Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 April 2011

Taib Mahmud : Pembangkang = ketam.


Korang tahu tak apa beza Taib dan Hosni mubarak? Sebenarnya ketika aku meneliti kedua-dua pemimpin ini aku dapati mereka ada banyak persamaan. Mereka bahkan hampir tiada perbezaan melainkan mereka datang dari bangsa yang berbeza.

Hosni pegang mesir selama 30 tahun dan mencuri pelbagai khazanah mesir serta menahan, menindas, memenjarakan dan membunuh beribu-ribu penentang hosni ketika dia masih berkuasa. Selama hosni pegang mesir, dia berjaya mengumpul berbillion2 harta dan aset. Hasil dari pengorbanan rakyat mesir selama 30 tahun. Rakyat mesir tahu kesabaran mereka sudah tamat. Hosni harus dijatuhkan dan dia dah dijatuhkan.

Tengok video ini. Betapa ramai nya rakyat sarawak hadir dengar ceramah dap ;


Neh snapshot yang aku amek ;

                                              Adakah kesabaran rakyat sarawak sudah tamat?

Perkara yang sama juga dilakukan oleh taib. Mahathir sudah lama bersara tetapi taib masih kekal berkuasa. Dia nak pegang sarawak sampai bila dan berapa banyak lagi khazanah sarawak yang dia nak bolot sehingga dia rasa puas ahti? Bukan kah agenda utama taib di sini ialah kekal berkuasa selagi boleh ataupun lebih tepat kekal berkuasa sampai mati?

Cuba baca statement dia yang kat bawah neh. Jelas dia tak sedar diri.


Sebenarnya aku tak berapa arif sangat bab penduduk sarawak neh. Tetapi dulu ada lah aku rapat dengan seseorang dari sarawak. Banyak yang aku kenal dari sabah sebenarnya. Orang sarawak neh aku jarang jumpa. Dia salah seorang yang aku kenal dari 10,12 orang sarawak dan rapat.

Tapi dari apa yang aku tahu berdasarkan cerita dia, dia kata kat sarawak takde kerja. Kalau ada pun kerja, susah. Peluang pekerjaan sikit tp yang nak kerja ramai. Tak boleh cari makan kat sarawak. Kalau ini benar, ini bermaksud taib takdelah jaga kepentingan rakyat sarawak. Padahal di sarawak ada macam2 perkara yang boleh diterokai sebab hasil bumi sarawak banyak.

Sebab tue ramai orang sarawak datang semenanjung. Tapi semenanjung pun takdelah seronok sangat. Cuma harapkan bandar moden tapi persekitarannya tak cantik dan menarik. Orang2 semenanjung pun ramai yang sombong-sombong. Malahan ada yang berlagak. Mereka ingat sarawak tempat kuno dan kampung. Ini persepsi dia. Bukan aku. Aku cuma tulis balik apa yang dia rasa.

Ketika aku kenal dia tue dah 7 tahun yang lepas. Sekarang dia kat mana aku pun taktahu. Tapi dari apa yang dia selalu citer kat aku pasal sarawak, aku boleh bayangkan yang sarawak neh mesti tempat yang menarik. Dari apa yang aku selalu dengar dia mengata pasal semenanjung yang tak mesra alam neh aku faham, yang orang2 sarawak mungkin tak suka kan pembangunan yang merosakkan hutan-hutan mereka. Moden boleh tapi tak bermaksud hapuskan hutan2 di sarawak.

Oleh tue aku tak heran kalau taib bagi alasan tak memajukan beberapa kampung kat sarawak atas nama nak jaga alam sekitar dan pentingkan tumbuh-tumbuhan. Macam yang dia sebut dalam berita. Bagi aku mereka boleh buat jalanraya tanpa tebang semua pokok-pokok di hutan. Tapi masalahnya sekarang, taib memang tak buat pembangunan tapi dia tebang hutan2 di sarawak. Maknanya dia tipu lah dalam berita. Sehingga ramai rakyat sarawak tertindas dan dianiaya. Suara2 mereka pula tak kedengaran dan rintihan2 mereka tak pula disiarkan di media arus perdana.

Adakah kerana rakyat sarawak ini bukan orang melayu [baca umno] maka hak dan kepentingan mereka boleh di abaikan? Aku ada mendapatkan pandangan daripada beberapa orang sarawak mengenai masalah penduduk di sesetengah kampung sarawak yang menolak pembangunan di kawasan mereka. Jawapan yang aku terima lebih kurang begini ;

- tolak pembangunan kerana pembangunan merampas tanah mereka. Jika mereka kehilangan tanah, di manakah mereka akan tinggal kelak? Bagi mereka, tanah ini lebih penting dan brnilai dari wang ringgit.

- tidak tolak pembangunan tetapi diberikan tanah lain ataupun tempat di tanah yang bakal dibangunkan.

- tidak mahu berpindah dan bertolenrasi dengan pihak pemaju kerana tidak mempercayai kerajaan. Ini terjadi kerana sudah berlaku banyak kali penduduk yang mana kawasan mereka terlibat dalam pembangunan tidak mendapat pampasan seperti yang di janjikan.

- menolak pembangunan kerana tidak faham perjanjian. 

- menolak pembangunan kerana degil dan tidak mahu menerima perubahan.

Pandangan ini tidak bias kepada mana-mana parti politik. Di sarawak sebenarnya berleluasa dengan aktiviti pembalakan samada berlesen ataupun haram. Sebenarnya kalau ada pembalakan haram yang dibongkarkan [satu atau dua kes dulu] itu cuma untuk menutup pembalakan berlesen oleh syarikat taib mahmud dan kroni-kroni nya.

Taib bukan sahaja ada harta yang menimbun-nimbun di sarawak, malahan di luar sarawak pun banyak. Dari mana dia dapat modal untuk kumpul harta sebanyak itu kalau bukan dari hasilbumi sarawak? Dia tarah hutan sarawak. Duit dia buat modal bina syarikat. Dengan peruntukan kerajaan dia guna pula untuk buat pelaburan itu dan ini. Hasilnya? Dia dan kroni yang rembat.

Tapi kenapa dia dan kroni2 dia je layak menikmati kekayaan sarawak? Macam mana dengan rakyat? Macam mana dengan kebajikan rakyat? Makna nya ini sekali lagi dia tipu dalam berita. Dalam berita dia angkat diri dia. CMS tue kan syarikat milik dia. Malahan dia ada syarikat yang berskala besar di luar negara. Tapi dia tak dedahkan dalam berita? Kenapa?

Taib juga gagal menyediakan prasarana yang paling penting iaitu pendidikan. Kenapa? Taib taknak orang2 pendalaman neh pandai. Dia taknak. Kalau penduduk pendalaman sarawak ini pandai, mereka akan bangkit menentang taib, kerana kepandaian mereka, mereka akan dapat menilai dan melihat kezaliman taib. Mudah. Ini kita semua tahu. Begitulah otak2 pemimpin barisan nasional. Mereka takmau kita lebih pandai mereka. Bila kita lebih pandai dari mereka, dan mempersoalkan cara mereka mentadbir negara, kelemahan mereka akan terbongkar. Apa kesan nya pula pada mereka? Mereka akan hilang kuasa. Mereka akan hilang pangkat. Dan mereka akan hilang kedudukan.

Bila mereka hilang semua itu, automatik mereka hilang peluang untuk kaut kekayaan. Mereka tamak. Kerana itu mereka zalim. Kalau mereka tak tamak, mereka takan zalim pada rakyat sendiri. Sebab itu Allah swt larang kita bersikap tamak dan kedekut. Larangan Allah swt bukan sia-sia.

Mungkin taib lupa. Orang yang bodoh boleh belajar. Dan bila mereka belajar, mereka boleh keluar dari kepompong kebodohan. Dan sarawak sedang belajar. Mereka akan keluar dari kepompong kebodohan. Insya-Allah. BN akan kalah di sarawak. Kalau mereka menang sekalipun pada pilihanraya negeri kali ini, itupun sebab mereka main tipu. Aku yakin.


Ameno : Taib must go. Sarawakian, our hope, our future, our freedom on your decision now.

Share this

5 Responses to " Taib Mahmud : Pembangkang = ketam. "

  1. "Kalau mereka menang sekalipun pada pilihanraya negeri kali ini, itupun sebab mereka main tipu. Aku yakin. "

    aku sgt stuju nge ko..sori to say, aku x caya langsung nge spr..lalu timbul persoalan, adakah demokrasi still relevan kat malaysia (or di dunia) neh???!!

    BalasPadam
  2. Acikkkk........................... Teruskan perjuanganMU.... FL akan terus menyokong Acik....

    BalasPadam
  3. Selepas ke Sarawak baru-baru ini saya boleh katakan, Sarawak akan jatuh ke tangan Parti Rakyat. Tetapi kita tidak boleh bercakap secara gah kerana Kerajaan BN sanggup buat apa sahaja untuk menang di Sarawak. Dan saya sependapat seperti saudara Ameno, jika BN menang juga di Sarawak, pasti ada penipuan dalam pilihanraya itu.


    "Rakyat Sarawak sudah semakin bijak sepanjang 30tahun di bawah pimpinan TS Taib Mahmud"

    -Dr. Latif-

    BalasPadam
  4. Selepas ke Sarawak baru-baru ini saya boleh katakan, Sarawak akan jatuh ke tangan Parti Rakyat. Tetapi kita tidak boleh bercakap secara gah kerana Kerajaan BN sanggup buat apa sahaja untuk menang di Sarawak. Dan saya sependapat seperti saudara Ameno, jika BN menang juga di Sarawak, pasti ada penipuan dalam pilihanraya itu.


    "Rakyat Sarawak sudah semakin bijak sepanjang 30tahun di bawah pimpinan TS Taib Mahmud"

    -Dr. Latif-

    BalasPadam
  5. pernah study di uitm samarahan,srwk.sblm pegi sana,kawan2 di semenanjung selalu ingat sy akan tggl di rumah panjang.xmaju mcm semenanjung..smpi srwk,sy byk berkawan ngan sarawakian.dorg lebih frenly compare ngan org semenanjung..

    bila sy cerita keje di 7eleven(keje lps spm sblm dpt uitm srwk) gaji rm750.kwn2 sarawak semua terkejut sebab lumayan gaji.gaji kilang kat srwk rm400 je.

    yg lawaknye,kawan2 srwk xsuka lelaki semenanjung sbb umah mak mertua jauh.hehe..

    apepun pengalaman blaja kat srwk,dpt kenal ngan kwn2 yg baik2 + mkn laksa srwk tun jugah + kek sarawak yg sarawakian buat + pegi tmpt2 menarik kat srwk(kg budaya dan library srwk) + ketua prog n lecturers dec 2002 mmg pengalaman berharga pd sy..

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...