Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label israel. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

Pengacara Jordan Bakar Dan Ludah Bendera Israel Secara Live Di Program TV.

Ketika rancangan sedang berlangsung tau. Haha.

Dasat kau. Pengacara tv kita berani buat tak? Tak payah sembang hal berat la. Hal ringan yang seperti berkata2 benar tentang pembangkang pun salah. Kritik kerajaan pun salah kalau depan tv sampai kena surat amaran dan disingkirkan dari program. Itu tak masuk lagi kalau dalam forum, orang buat panggilan kritik kerajaan terus diputuskan talian dan buat2 tak dengar. Ini kan pula nak ludah dan kutuk israel di tv? Tak payah nak berangan kot kita semua.

KAH KAH KAH

Aksi pengacara dari Jordan ;



Video rakaman tersebut ;



Post by Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam.

Kalau video gagal load, klik sini.
 
Mesti geng2 pro israel yang dalam ahti ada taman rasa sakit ahti kan. 

KAH KAH KAH 

Kbai.

Khamis, 29 November 2012

Kantoi kerjasama dengan ISRAEL - Penyokong UMNO, meh sini kejap.

Nah ;


Lepas tue nah lagi ;


Dah baca? Faham kan?

Rekaan?

Fitnah?

Super impose?

Tak aih. Kalau rasa fitnah p suruh menteri hang nafikan. Aku cabar. Benda neh siap masuk bernama lagi beb. Rujuk sini. Kat situ seme dokumen lengkap ada. Teliti la satu persatu. 

Amek masa hang jalankan kajian sendiri. Aku suka orang yang menganalisa info / maklumat yang dia dapat, bukan main terima bulat2. So aku nasihatkan penyokong2 umno, analisa la sendiri kalau lue berani. 

Apa pun 3 soklan aku nak tanya. Jangan tak jawab plak.

1. Yang berdagang dengan israel dan merestuinya, umno tapi yang kena maki hamun dan dikaitkan dengan yahudi, ialah BERSIH?

2. Yang buka pintu kerjasama ialah BN tapi yang kena hentam ialah PAKATAN RAKYAT?

3. Yang biarkan deligasi israel masuk ialah kementerian tapi yang dituduh bersetongkol dengan israel ialah ANWAR IBRAHIM?

Aku dari dulu lagi dah faham apa itu perniagaan dan prinsip kerjasama sesama negara untuk menaikkan ekonomi masing2. Kerjasama malaysia - israel ialah kerjasama untuk kepentingan bersama dan malaysia mendapat manfaat dari segi ekonomi. Itu hakikat. Suka tak suka itu belakang citer tapi itu adalah hakikat. 

Takmo la aku mengulas lanjut bab ekonomi. Dan aku tahu memang akan ada yang marah dan cakap alamak aiii tak berkerjasama dengan israel boleh mampos ka? Tak berdagang dengan israel tak boleh maju ka? Itu bukan soalnya beb. Soalnya benda tue dah berlaku dan apa sebab ia berlaku ialah malaysia sedang mencari manfaat untuk mengukuhkan ekonomi nya. Itu sebab ia berlaku. Salah or betul, lue boleh utarakan pada bn. Gua takmo campor.

Jangan salah faham.

Aku bukan bekap tindakan bn jauh sekali tindakan umno. Cuma aku tak major ekonomi so aku takmo ulas lebih2 dalam bab ekonomi. Aku ulas bab hipokrit sudah la.

Fikirkan. Yang seme2 BN tuduh2 kat PR kat BERSIH kat Anwar Ibrahim tue ialah benda2 yang dia sendiri buat dan amal. Tapi apasal dia tak marahkan diri dia sendiri sedangkan memang terbukti bn buat tapi kenapa dia marahkan orang lain yang tak terbukti buat? Bersandarkan persepsi je, bukti haram. Apsal penyokong umno? Apesal? Cuba jawab.

Khamis, 22 November 2012

Lagi bukti perdagangan Malaysia - israel.

Aku sebenarnya blur2 dalam isu neh. Aku nampak dorang sebarkan gambar dokumen ini di wall facebook. Korang tengok sendiri ;



Sumber : sini.

Syarikat perusahaan getah tue under kerajaan malaysia ka? Kerajaan malaysia ada saham ka dalam syarikat itu? Kalau ada saham bleh gak nak marah tapi kalau ia syarikat swasta aku tak fikir kita ada hak nak tentukan dengan siapa mereka mahu berdagang. Baiklah, kita mungkin benci dan anti israel tetapi perkara yang sama tidak boleh diaplikasikan ke atas orang lain.

Walaupun kita seme rakyat malaysia tetapi aku tak boleh nak paksa orang lain untuk anti israel sebagaimana yang aku anti. Itu yang aku nak sebutkan disini. Jika ini syarikat milik malaysia maka ada la sesuatu yang boleh dipersoalkan. A

ku mahu tahu kenapa bersih yang dituduh menerima dana yahudi, pr yang dituduh berkonspirasi dengan yahudi tetapi yang terkantoi berkerjasama dan menjalankan hubungan perniagaan dengan yahudi itu umno barisan nasional?

Itu jek la.

Kalau ia syarikat swasta aku no komen. Bagi aku mungkin malaysia tetap menetapkan bahawa swasta berhak meniaga dengan siapa. So polisi itu aku hormat je la. Boleh tak suka tapi aku tetap hormati polisi itu. Pasti ada sebab kenapa polisi seperti itu dimuktamadkan walaupun aku memang tak suka.

Dan aku suka nak dengar jawapan dari Mukhriz Mahathir. Apakah ini bahan ini untuk syarikat muslim palestine di palestine? Hehe. Soklan pagi tadi belum lagi dibalas dah aku tambah soklan baru kan? 

Jawab la MITI. Aku tunggu neh. Buat apa jadi menteri kalau syok di gelangang sendiri? Hanya jawab soklan yang favor kepada diri sendiri dan fitlter soklan yang tak favor kepada diri sendiri? Aku ingatkan najib je pengecut.. demmmm seme sama je ek dalam umno?

kah kah kah

Jumaat, 27 Julai 2012

PERODUA di ISRAEL?

Kalau ya apa masalahnya?


Menurut MSO ;
Cuba perhatinkan gambar kereta yang ditanda dengan bulatan merah itu. Apakah itu bukan Myvy... kereta keluaran Produa yang terhebat di Malaysia. Para penggemar automobil Malaysia berbangga dengan kereta ini ia adalah buatan Malaysia. Kalau kita setuju dengan dakwaan itu, persoalan timbul apakah Malaysia menjadi pengeksport Myvy ke luar negara termasuk negara Yahudi Isreal yang kita benci kononnya? Gambar ini dirakam di satu persimpangan jalan di Israel.  Menurut amalan negara Zinois itu plat berwarna kuning adalah kereta milik orang Yahudi, manakala berwarna putih bukan Yahudi. Kereta yang sama jenis dengan Myvy ini platnya berwarna kuning?Mungkin sesiapa ada idea untuk memberi jawaban untuk menafikan Malaysia bukan mengeksport Myvy ke Israel atau lebih tepat lagi tidak berdagang dengan Israel seperti dinafikan. Wasalam.

Sama seperti kita gunakan facebook, seperti itu juga lah kita harus berbangga jika ada orang israel sanggup keluarkan duit mereka untuk beli kereta kita. Jika kita ikut susur galur yang betul, duit2 itu kemudiannya akan kembali kepada palestine melalui sumbangan2 dan derma daripada team perodua dan kakitangan mereka.

Tapi sebenarnya banyak jek kereta2 di dunia neh seakan2 sama. So susah nak cakap hanya berdasarkan kepada satu gambar yang kabur dan jarak jauh macam neh. Tak pasti samada ia memang myvi ataupun sebaliknya.Tapi kalau sungguh pun myvi maka bagus juga. Berkembang juga kereta ciptaan malaysia even di israel sekalipun.

kah kah kah

Selasa, 14 Februari 2012

Apa kaitan web Israel neh dengan Malaysia?

Tatau lah aku. Bahasa pun bahasa yang aku tak faham. Macam mana aku nak tahu benda neh apa ke apa.. hasil translate pun aku cuma dapat faham sikit2. Sudah tentu ia tak gambarkan keadaan yang sebenar kalau faham pun sikit2 kan? 

Lihat bawah neh ;





Okey neh ada dua keratan screen yang aku amek dari web tersebut. Link nya disini. Klik sendiri kalau nak tengok apa2 ke. Aku pun tak pasti web tue memang sah milik israel atau apa sapa2 yang pandai check boleh check untuk sahihkan yang tue. Cuba aku nampak dia tulis gov di alamat dia so maybe lah benda neh di bawah kerajaan israel.

Merujuk kepada printscreen di atas neh beberapa persepsi timbul dalam otak aku ;

1. Israel menulis tentang sejarah perdagangan malaysia dan indonesia dengan israel. Agak ringkas tapi aku rasa dia telah masukkan point2 yang perlu diketahui.

2. Israel ada mengecam [atau menulis dengan persepsi tidak baik] mahathir.

3. Israel menulis bahawa malaysia tidak menghalang perdagangan dengan israel meskipun mahathir kuat menentang israel. [israel menganggap ia sebagai menentang israel walhal mahathir dipercayai menentang kezaliman israel ke atas rakyat palestine]. Perdagangan dengan israel dibenarkan dalam perundangan malaysia itu sendiri.

4. Israel juga menulis bahawa jika syarikat malaysia mahu mengimport product dari israel mereka perlu dapatkan kebenaran dari kerajaan. Berupa lesen. Alah macam yang kita dah dedahkan sebelum neh.

5. Israel menganggap syarikat2 yang diberikan lesen import di malaysia adalah sangat sedikit. 

6. Visa perniagaan yang dikeluarkan ke atas rakyat israel juga amat jarang berlaku. Ada tetapi jarang. Israel neh macam komplain lah. Senang cakap.

7. Israel juga menulis bahawa syarikat2 di malaysia tidak suka jika kerajaan tahu mereka menjalankan hubungan perniagaan dengan israel. Maknanya benda neh kena rahsia arh. Gila kot pemikiran syarikat neh. Dah lesen import pun apply dari kerajaan.. macam mana pula kerajaan boleh tidak tahu. Bengong!

Itu seme stastistik dan ulasan yang berakhir pada tahun 2002. Rasanya zaman mahathir lain zaman najib lain kan? Israel, dont worry lah. Aku percaya hubungan malaysia dan israel kini lebih erat berbanding zaman mahathir. Betul tak?

kah kah kah

Kalau rajin baca dan fahamkan sendiri. Apa yang aku fahamkan neh pun hasil google translate beb.

Ameno : Perdagangan malaysia - israel, memang dibenarkan dalam undang2 negara kata website israel.. urmm

Ahad, 12 Februari 2012

Najib, betul ke ISRAEL jadi agent kelapa sawit malaysia?


Tanya najib lah senang. Sebab dia ketua ma. Maybe dia boleh explain lanjut apa yang sedang berlaku neh. Laman web yang dimaksudkan ialah ini ==> http://www.israelfundingcorp.com/palm_oil_for_sale.html

Laman web tue juga pongpang2 pasal malaysia dan sime darby. Laman web tersebut juga pongpang2 konon nya dorang neh agent. Amek minyak kelapa sawit dan kelapa sawit dari malaysia untuk dijual kepada negara lain. Senang cakap bertindak sebagai orang tengah.

Aku punya pandangan ialah aku tak pasti kisah neh betul ke tak betul tapi aku tetap meminta najib jawab sebab cara ia menulis seolah2 ia melibatkan seme syarikat2 yang proses kelapa sawit di malaysia. Of course neh termasuk yang kerajaan punya including GLC juga. 

So apa citer neh najib? Jawab lah. Janganlah pongpang2 pasal anwar israel anwar israel bagai. Aku bukan nak tuduh2 tapi mohon penjelasan jek. Yang selalu umno bagi kat anwar tuduhan. At least kami neh takde ikut perangai tersebut. Kami tanya untuk kepastian jek. Cuba jelaskan najib weh. Jangan nak diam2 jek. Kang orang cipta persepsi jangan nak memandai2 marah ek. Bai.   

Ameno : Sapa sebenarnya support israel neh?

Selasa, 31 Januari 2012

Isu israel : PAS tidak bersama Anwar ibrahim.


Okey. Aku punya pendirian pun sama macam tue. Namun aku hormat pandangan anwar mengenai hak nya untuk nyatakan pandangan dia. Bagi aku perbezaan pandangan itu normal. Jika dia suka dan setuju dengan isu penyelesaian dua negara itu dia punya pasal. Bagi aku, aku tak setuju sebab neh wayang sahaja. Tak guna nya kita bersetuju dan sokong sesuatu yang wayang seperti neh.


Baca pula pandangan pas di bawah neh beb ;
Dalam reaksi spontan di Facebook, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi (kanan)mengingatkan para pimpinan bahawa “Israel adalah sebuah entiti haram.”

“Ia terlalu besar dosanya terhadap ummat Islam seaqidah meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu,” tegas beliau.

Ketika dihubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pendirian PAS yang tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

“Mereka mendapat tanah itu secara kejam, membunuh dan menghalau rakyat Palestine daripada buminya sendiri. Bukan menjajah, tapi secara merampas secara kejam bersama tentera Haganah pada tahun 1948.

PAS tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mahfodz Mohamad (kiri) menegaskan pendirian Pakatan Rakyat adalah untuk berdiri di tempat orang yang ditindas, dan bukannya yang menindas, di mana dalam isu ini ialah Israel.

“Sejarah telah menunjukkan bahawa untuk meluaskan negerinya, Israel telah menghalau rakyat Palestine keluar daripada tanah mereka ketika peperangan meletus pada 1948.

Ramai rakyat Palestine dihalau keluar dari rumah mereka untuk membuka ruang kepada Israel. Mereka sampai hari ini masih dalam kesusahan. Sebagai warga Muslim, kita mesti bersama mereka, dan bukan sebaliknya,” tegas beliau yang dipetik News Straits Times. -HD-


Ambil ahti?

Raih sokongan?

Minta simpati?

Aku pun ingin begitu. Tapi aku tak mampu hipokrit dalam isu neh. Ahti aku berkata kepada ahti aku, pergi mamposlah sama israel neh. Siapa dia yang aku perlu kesahkan soal keselamatan dia bagai? 

So, aku sokong sangat mat sabu dan pendirian pas dalam isu neh. Israel bukan sapa2 yang perlu kita kesahkan pun. Soal bisnes ka, hubungan dagang ka apa ka itu seme urusan yang bn dan umno jalin dengan mereka. Bukan urusan aku sebagai rakyat malaysia. Belum tentu apa yang bn buat dengan israel mewakili kehendak rakyat malaysia so tak payah pongpang cakap aku hipokrit bagai disini.

Dan lagi satu, belum tentu apa yang ko setuju aku juga akan setuju. So terima sahaja bahawa kita berbeza pandangan disini. Aku sokong pendirian pas dalam isu israel dan menolak pandangan dsai dalam isu neh.

Bagi aku isu neh simple sahaja. Bukan yahudi yang aku benci dan tolak neh. Aku dah bagitau sebabnya disini kenapa. Israel tidak dibenci kerana dia israel, yahudi atau apa sahaja. Ia bukan masalah bangsa, akidah ataupun agama. Ia masalah kezaliman. Seseorang yang jahat, apabila dia jahat, tak kira apa bangsa dan agama yang dia anuti, dia memang layak untuk dibencikan.

Walaupun mungkin ada harapan untuk dia berubah dan insaf, tetapi itu bukan alasan bahawa kesalahan lampau dia terhapus. Dia tetap perlu dihukum. Ini bererti yang kita benci ialah perbuatan, bukan individu.

Sama konsepnya dengan kejahatan israel disini. Dengan israel, walaupun kita cuba untuk bersangka baik, tetapi sejarah dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang, tidak akan membenarkan itu berlaku. 

Ia bukan kita tidak mahu bersangka baik kepada israel tetapi ia adalah ibarat seperti kita mempercayai suatu hari nanti, syaitan akan bersolat. FIkirlah, ia sesuatu yang mustahil. Bukan tak hingin nak buat tetapi sangat tidak mampu nak buat. Bai. 

Ameno : Jika israel datang rumah ko dan rampas hak ko kemudian nya orang ketiga datang dan soh ko share berdua dengan apa yang dalam rumah tue.. boleh meh?

Sabtu, 28 Januari 2012

WSJ - DSAI Sokong Israel ka?



Tatau betul ke tak betul anwar cakap macam neh. Kalau betul, heran gak aku napa dia cakap macam neh? Ka kenyataan dia neh dah disalahtafsir? Apa pun aku rasa statement neh tak perlu ada dan wujud pun. Di saat umat islam malaysia memang menyampah dengan kedegilan israel yang tak habis2 membuli umat islam palestine, kenyataan seperti neh memang tak perlu wujud sama sekali.

Ramai orang ingat umat islam benci israel pasal dia yahudi. Pasal bangsa. Pasal agama dia. Walhal orang taktahu kita menyampah kat israel sebab dia tindas palestine. Dia bunuh rakyat palestine. Dia sekat dan rampak hak2 penduduk palestine. Benda neh takde kaitan dengan bangsa ka, orang ka, agama ka atau apa sahaja tetapi ada kaitan dengan perbuatan israel yang kejam dan dasat terhadap penduduk2 palestine yang kebetulannya adalah umat islam.

Tak kira lah dia cina ka, india ka atau apa bangsa sekali pun kalau dia kejam kita memang menyampah. Sama gak kalau yang ditindas itu islam ka bukan islam ka kalau dia ditindas dan dianiaya, kita pun akan tetap menyampah. Cuba faham konsep dulu. Israel tidak dibenci kerana dia israel tetapi kerana sikap kejam dia itu yang membuatkan kita benci gile pada dia.

Aku pun tak faham samada WSJ neh menulis berdasarkan fakta atau apa, tapi nampaknya andai ia benar aku rasa dsai tak seharusnya keluarkan ayat2 sebegini. Cuba perhatikan baik2 bila dia cakap ;

 "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan ke atas israel [bukan negara pun israel neh] ? 

Segala usaha yang konon nya atas nama melindungi keselamatan israel ialah sama makna dengan = segala usaha menghancurkan rakyat palestine.

Bagi israel, dorang akan gunakan apa2 sahaja ayat2 yang baik, bagus dan molek bagi menghalalkan tindakan depa. Contohnya ;

1. saya nak tolong orang itu meninggalkan dunia ini.  <-- ini ayat manis israel.

2. saya nak pergi tikam orang tue sampai mampos <-- ini perbuatan israel. 

Inilah taktik2 yang israel pakai lama dah. Seme orang dah faham dah. Ada je cara dan alasan dia menghalalkan kekejaman dia. Hope dsai tolong ulas sket isu neh. Bukan apa, aku tak harap dsai neh sempurna bagai tapi aku takmo pemimpin pro israel tak kira dari sudut mana dan apa pun.
 

Bagi aku, israel neh ada yang baik dari mereka, kita boleh ambil, amal dan ikut. Tapi cukup, bab2 tue je. Selebihnya walaupun kita ada gunakan barang2 depa, kita tetap kena cari jalan untuk patahkan segala usaha2 mereka yang berniat menghancurkan umat islam.  Ini termasuk dengan cara mencipta barang2 alternatif sebagai ganti kepada product2 mereka dan jatuhkan mereka dengan menggunakan product mereka sendiri. 

Harus di ingat, israel sekarang sedang selangkah untuk menghancurkan masjid al-aqsa. Kita boleh hormat hak2 israel tetapi itu hanya akan berlaku bila israel menghormati hak2 kita. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Palestine sudah terlalu banyak bersabar. Umat islam seperti kita neh sudah terlalu lama bersabar. Ini bukan masalah yang datang dari pihak kita sebaliknya ini masalah yang datang dari pihak israel dan harapnya jangan ada pemimpin dari mana2 side waima kerajaan dan pembangkang sekalipun segeng dengan israel.  Bai.

Artikel penuh : TWSJ disini

Ameno : Tunggu penjelasan dsai..

Rabu, 30 November 2011

Bukti CIMB ada hubungan dengan Israel !

Itulah aku nak cakap.  Berapi2 pongpang dalam tv hanya dia je yang jaga kebajikan rakyat. Yang lain seme jahat.  Hanya dia je bangunkan negara, yang pembangkang buat seme salah. Dari dulu lagi aku dah sebut, lainkali kalau dah berani tuduh pembangkang dan bersih dapat dana dari luar, dari yahudi dari israel bagai, kena pastikan diri sendiri terlebih dahulu bebas dari israel. 

Jangan nak tuduh macam2 pada pembangkang padahal orang yang selalu berususan dengan israel ialah anak beranak ko sendiri. Ada faham tak najib? Lue tengok bawah neh larh wahai najib + muhyiddin + geng2 umno. 





CIMB telah melantik syarikat yang mencipta [mengendalikan] sistem NICE bagi menjaga keselamatan [sekuriti] sistem perbankan internet [online].Apa kena mengena NICE dengan israel? Mudah. Lihat bawah neh ;





Nampak? Ini link berita yang aku printscreen. ==> sini

Isu disini simple jek bagi aku. Jangan dok pandai2 canang + pongpang bahawa orang lain seme agent yahudi lah israel lah [dsai + pembangkang + bersih] walhal diri sendiri siap berurusan dengan israel. Ada aku kesah cimb nak bagi berjuta2 wang pun kat israel? Aku tak kesah der. 

Yang aku geram ialah pihak media kerajaan + pemimpin kerajaan + bloggers umno yang guna pakai point bahawa pembangkang neh alat yahudi walhal orang yang berkawan rapat dengan israel tue umno dan suku sakat mereka sendiri. Itu jek.

Sedangkan kalau diperhatikan isu neh betul2 pembangkang mana pernah dapat dana dari mana2 yahudi. Pasal dari dulu lagi tuduhan mereka [umno] hanya bersandarkan pada tulisan tanpa bukti. Tak seperti apa yang dilampirkan oleh aku di atas neh. Tulisan bersandarkan bukti.

Pembangkang, ya especially dsai ada kenal beberapa pemimpin yahudi tapi kenal tak bererti dia nak jual negara. Ini berbeza dengan umno. Mereka bukan sahaja kenal malahan menjalin hubungan bisnes. 

Dulu bila didedahkan fakta bahawa malaysia ada hubungan dagang dengan israel mereka pongpang bising marah cakap itu syarikat2 swasta. So nak taknak kerajaan kena bagi permit even pengeluaran permit pun kerajaan ada kuasa nak kawal sebenarnya kan. Heh.

Okey no hal. CIMB neh pun swasta gak. Tapi ada beza sikit sebab ini syarikat adik najib duduk di dalam nya. So lue, nak bagi alasan apa pula kali neh? Fikir lah lama2 sket. Wa nak pergi makan maggie yang juga makanan fav wa. Hah apa? Yahudi? Israel?Freemason? Syiah? Owh.. i loikee that. Muahahahaha..  

NICE ada kaitan dengan MOSSAD ? Baca ini juga.

Sumber : semut.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Rabu, 2 November 2011

Lagi bukti MITI ada kaitan dengan israel.

Korang baca bawah neh. Baca apa yang dia tulis kat bawah neh. Dan kepada pemuja umno, sila baca banyak2 kali. Jangan pernah risau. Tiada GST kalau baca benda kat bawah neh ;

kah kah kah




Betul ke apa yang aku baca neh? Bila masa? Apasal aku taktahu pun. Enhh silap. Apsal media arus perdana taktahu pun? Yelah kalau depa tahu mesti depa beria2 siarkan kat paper dorang kan? Selama neh bukan kah sepatutnya hanya dsai je yang ada hubungan dengan israel?

So apahal si miti neh? Dsai menteri dia kah?

kah kah kah

Kantoi berkantoi. Itu je yang aku boleh cakap. Bai.

Kredit to : http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/11/bukti-umno-dah-lama-bersahabat-dengan.html

Ameno : Tengok kiri kanan larh sebelum mengata dsai.

Jual-beli antara malaysia - israel.

kah kah kah

Lepak dulu. Jangan marah melulu. Hubungan dagang antara malaysia-israel sudah lama. Aku dah pernah bagitau dulu. Malaysia neh antara negara yang amerika sayang. Sayang sebab boleh ikut kepala depa. Bertambah sayang bila zaman paklah tadbir negara dan makin sayang time najib pegang malaysia. 

Time mahathir dulu aku tatau. Tapi dari apa yang aku perasan mahathir neh orang nya keras. Tidak mudah dipegang dan dikawal. Sebaliknya dia lah yang akan mengawal. Sebab tue sedikit sebanyak aku tetap respect mahathir. Bagi aku mahathir adalah lengkap andai dia ditambahkan dengan elemen islam. 

Andai itu berlaku sudah tentu dia akan berfikir sebagai orang islam setiap kali dia buat keputusan. Tapi sayang dia terlalu sekular dan itulah yang menyakitkan ahti walaupun dia antara pemimpin yang mempunyai pemikiran yang keterdepan.

Lihat bawah neh ;

 


Sila lihat tarikh. Perhatikan jadual neh betul2. Sekarang korang faham tak apa yang dimaksudkan? Tak hairan kalau ada orang2 sana yang memusuhi malaysia. Contohnya iran. Kita putuskan bekalan gasoline dengan iran atas nasihat amerika. Kata penyokong umno iran ialah syiah. Maka padan muka mereka. Lalu? Amerika pula apa? Amerika desak kita atas nasihat israel. Amerika dan israel orang islam kah? Syiah sekalipun dia masih sembah Allah swt. Syiah sekalipun dia masih keras melawan israel. 

Yet, itu bukan isu sebenar. Isu sebenarnya ialah adakah berbaloi batalkan kerjasama dengan iran atas nasihat sekutu amerika, si israel tue? Adakah amerika lebih baik dari iran? Pun tidak. So inilah masalahnya. Malaysia cenderung kerjasama dengan pembunuh rakyat palestine. 

Di satu sisi kita pongpang cakap benci israel. Tapi di satu sisi yang lain kita berkerjasama dengan israel. Tapi di satu sisi yang lain kita tidak mahu menerima hakikat dan fakta neh. Kemon larh. Hidup kena belajar terima hakikat. Kita ada hubungan dengan israel. Kita sudah lama ada hubungan dengan mereka. Mungkin ia tidak diwar2kan tetapi inilah hakikat dan kebenaran nya. Kia boleh suka. Kita boleh juga rasa tak suka. Tapi fakta ialah fakta.

Bukan aku paksa korang terima sahaja bulat2 kerjasama malaysia dan israel. Apa yang aku nak korang fahamkan ialah malaysia dan israel memang ada hubungan. Jangan pernah anggap malaysia dan rakyat malaysia neh suci bagai dan lebih baik dari negara2 islam yang lain. Kita sama je macam negara yang kita kutuk. Malahan lagi teruk. Sebab? Sebab tangan kanan kita pegang sepanduk anti israel, tangan kiri kita pegang sepanduk kerjasama dengan israel dan kita tak sedar tentang hal tue. Heh.

Nak download carta di atas neh? Boleh. Klik sini
Ameno : Sila sebarkan.

Jumaat, 30 September 2011

Bendera israel buat apa kat UPM neh?



Gambar di atas neh gambar bendera israel. Ia di tangkap ketika bendera israel ini berada di dalam malaysia. Lokasi gambar ini ialah Dewan Putra 3, Kolej Pendeta Za’aba bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Faktor bendera israel berada di malaysia ialah disebabkan AXN yang baru2 neh menganjurkan pertandingan iaitu "the challenger muaythai" yang baru disiarkan di AXN dalam 3,4 minggu dah kot.


Salah seorang peserta dalam pertandingan neh ialah peserta kelahiran israel. So ada apa masalah peserta kelahiran israel memasuki pertandingan neh? Aku agak biol memikirkan benda neh. Apa yang kerajaan israel buat terhadap palestin belum tentu mewakili kehendak ahti nurani rakyat israel. Tapi dalam waktu yang sama, terpampangnya bendera israel di malaysia neh aku percaya ramai kot yang rasa kurang senang.

Aku rasa ramai yang tidak tahu bahawa ;

1. Kerajaan malaysia tidak hubungan diplomatik secara langsung dengan israel. 

2. Hubungan diplomatik bukan bererti hubungan perniagaan. Hanya hubungan diplomatik je tiada. Bukan hubungan perniagaan. Kapal israel boleh masuk ke pelabuhan malaysia. PM boleh melantik apco untuk menasihati dia dalam urusan rasmi negara dengan negara lain. Itu hubungan perniagaan dan perdagangan, bukan diplomatik. Kena faham perbezaan itu.

3. Rakyat malaysia tidak boleh ke israel, bukan rakyat israel tidak boleh ke malaysia.

4. Sukan berbeza dengan hubungan2 lain. Walaupun israel sendiri berkali2 menghalang kemasukkan peserta palestine tetapi peserta dia, okey je dalam mana2 sukan. Ha Ha Ha.

Andai kita faham semua di atas neh, maka kita akan faham kenapa bendera israel neh boleh ada di malaysia. So, macam mana? Nak rasa marah, pelik, buat taktahu, entah.. lantak korang larh. Pasal aku pun tatau nak rasa apa. Sebab bagi aku umno di malaysia lebih kurang macam israel di palestine.

Kah kah kah

Maklumat lanjut tentang bendera israel di malaysia korang boleh baca disini.

Ameno : israel = umno.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...