==> https://www.facebook.com/notes/al-faedah/pesawat-mh370-red-flag-atau-false-flag/482901128498552

Aku antara yang terawal baca teori ini. Masa tue tak sampai seribu lagi pun yang share. Beberapa ratus aje. Lebih kurang beberapa jam selepas ditulis. Dan setakat ini, jumlah yang share sudah pun menjangkau angka yang ke 10ribu pengguna facebook.

WOW..

Apa pun masing2 ada kepercayaan masing2.

Harap2 MH370 dapat ditemui semula bagi menjawab persoalan demi persoalan yang timbul..

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...