Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 November 2012

RM23.4juta untuk 124 kamera perangkap laju.


Timbalan menteri dalam negeri, Datuk Abu Seman Yusop hari ini menjelaskan, kos RM23.5 juta bagi 124 kamera perangkap had laju untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah termasuk kos latihan kepada pasukan tersebut.

"Kos pembelian termasuk latihan kepada pengguna iaitu PDRM dan jaminan selama dua tahun dan penyelenggaraan peralatan tersebut," katanya di Dewan Rakyat petang ini.

23.4juta untuk 124 kamera perangkap laju untuk kegunaan PDRM amat amat amat MAHAL kalau korang tanya aku. Nak tahu tak bentuk kamera tue macam mana? Lebih kurang la. 

Maybe ada perubahan dari segi warna dan reka bentuk untuk keluaran terbaru tetapi gambar tue terpakai juga untuk isu neh sebab PDRM telah beli dan masih gunakan ia sampai sekarang. Rujuk sini. 

Menurut Mahfuz Omar ;

Namun, penjelasan itu masih gagal memuaskan hati Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata kerajaan negeri di Amerika Syarikat memperolehi kamera sama dengan harga lebih rendah – sekitar RM15,000 ke RM18,000 seunit termasuk kos pemasangan dan jaminan.

"Jadi takkanlah kita beli sampai RM173,000 sampai RM223,000 seunit hanya nak masuk (kos) latihan.

"Saya fikir satu benda yg tak masuk akal, kos latihan RM100,000 lebih, kos kamera RM15,000 ke RM18,000 lebih setiap satu," kata Mahfuz yang mahu satu audit dilaksanakan bagi menyiasat perkara itu.

Dan bila menteri yang diasak bertubi2 gagal memberikan jawapan kepada soalan mahfuz omar di parlimen last2 dia cakap begini ;


Beliau kemudiannya memberi jawapan ringkas bahawa perbezaan kos itu berlaku kerana terdapat kos lain.

"Ada kos-kos lain," katanya sambil menambah nama syarikat yang mendapat kontrak itu akan didedahkan kemudian.

Nak tahu apa yang aku fikirkan?

1. Menteri sedang menipu. Kalau la ada lain2 kos sepertimana yang dia nyatakan mestilah dia boleh jelaskan secara terperinci apa benda yang lain2 kos tue.

2. Sudah semestinya sebagai TM dia membaca dulu data2 dan dokumen berkaitan isu di atas. Dan sudah semestinya ada dijelaskan dalam kertas itu apakah jenis dan bentuk lain2 kos yang disebut.

3. Dokumen itu sudah tentu tidak akan meletakkan subject sebagai ==> lain2 kos. Mesti dia ada perincikan untuk apa dan bagaimana bayaran seunit alat perangkap laju ini di ambil kira.

4. Bila menteri tidak mampu jawap or tidak boleh jawap hanya ada 3 sebab je. 1, samada mereka tidak membaca dan meneliti dokumen berkaitan dengan betul2, kedua, main baca jawapan yang disediakan tanpa sedar apa benda yang dia baca kan tue.. ketiga dia tahu apa sebab sebenar tetapi terpaksa menipu.

Jawapan mana satu merujuk kepada tindakan menteri di atas? Lue fikirlah sendiri. Aku pun tatau sebenarnya.

kah kah kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...