Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 April 2011

Entry hot : Pegawai SPRM rotan kemaluan saya.

Baca bawah ;

Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah

T Sivanesan,24, dalam keterangannya kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.

Pukul di kemaluan, letak ais

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.
"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.


Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan (kiri) berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.


Menyiasat lah cara orang islam menyiasat. Adakah di dalam islam kita boleh memperlakukan orang macam di atas neh? Aku percaya kita ada etika siasatan berasaskan islam. Tak mungkin takde. Mungkin belum diterokai lagi.

Tapi kalau macam neh cara  SPRM menyiasat. Memang tak hairan TBH dan Sarbani mati katak kat dalam bangunan SPRM. Memang tak hairan sesangat. Jangan nak marah rakyat buat spekulasi. Ini negara demokrasi. Kami pun cuma berspekulasi. Bukan tuduhan melulu macam yang kerajaan selalu buat. Heh.

Ameno : Seseorang tidak bersalah sehingga siasatan membuktikan sebaliknya. Dengan syarat siasatan mesti telus.

Share this

7 Responses to " Entry hot : Pegawai SPRM rotan kemaluan saya. "

  1. ya Allah...tolongla hambamu ini..sejahterakanlah Malaysia daripada lahanat2 yg membelakangi undang2 ini..moga yg dizalimi mendapa perlindunganMu

    BalasPadam
  2. nasib baik hidup lagi. kalau tak, cukup kuota 1Malaysia. haha~

    BalasPadam
  3. politik demokrasi ciptaan yahudi14 April 2011 pada 12:00 PG

    apa bukti?setakat main cakap ja sapa pon bole cakap.bukti DNA tipu,video/ganbar boleh tipu.mati pun boleh tipu cara kematian.semua penipu dan semua kena tipu.

    BalasPadam
  4. nasib baik hidup lagi. kalau tak, cukup kuota 1Malaysia. haha~

    BalasPadam
  5. ya Allah...tolongla hambamu ini..sejahterakanlah Malaysia daripada lahanat2 yg membelakangi undang2 ini..moga yg dizalimi mendapa perlindunganMu

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...