Selasa, 12 Mei 2015

Johor, Terengganu & Pulau Pinang Serap GST, Tapi Siapa YG Bayar? Rakyat Juga - Serap Tak Serap Tiada Beza


Macam mana serap?

Guna duit Sultan Johor bayarkan cukai bagi pihak kita?
Atau guna duit gaji Lim Guan Eng dan Ahmad Razif membayar bagi diri kita ke macam mana?

Ada pros dan cons dalam perbincangan mengenai topik ini.

Pada asalnya. Kronologi.

- Sultan Johor memekak mengenai GST yang dikenakan ke atas PBT dan kerajaan negeri.

Maksudnya apa?

- Semua jenis bayaran yang dikenakan PBT ke atas rakyat kini bercukai.
- Kau caj rakyat park kenderaan, fine, ada cukai.
- Kau caj rakyat sewa tapak pasar malam, lot kedai atau bangunan, oke fine, ada cukai.
- Kau caj rakyat itu ini semua bercukai now under PBT.

Kenapa?

- Sebab PBT menyedia perkhidmatan.
- Dan kerajaan pusat tak pula kecualikan perkhidmatan yang PBT sediakan sebagai ZERO CUKAI GST.
- Maka dua kali bayar la. Satu pada kerajaan negeri. Satu lagi kepada kerajaan pusat. Memang paker. Kata tak membebankan rakyat konon. Tapi mencukai PBT pula. Kau tak tikam guna pisau tapi tembak guna pistol mampus juga rakyat jawabnya. Kaedah pembunuhan je kau ubahsuai. Maka apa beza?

Lalu yang neh sultan Johor kondem.
Walaupun sangat lambat. Patut kondem dari awal. Sebab plan GST tue semua tahu dah. Yang atas-atas semua tahu. Patut dari perbincangan awal, semua kerajaan negeri perlu berpakat agar PBT dibebaskan dari GST. Jadah apa. Kita sedia perkhidmatan kepada rakyat kau nak mencukai rakyat lagi. Rakyat dah bayar pada kerajaan negeri selepas itu kerajaan pusat nak amek keuntungan mudah dengan mencukai perkhidmatan yang kita sediakan kepada rakyat. Memang bangang gile babi.

Ini yang sultan Johor kata tak logik dan tak masuk akal. 

Selepas itu. Kerajaan Johor umum. Mereka akan serap semua kos GST yang ditanggung rakyat. Then. Terengganu follow. Kemudian. Pulau Pinang pun ikut.

Mereka membuat satu keputusan dan mengesahkan ia melalui kenyataan rasmi bahawa PBT di negeri2 berkenaan akan menyerap semua GST yang perlu ditanggung rakyat.

Aku takde angka rasmi untuk Johor. Tetapi Penang mengatakan bahawa ;

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata kerajaan negeri akan menyerap sejumlah Rm15.6 juta GST yang dikenakan oleh MBPP dan RM5.8 juta oleh MPSP.

Rujukan.

15.6 + 5.8 juta duit pembayar cukai (perkhidmatan) perlu membayar GST. Kita bayar cukai untuk buat bayar cukai. 

Nampak?

Di Terengganu pula ;
Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan PBT negeri ini berkuat kuasa serta merta.
    
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan CBP itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.
    
"Ini adalah langkah untuk memastikan amaun CBP oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.
    
"Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap CBP bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.
    
Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.
Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan CBP seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.

Rujukan.

Apa neh brada? Apa neh sista?  

Jualan tiket ZOO pun ada GST?

Ah paker. Memang paker.

Pro dia ;

- Kita terasa la bebanan tue diringankan sebab kerajaan negeri tanggung 

Cons pula ;

- Dari mana kerajaan negeri kau mencekik dapatkan duit untuk bayar GST pada pusat?
- Buatnya depa terpaksa naikkan caj itu ini untuk serap GST, bagaimana?
- Lebih teruk, kalau benda neh jadi hutang.
- Tiap2 tahun kerajaan negeri kena bayar hutang cukai kepada pusat, lagi haru.
- Bagi melupuskan hutang, mungkin kerajaan pusat akan minta itu ini, macam mana?
- Contoh. Kerajaan negeri A sekian2 ada hutang2 cukai berjumlah itu ini, so kerajaan pusat akan amek alih tanah di lokasi sekian2 dengan nilai yang bersamaan dengan jumlah hutang yang kerajaan negeri ada bagi melupuskan hutang.
- Satu lagi bab sewa2 bangunan dan hartanah bagai neh.
- Lain orang lain kadar sewaan dia.
- Yang bagi orang biasa2, peniaga2 kecil katakanla sebulan kena bayar 200 ringgit sebulan. 12 ringgit GST.
- Yang kaya2 nak mampos yang juga menyewa tapak atau bangunan yang margin keuntungan jutaan ringgit setahun, macam mana? Itu, kerajaan negeri nak tanggung cukai untuk mereka juga?

So, benda neh bukan a good move la pada aku.

Apa yang boleh kerajaan negeri buat. Semua. Ada banyak kerajaan negeri dan ada banyak PBT. Mereka boleh mula mengadakan perbincangan dan memujuk sesama mereka supaya bergabung dan bersatu. Semua. Desak kerajaan pusat kecualikan PBT dan perkhidmatan yang kerajaan negeri sediakan untuk memudahkan rakyat dan atas kepentingan rakyat dikecualikan dari GST. Ini yang patut mereka buat. Ini boleh selesaikan masalah sehingga ke akarnya. Serap GST? No la. Ini bukan penyelesaian. Penambah beban, lagi ada.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...