Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 20 Februari 2013

Lagi banner dan bendera PAS disabotaj.

BANGANG.


Nampak macam kes kecik jek kan. Alah banner musnah dirosakkan dan dikoyakkan buat la baru. Bendera kena bakar, beli la balik.


Tapi untuk ganti balik kesemua kerosakkan itu memerlukan duit. Dan PAS bukanlah parti yang berduit. Maksud kat sini tak berduit ialah = mereka bergerak mencari penajaan, samada melalui pendermaan orang ramai ataupun buat event2 tertentu. Juga melalui penjualan barangan dan perkhidmatan. Yang pastinya tanpa duit mereka tak boleh bergerak dengan selesa. Boleh bergerak cuma kurang selesa.  

Bagi aku kita boleh berkempen tanpa bendera parti. Bendera parti memang significant kepada kempen2 PRU tetapi itu bukan main point pada aku. Berbanding banner dan billboard. Kempen2 PR lebih menusuk ke dalam jiwa jika mereka buat banner dan billboard ;

1. Mengenai fakta2 pentadbiran mereka di beberapa negara, 

2. Tangkis fitnah dan salah faham umum,

3. Dedahkan penyelewengan BN,

4. Paparkan matlamat dan manifesto negeri [PR] untuk dinilai oleh masyarakat.

Dan bayangkan apabila setiap kali banner dan billboard seperti ini dirosakkan oleh penyokong2 bodohnakmampos bn, apakah kita boleh berdiam diri?

Bila masanya pengundi nak alert dengan maklumat2 kita kalau setiap kali kita pasang, depa rosakkan.
Kalau setiap kali kita naikkan, mereka turunkan dan bakar?

Sudah sepatutnya pemimpin bn nasihatkan penyokong2 mereka agar menghormati cara lawan berkempen. Sudah la nak masuk tv arus perdana merupakan perkara mustahil di malaysia. Nak masuk paper pun sama. Melainkan kalau kena fitnah je bleh masuk, kalau nak berkempen tue HARAM la nak paparkan.

Jadi jika cara begini pun mereka tak boleh terima, cara mana lagi PR boleh berkempen? Apa ko nak cakap tanah ini, bumi ini, udara ini BN yang punya pula ke?

Jadi manusia, ada akal, gunakan la ia untuk berfikir.

Ko patahkan dan rosakkan banner2 orang, ko takan apa2 kebaikan. Orang akan kutuk tindakan ko je. Tindakan tak cerdik majoriti takan sokong. Mungkin yang pro ko jek akan sokong itupun kalau dia rasa politik dulu, moral kedua.

Kalau ko rasa rimas dengan kempen2 PR, maka ko buat je la benda sama. Banner vs banner. Hujah vs hujah. Bendera vs bendera. Simple as that.


Ini la penyokong UMNO. Time maki hamun PAS tak ingat dunia. Time aniaya dan fitnah PAS tak ingat dunia. Time haramkan dan syiahkan PAS tak ingat dunia. Tapi... time ajak bersatu terus ingat seme benda hukum islam dan blablablanla.. kenapa tidak time fitnah pas? Kenapa tidak time bakar bendera pas? Kena tidak time sesatkan pas? 

Owhh aku nak bersatu dengan pas neh, elok aku repair kata2 aku, tindakan aku, tingkahlaku aku, untuk membuktikan keikhlasan aku. Ada pernah korang fikir macam tue? Tak kan.. ahli dan penyokong umno adalah cerminan umno. Jika UMNO tak menegur perbuatan samseng dan biadap seperti ini, sahlah UMNO sendiri merupakan parti yang menyebarkan nilai2 buruk. Jika UMNO sendiri buruk, maka janganlah berlagak seperti polis moral untuk parti lain. Cermin tue awak beli, awak guna la sendiri. Heh. 

Sumber gambar : sini

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...