Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 November 2012

Wan Ji dipanggil polis dakwaan hina sultan

Seorang penceramah bebas, Ustaz Wan Ji Wan Husein (gambar) dipanggil ke balai polis Shah Alam, Seksyen 9 hari ini untuk memberikan keterangan ekoran dakwaan menghina sultan.

Menurut kenyataan terkini dalam facebook, Wan Ji menulis, beliau dalam perjalanan ke Balai Polis Shah Alam kira-kira jam 1.30 tengahari yang lalu.

"Dlm perjlnn ke balai polis shah alam, seksyen 9.. Dipanggil atas dakwaan hina sultan," tulis Wan Ji dalam facebooknya.



Harakah. 

Sebelum aku nak tulis sedikit komen mengenai apa yang berlaku ke atas Wanji aku nak ulas sedikit ayat yang digunakan oleh wartawan harakah dalam berita di atas sebab aku petik dari ko.

==> http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/14716-wan-ji-dipanggil-polis-dakwaan-hina-sultan

1. Tolong betulkan ejaan keterangan. Ia salah. Takpelah blog macam kami eja tak betul tapi media rasmi macam harakah tak boleh sebab nanti orang ejek2. Kalau utusan yang salah eja, aku terus ejek je. Bahkan siap printscreen lagi. Aku bias. Aku mengaku terus terang. Taknak mengaku pun tak guna sebab orang tetap boleh menilai perbuatan aku.

2. Gantikan perkataan pernyataan kepada keterangan. Aku tatau apa beza antara pernyataan dengan kenyataan sebab bm aku pun failed dengan tatabahasa yang teruk tapi tah camne aku suspect ayat pernyataan disitu tak sesuai. Kalau aku salah, abaikan je oke.

Rekod, ayat di atas telah aku betulkan sendiri. Tapi di laman harakah ia masih begitu hingga saat ini [3.41 21/11]

Citer Wanji.

Memang dah beberapa kali Wanji update isu sultan. Dan memang aku rajin share citer dia kat page aku. Kalau aku la antara punca yang menyebabkan orang alert dengan status2 tersebut sehingga mendorong siasatan di jalankan ke atas nya, terasa plak aku kena minta maaf kat Wanji sebab dah menyusahkan hidup dia tak pasal2.

Apa pun aku tak pernah rasa Wanji update perkara yang salah. Isi ahti aku lebih kurang sama dengan apa yang Wanji luahkan di wall facebook. Bahkan ia mengambarkan perkara yang sebenar. Dan aku tak faham kenapa ek bercakap benda betul pun merupakan satu kesalahan di malaysia. Apakah kita kini harus berbohong untuk hidup di malaysia?

Harap2 nasib wanji tak berakhir seperti ahmad. Tak pasal2 difitnah sebagai zul yahya padahal zul yahya sapa pun dia tak kenal. Dah la kena fitnah, kena dakwa lepas tue pdrm sampai sekarang tak buat kenyataan balas apa yang dinafikan oleh keluarga ahmad bahawa ahmad ialah ahmad dan ahmad bukan zul yahya. Apa pun tak boleh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...