Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johor. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

Johor, Terengganu & Pulau Pinang Serap GST, Tapi Siapa YG Bayar? Rakyat Juga - Serap Tak Serap Tiada Beza


Macam mana serap?

Guna duit Sultan Johor bayarkan cukai bagi pihak kita?
Atau guna duit gaji Lim Guan Eng dan Ahmad Razif membayar bagi diri kita ke macam mana?

Ada pros dan cons dalam perbincangan mengenai topik ini.

Pada asalnya. Kronologi.

- Sultan Johor memekak mengenai GST yang dikenakan ke atas PBT dan kerajaan negeri.

Maksudnya apa?

- Semua jenis bayaran yang dikenakan PBT ke atas rakyat kini bercukai.
- Kau caj rakyat park kenderaan, fine, ada cukai.
- Kau caj rakyat sewa tapak pasar malam, lot kedai atau bangunan, oke fine, ada cukai.
- Kau caj rakyat itu ini semua bercukai now under PBT.

Kenapa?

- Sebab PBT menyedia perkhidmatan.
- Dan kerajaan pusat tak pula kecualikan perkhidmatan yang PBT sediakan sebagai ZERO CUKAI GST.
- Maka dua kali bayar la. Satu pada kerajaan negeri. Satu lagi kepada kerajaan pusat. Memang paker. Kata tak membebankan rakyat konon. Tapi mencukai PBT pula. Kau tak tikam guna pisau tapi tembak guna pistol mampus juga rakyat jawabnya. Kaedah pembunuhan je kau ubahsuai. Maka apa beza?

Lalu yang neh sultan Johor kondem.
Walaupun sangat lambat. Patut kondem dari awal. Sebab plan GST tue semua tahu dah. Yang atas-atas semua tahu. Patut dari perbincangan awal, semua kerajaan negeri perlu berpakat agar PBT dibebaskan dari GST. Jadah apa. Kita sedia perkhidmatan kepada rakyat kau nak mencukai rakyat lagi. Rakyat dah bayar pada kerajaan negeri selepas itu kerajaan pusat nak amek keuntungan mudah dengan mencukai perkhidmatan yang kita sediakan kepada rakyat. Memang bangang gile babi.

Ini yang sultan Johor kata tak logik dan tak masuk akal. 

Selepas itu. Kerajaan Johor umum. Mereka akan serap semua kos GST yang ditanggung rakyat. Then. Terengganu follow. Kemudian. Pulau Pinang pun ikut.

Mereka membuat satu keputusan dan mengesahkan ia melalui kenyataan rasmi bahawa PBT di negeri2 berkenaan akan menyerap semua GST yang perlu ditanggung rakyat.

Aku takde angka rasmi untuk Johor. Tetapi Penang mengatakan bahawa ;

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata kerajaan negeri akan menyerap sejumlah Rm15.6 juta GST yang dikenakan oleh MBPP dan RM5.8 juta oleh MPSP.

Rujukan.

15.6 + 5.8 juta duit pembayar cukai (perkhidmatan) perlu membayar GST. Kita bayar cukai untuk buat bayar cukai. 

Nampak?

Di Terengganu pula ;
Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan PBT negeri ini berkuat kuasa serta merta.
    
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan CBP itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.
    
"Ini adalah langkah untuk memastikan amaun CBP oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.
    
"Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap CBP bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.
    
Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.
Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan CBP seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.

Rujukan.

Apa neh brada? Apa neh sista?  

Jualan tiket ZOO pun ada GST?

Ah paker. Memang paker.

Pro dia ;

- Kita terasa la bebanan tue diringankan sebab kerajaan negeri tanggung 

Cons pula ;

- Dari mana kerajaan negeri kau mencekik dapatkan duit untuk bayar GST pada pusat?
- Buatnya depa terpaksa naikkan caj itu ini untuk serap GST, bagaimana?
- Lebih teruk, kalau benda neh jadi hutang.
- Tiap2 tahun kerajaan negeri kena bayar hutang cukai kepada pusat, lagi haru.
- Bagi melupuskan hutang, mungkin kerajaan pusat akan minta itu ini, macam mana?
- Contoh. Kerajaan negeri A sekian2 ada hutang2 cukai berjumlah itu ini, so kerajaan pusat akan amek alih tanah di lokasi sekian2 dengan nilai yang bersamaan dengan jumlah hutang yang kerajaan negeri ada bagi melupuskan hutang.
- Satu lagi bab sewa2 bangunan dan hartanah bagai neh.
- Lain orang lain kadar sewaan dia.
- Yang bagi orang biasa2, peniaga2 kecil katakanla sebulan kena bayar 200 ringgit sebulan. 12 ringgit GST.
- Yang kaya2 nak mampos yang juga menyewa tapak atau bangunan yang margin keuntungan jutaan ringgit setahun, macam mana? Itu, kerajaan negeri nak tanggung cukai untuk mereka juga?

So, benda neh bukan a good move la pada aku.

Apa yang boleh kerajaan negeri buat. Semua. Ada banyak kerajaan negeri dan ada banyak PBT. Mereka boleh mula mengadakan perbincangan dan memujuk sesama mereka supaya bergabung dan bersatu. Semua. Desak kerajaan pusat kecualikan PBT dan perkhidmatan yang kerajaan negeri sediakan untuk memudahkan rakyat dan atas kepentingan rakyat dikecualikan dari GST. Ini yang patut mereka buat. Ini boleh selesaikan masalah sehingga ke akarnya. Serap GST? No la. Ini bukan penyelesaian. Penambah beban, lagi ada.

Kbai.

Rabu, 24 Disember 2014

Apa Kata Rakyat Di Terengganu, Johor, Perak & Kedah Apabila Negeri2 Tersebut Menjadi Pilihan UTK Membina Loji Nuklear?

WOW.

NGO Anti-Nuklear telah mendedahkan bahawa kerajaan telah mengenalpasti 7 lokasi untuk membina 2 loji nuklear yang pertama di negara neh bagi tujuan penjanaan tenaga. Dalam beberapa minggu neh aku asyik membaca semua kenyataan2 media yang dibuat oleh NGO anti-nuklear kerana pada aku isu yang dibawakan oleh mereka sangat penting untuk rakyat seperti aku peduli.

Semakin aku membaca penulisan2 dan point2 mereka kenapa teknologi nuklear perlu ditolak kat negara neh dan google serba sedikit info berkaitan di internet semakin aku mendapati point2 dorang tue sebenarnya betul merujuk kepada keadaan dan situasi kita.

Dan terkini. NGO anti nuklear mendedahkan bahawa kerajaan telah mengenalpasti beberapa lokasi bagi tujuan pembinaan teknologi nuklear tersebut.

Lokasi2 yang menjadi pemerhatian kerajaan berada di ;

1. Johor - 2 lokasi
2. Terengganu - 2 lokasi
3. Perak - 2 lokasi
4. Kedah - 1 lokasi

Perhatikan.

Apa yang korang nampak kat sini?

Johor = BN
Terengganu = BN
Perak = BN
Kedah = BN

Nampak? Kerajaan hanya mensasarkan di negeri2 yang mereka tadbir. Alasan? Sudah tentu untuk mengekang perlawanan dan penentangan dari masyarakat tempatan.

Dorang kerajaan negeri. Dan dorang kerajaan pusat. Kau lawan bagai nak gila pun akhirnya jadi macam LYNAS. Kerajaan akan bakulsampahkan aduan dan penentangan2 kau. Ini apa yang aku fikir. Bila dah tahu kerajaan gila akan buat macam neh maka sudah sampai masanya untuk yang melawan teknologi nuklear kat negara ini tidak patut terhad kepada negeri atau kumpulan tertentu. Ia patut menjadi rakyat Malaysia vs kerajaan Malaysia supaya perlawanan2 itu nanti menemui satu keputusan iaitu kerajaan batalkan pembinaan 2 loji tersebut di negara neh.

Bila fikir2 balik.

Yang akan terjejas nantinya. Bukan hanya di kawasan yang terdapat loji nuklear. Bahkan. Satu negeri dan satu negara akan mendapat kesan yang sama jika apa2 berlaku terhadap loji tersebut.

Fuhh. Bagi aku perkara neh bahaya. Ia mengancam nyawa dan orang2 sains lantikan kerajaan akan sentiasa berhujah menangkan keputusan kerajaan sampai mampos.

Antara point2 menarik dari aktivis rakyat melalui satu forum yang dianjurkan oleh AMAN (Aktivis Anak Malaysia Anti Nuklear) ;


- Kerajaan tidak menjelaskan banyak perkara2 penting & teknikal bagi pembinaan 2 loji nuklear tersebut.

- Negara kita sepatutnya memanfaatnya sumber lagi bagi penjanaan tenaga. Dan sekira perlu, benar2 perlu (terdesak) kita masih ada masa sehingga tahun 2015 untuk memikirkan alternatif tersebut.

- Ketika ini, negara langsung tidak perlu kepada teknologi tersebut.

- Kerajaan juga enggan mengesahkan maklumat yang diperolehi oleh AMAN mengenai 7 lokasi menjadi perhatian kerajaan bagi membina 2 loji nuklear bermula tahun 2015.

WOW...

Tahun 2015? Ini maksudnya beberapa hari dari sekarang. Tahun 2015 ialah tahun yang sukar buat rakyat Malaysia.

- Kita ada masalah ekonomi dan kewangan apabila ringgit semakin jatuh berserta kadar inflasi yang semakin meningkat.

- Kos sara hidup kian mahal dengan harga makanan dan rumah yang semakin sukar dibeli oleh rakyat miskin, berserdahana rendah dan golongan pertengahan.

- Kita masih melawan tentang GST. Kita masih lagi melawan tentang LYNAS.

Dan kita perlu memikirkan satu lagi masalah baru iaitu melawan pembinaan 2 loji nuklear di negara ini.

Dan ini apa yang dikatakan oleh Zaini Abdul Wahab. Siapa Zaini abdul Wahab? Encik Zaini berpengalaman 8 tahun berkhidmat dengan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga. Bahkan pernah mengetuai jabatan EE di SEDA. 

Baca pengakuan encik Zaini ;


==> "Mereka telah membelanjakan banyak wang untuk mengkaji perkara itu, dan kita telah mengemukakan langkah penyelesaian dan cadangan, tapi kerajaan tidak menerimanya," katanya.
Dan pergi balik pada perenggan pertama. Ayat encik Zaini. MUNGKIN KERANA KRONI. 

KRONI. KRONI. KRONI.

Dan mungkin juga kerana KRONI kerajaan bertindak mempertaruhkan nyawa kita dan generasi hadapan kita.

Adakah begitu?

Nampak gayanya point encik Zaini sudah cukup membuktikan bahawa ;

- Kerajaan telah melaburkan banyak wang untuk jalankan kajian tentang nuklear dan penjanaan tenaga.

- Kerajaan telah dicadangkan kepada beberapa alternatif penjanaan tenaga selain dari nuklear.

- Namun kerajaan menolak dan enggan menerima cadangan serta kajian tersebut.

DAN MUNGKIN KERANA KRONI..

Ini tak boleh jadi. Sebelum ia menjadi realiti di Johor. Terengganu. Perak dan Kedah. Keempat2 rakyat di negeri itu perlu bangkit dan concern tentang perancangan kerajaan pusat dan negeri ke atas mereka. Soalnya, adakah rakyat sendiri mahu bangkit dan mempedulikan apa yang sedang berlaku di persekitaran mereka ketika ini? 

Fikir-fikirkan la ek.

Khamis, 22 November 2012

Gambar penduduk AMUK pasal AIR di JOHOR tersebar.

Tv3 ko bila nak lapor? Malam neh ke? Berapa minit? Silap. Berapa saat? 10 saat? 

kah kah kah

Apa pun jom kita baca dulu luahan penduduk yang ditumbuk dan dibelasah oleh pemaju sehingga menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri.


Niat asal 20 penduduk dari Kampung Semangat mendapatkan penjelasan mengenai masalah air yang dihadapi mereka daripada pihak kontraktor berakhir dengan adegan pergaduhan.

Pada peringkat awal, keadaan terkawal apabila beberapa penduduk cuba berbincang cara baik dengan kontraktor mengenai saluran paip bocor di perumahan mereka, sekitar jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun, situasi menjadi tegang hingga menimbulkan pergaduhan.


Menceritakan tercetusnya kejadian, salah seorang penduduk, Wong Yong Pau, 61, memberitahu, kelmarin kira-kira jam 11 pagi lebih 20 penduduk terputus bekalan air.


"Kami dapati ada saluran paip dibocorkan. Salah seorang penduduk menghubungi Syarikat Air Johor (SAJ) untuk melaporkan keadaan itu tetapi difahamkan ia bukan berpunca daripada jabatan itu.


“Kami jadi tidak puas hati, kerana sebelum ini pernah terjadi perkara sama membabitkan hampir 50 penduduk.


"Masalah tiada air tidak pernah terjadi sebelum ini,
namun sejak kerja-kerja pembersihan di kawasan ini dilakukan kami menghadapi masalah,” katanya pada sidang media, semalam.

Yong Pau mendakwa, dia turut menjadi mangsa apabila ditumbuk di bahagian muka ketika cuba meleraikan pergaduhan yang turut membabitkan beberapa penduduk.


“Pihak berkenaan semakin agresif hingga beberapa penduduk yang sudah berumur turut jadi mangsa.


"Ada yang cedera di bahagian muka, kaki, tangan. Melihat perbalahan semakin serius, saya terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.


Beliau berharap pihak berkuasa dan pihak berkaitan dapat memberi jaminan keselamatan serta membantu penduduk kampung yang musykil kewujudan
pihak pemaju membangunkan kawasan mereka dengan memberi pampasan  tidak munasabah.

“Hampir 30 tahun kami hidup aman di sini. Tiba-tiba ada surat datang bagi notis dan tempoh suruh kami berpindah. Apa yang saya dengar kami hanya dibayar sekitar RM3,000 hingga RM7,000 sahaja.


“Sekiranya kami benar-benar diarahkan pindah, kami minta mereka yang berkenaan tampil berbincang secara baik.
Jangan cuba buat kami marah. Rosakkan tanaman kami, bocorkan paip air hingga bergaduh seperti ini,” katanya.


Ini gambar AMUK yang disebarkan oleh sinarharian ;


Ini pula cara media arus perdana laporkan berita ;



Hehehe.. 

AMUK sebab PEMAJU taknak bertanggungjawab atas apa yang dorang dah buat kat penduduk sebenarnya. Tapi yelah isu asasnya masih AIR. 

Apa pun cadangan aku ialah baik penduduk2 kat situ check dulu samada pemaju yang buat kerja2 pembersihan tue ada kaitan dengan BN ke takde. Kalau ada kaitan dengan mana2 orang BN so pepaham sendiri la nasib korang selepas neh. 

Selamat tingggalll rumahh kuuu.. selamatt ttinggalll.. tanahkuu.. confirm la bn akan aniaya korang sampai mampos. Ingat.. sendiri undi dan pilih bn oke. So well done. 

Isnin, 2 Julai 2012

Imam muda digantung tugas kerana benarkan TGNA menjadi imam solat.


Berita neh datang dari wall facebook sahabat nizar jamaluddin. Rujuk sini.
 Berita terkini: imam muda masjid jamek pasir gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi iman di masjid jamek pasir gudang johor...nie la politik kotor yg di buat oleh puak2 yg sggup m'gadaikn agama demi politik di malaysia.

Aku tak pasti berita neh sahih ataupun tidak. Kita sama2 tunggu laporan selanjutnya mengenai insiden tersebut. Sebenarnya bukan perkara baru bahawa tgna dilarang menjadi imam di mana2 masjid dalam negeri yang diperintah oleh barisan nasional.

Bagi aku ini satu undang2 lapok yang mesti dihapuskan. BN kata pas terlalu taksub kepartian sehingga membawa kepada perpecahan jemaah di masjid2 di kelantan. Tetapi lihatlah sendiri apa yang umno buat di masjid2 seliaan mereka?

Bukan kah melarang tgna menjadi imam dan menghukum imam yang membenarkan tgna menjadi imam solat merupakan pintu kepada perpecahan sesama umat islam? Tak sepatutnya umno mengamalkan pemerintahan sebegitu. Kalau tak boleh bersama2 dalam soal politik jangan sampai babitkan urusan lain.

Di masjid tak kira lah apa pun pegangan politik mereka tapi kalau mereka memang layak dan ditauliahkan boleh menjadi imam tak sepatutnya ia dihalang. Jangan lah terlalu partisan sehingga mengamalkan perkara2 yang menjurus kepada tindakan berasaskan emosi semata2.

Aku nak komen lebih2 pun payah sebab nak tunggu dulu kesahihan berita tersebut. Kalau sungguh sahih rasanya umno kena cermin diri. Dia dok pongpang2 cakap jangan berpolitik dalam masjid tapi dia juga yang fikirkan isu politik dalam masjid. Kalau tidak takan sampai nak hukum imam muda yang memberikan laluan kepada tgna untuk menjadi imam solat? Betul tak?

Oke bai.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Khamis, 31 Mei 2012

Kemiskinan di johor.

Harus di ingat kemiskinan wujud di mana-mana. Samada dalam johor mahupun luar johor. Di negeri aku tinggal pun bersepah wujud kemiskinan. Dan bukan seme orang yang miskin tue malas. Kadang2 mereka bukan lah miskin tetapi diperlihatkan miskin kerana seringkali dinafikan hak2 mereka. Aku bagi contoh mudah iaitu diri aku sendiri.

Sudah hampir 3 tahun sebanyak 5 kali aku memohon pinjaman untuk mendirikan rumah atas tanah sendiri tetapi sehingga sekarang ia masih gagal. Yang aku heran tue, orang yang ada rumah sendiri pun boleh dapat pinjaman untuk buat rumah yang lain tetapi orang2 macam aku kena beratur bertahun2 sampai sekarang tak lulus-lulus lagi. 

Boleh jek nak gadai tanah tue tapi interest bank tinggi nak taknak terpaksa lah kerja keras sikit kumpul duit sendiri dan bina rumah sendiri. Nak buat macam mana, inilah malaysia. Kalau ko bukan kroni, bukan pengampu, tak reti membodek, bukan ada orang dalam mampos lah permohonan ko diluluskan ikut merit meskipun ko layak. Dorang akan utamakan geng2 dorang dulu, yang last2 hujung2 baru sampai ke ko. Bila tahun tah nak lulus. Agaknya sampai aku berjanggut kot.

kah kah kah

Sekarang neh lihat kat bawah neh jap ;



Gambar diperolehi dari blog ini.

Aku bukan nak politikkan isu neh. Jangan salah faham. Aku juga bukan nak suka2 kaitkan dengan isu no plat WWW tue. Jangan salah faham. Aku cuma nak tunjukkan kepada korang antara punca2 yang menyebabkan kita, rakyat berkecil ahti dengan pemimpin2 kita dan juga pemerintahan tertinggi kita.

Kita bukanlah berharap sangat nak makanan turun dari langit, nak duit percuma tiap2 bulan, nak kenderaan percuma atau apa. Tetapi kita berharap agar kehidupan kita neh dibebani dengan sesuatu yang kita mampu.

Faham tak? Sekarang neh apa yang berlaku di malaysia ialah kita dibebani dengan sesuatu yang diluar kemampuan dan kesanggupan kita. Kita terpaksa bayar mahal untuk segala2nya. Kita terpaksa bekerja 24jam sehari semata2 nak beli satu rumah yang selesa. Kenapa harga rumah begitu mahal di malaysia? Rumah yang selesa bukan lah bererti rumah banglo ataupun rumah besar tapi cukuplah ada 2 atau 3 bilik.

Tapi yang itupun terpaksa bekerja bermatian2 untuk mendapatkan ia. Apa salahnya kalau kerajaan wujudkan mekanisme semua rakyat malaysia automatik akan ditawarkan rumah sendiri dan perlu membayar balik berdasarkan kepada gaji masing2.

Maksud aku disini, sesiapa yang tiada rumah automatik mereka akan ditawarkan untuk beli rumah berdasarkan kepada kawasan pilihan masing2. Tanpa perlu syarat2 larh apa seme segala bagailah. Bila syarat itu neh ditetapkan jadilah orang2 yang tak memenuhi syarat terpaksa membina setinggan apa seme. 

Sepatutnya kemudahan yang paling asas, iaitu tempat tinggal, inilah yang kerajaan kena tolong rakyat. Sekurang2nya kami tidak perlu berfikir mahu berlindung di mana. Ini tidak. Bermula nya kelahiran, mak bapa kami kena sediakan rumah, pendidikan, pengangkutan, kos sara hidup, kos perkahwinan dan pelbagai kos2 sampingan. Sampaikan dah takde masa dengan family sendiri sebab terpaksa bekerja bermatian2 demi mencari rezeki bagi memenuhi kos sara hidup yang semakin tinggi.

Selepas tue kitaran neh diteruskan pula kepada generasi2 baru. Dan begitulah seterusnya. Berpusing2. Kita dipaksa hidup untuk duit duit duit duit duit duit duit duit duit duit duit dan duit jek.

Sebab apa? Sebab terlalu mendesaknya kami terpaksa cari wang 24jam untuk membayar segala2nya di malaysia. Bayar segala2nya takde masalah tetapi bayar dengan kadar yang mahal dengan kualiti yang sangat cikai itu yang akhirnya membuatkan kita semakin lama semakin meluat! 

Dan sampai bila kita perlu bersabar? Kita dah cakap banyak kali. Kita dah tulis banyak kali. Kita dah luahkan juga banyak kali. Tetapi pihak2 yang konon nya cakap mereka mendengar dan memahami hanyalah setakat buat wayang depan tv. Akhirnya masalah2 yang kita hadapi disebabkan karenah biokrasi dan kapitalis, kita juga terpaksa selesaikan sendiri.

Jangan ditanya kenapa rakyat itu, rakyat ini, kaki komplain larh, tak bersyukur lah hapa larh.. sebaliknya check dulu cara diri sendiri mentadbir negara neh bagaimana. Adakah anda benar2 mentadbir ia mengikut acuan yang betul? 

Jika betul, kenapa masih ramai di antara kami masih bergelut untuk hidup di malaysia? Boleh jawab tak, tanpa menyalahkan rakyat kembali ?

Ameno :  BN melindungi sistem kapitalis..

Sabtu, 5 Mei 2012

Salahuddin Ayub bersumpah bebas zina..

Ini ialah naib presiden pas. 


Apa dia buat? Dia telah bersumpah. Yes. Bersumpah. Berikut sedikit keterangan sumpah dari saksi yang menyaksikan dia bersumpah ;


Jika dia boleh maka kenapa yang lain tidak boleh? Jika ia boleh melenyapkan persepsi maka kenapa ia salah? Jika ia boleh membantu untuk menambah kepercayaan umum terhadap diri sendiri maka kenapa tidak diteruskan?

Beginilah kita boleh mencari malaysia baru. Kita tidak boleh mencari malaysia baru hanya kerana kita nak. Kita kena berusaha untuk merealisasikan impian mewujudkan malaysia baru. Untuk merealisasikan impian malaysia baru kita perlukan kerjasama dari semua orang.

Ya, semua orang. Ini termasuklah orang2 umno, bien dan atas pagar. Setakat nak harapkan orang2 pr? Toksah mimpi lar der. Jadi, jika anda mahu malaysia baru, tambat dulu kepercayaan orang2 atas pagar dan bien. Kita perlukan mereka untuk mengubah sistem pentadbiran negara. 

Ini kerana dari awal lagi mereka2 neh bukan musuh kita. Musuh kita ialah mereka2 yang gila kuasa dan salah guna kuasa untuk kepentingan diri sendiri. Jangan lepaskan kemarahan ke atas orang yang salah. Sudah sampai masanya untuk kita memujuk mereka agar bersama2 dengan impian kita. Jika sumpah boleh merealisasikan hal tersebut, why not. Sekian.

Salahuddin Ayub bersumpah ==> Klik sini.

Ameno : Walaupun tak bersumpah pun aku tak caya.. terang2 jalan citer mengarut.. tapi kalau dah bersumpah pun oke sebab menambahkan keyakinan orang..

Jumaat, 21 Januari 2011

Singaporean tarah minyak ron 95 malaysia..


Menurut satu info kita dapat tahu ;

1. org2 singapore bebas beli ron 95 tanpa had kawalan.

2. pemilik station minyak wat bebal je plak tue. hampeh!

3. ron 95 ada subsidi [ikut cakap kerajaan lah kan].

4. dan subsidi neh sepatutnya utk org malaysia je.

5. singapore neh sebahagian dari malaysia ke sekarang? tak kan? so apsal dorang sibuk2 beli ron 95 kat malaysia plak?

6. kes neh aku tak salahkan kerajaan sepenuhnya, sebab pemilik station minyak pun akai letak kat lutut. kalau fikir untung guna akal tak ekonomik aku, rasa lagi untung kalau dorang paksa org singapore beli minyak ron 97 tue. Heh

7. Kerajaan kena kasi warning sama ini pemilik2 station minyak.

8. mereka dah melampau sangat. tah2 yg pegang station minyak tue pun bukan org malaysia.. aiyarkk.. patutlah dok tikam2 org malaysia.

9. dah pekerja seme bangla2 dan nepal2 belaka. Sedangkan ikut laws dorang mana boleh masuk dalam industri macam neh. tak caya selidik kat kementerian sumber manusia. ingat aku mau tipu ka?

10. satu lagi perkara yg menyakitkan ahti ialah peniaga2 kat johor gemar kenakan rakyat sendiri. ya, siyes.

11. kos sara hidup kat jb tinggi sebab dekat dengan singapore. aku rasa takde masalah. gaji2 kat jb pun standard gaji2 kat kl per.

12. tapi sekarang ada peniaga dok jual barang2 ikut market price singapore. hak eley.. singapore gaji mahal. kl pun kalah beb. so peniaga tak boleh lah serakus itu. bukan singapore je beli belah kat johor. rakyat johor pun beli belah kat sana. ikut lah harga pasaran malaysia, bukan harga pasaran singapore. fikir nak untung dan cepat kaya je peniaga2 neh. hampeh.

13. tanah2 kat johor pun sama beb. siyes. org2 johor dah mula berkeluh kesah hal neh. yelah.. tanah2 makin lama makin melambung harga disebabkan permintaan tinggi terhadap pasaran hartanah di johor. yg mintak2 tanah dan beli2 rumah kat sana org2 singapore plak tue.

14. org2 johor siap berspekulasi dan mengumpat pasal neh. dorang cakap ble org2 singapore beli tanah kat johor, lama2 dorang claim johor tue singapore. hah mampos. tanah, tanah dorang.. so kalau nak claim tempat dorang tinggal tue sebahagian dari singapore cam mane?

akal geografi aku ada berkata ; beli tanah kat satu2 negara tak semesti tanah tersebut menjadi hak milik negara tersebut.

Tapi akal org johor menafikan, mereka cakap.. org singapore beli tanah ibarat kerajaan singapore beli tanah.

Yang pasti perkara yg dah terjual dah menjadi hak milik pembeli bukan hak milik penjual.. jika dulu singapore sebahagian dari malaysia tapi disebabkan kesilapan umno..[ini di akui oleh melayu singapore sendiri, baca sini] singapore keluar dari malaysia, tak mustahil di johor pun boleh berlaku perkara yang sama..

apatah lagi banyak tanah2 di johor dah dimiliki oleh org2 singapore.

15.
So kesimpulan nya kena ada penguatkuasaan lah. Kita pun dah tahu tiada had/kawalan undang2 utk warga asing beli tanah di malaysia. Ada keluar dalam utusan/bh ari tue aku tak ingat, sapa2 yg ada link bleh share sini. Kita pun tahu 40% tak silap aku, hartanah di malaysia dimiliki oleh warga asing. Kerajaan kena cepat bertindaklah. Ini penganiaya kepada rakyat malaysia. Kot ye pun nak mempertahankan kuasa, pertahankan dengan cara buat kerja. faham? buat kerja bukan buat fitnah. adoiiiyaiii..

Ameno : Johor .. johor.. haizhhh..

Sumber : sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...