Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mei 2015

Polis Ugut Nak Rogol Peserta Demo Lawan GST - Anarkisme Semakin Berkembang, PDRM Takut Ke?

Wow. Polis kau. 

Lihat laporan ini ;


Nak rogol peserta demo pula. Sebab peserta demo taknak jawab soalan. Hei. Hak peserta berdiam diri itu terpakai dalam undang-undang. Hak mengugut pula takde. Tambahan pula yang kau ugut itu orang yang tak bersalah dan bukan penjenayah. Kalau penjenayah kau nak buat macam tue logik la juga sebab penjenayah pun bijak juga guna kelemahan undang2 untuk melepaskan diri. Contoh Khir Toyo. Orang macam itu kau nak ugut aku rasa rakyat langsung tak heran. Tapi biasala. Orang2 macam ahli politik neh selalunya geng baik polis. Bahkan bukan dorang je. Penjenayah2 pun rasanya ada juga polis-polis kita kawan dan menjalankan bisnes sampingan, ye tak?

KAH KAH KAH

Anarki semakin popular.

Walaupun teruk dikritik tetapi anarki semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda dan melawan.

Antara yang menyebabkan idelogisma anarkisme kian diterima oleh masyarakat kita adalah disebabkan ;

- Menolak penindasan dan diskriminasi ke atas bangsa, agama, kepercayaan dan taraf sosial

- Menentang sekeras-kerasnya amalan racisma

- Melawan ahli politik dan partisan pro kapitalisma

- Menentang media yang bersifat manipulasi

Dalam demo 1 Mei 'BANTAH GST' yang lepas, gerakan anarkisme turut melibatkan diri melawan cukai yang menindas orang miskin itu. Dan macam biasa, di mana ada anarki, disitu ada kebencian melampau dan melulu terhadap kumpulan tersebut.

Alasan mereka ialah ;

- Kau conteng kedai orang buat apa? Kita nak berdemo bukan conteng monteng (kedai mekdi dan HSBC yang dijadikan sasaran)

Seninya. Nak menzahirkan kemarahan. Mereka dah untung juta-juta. Setakat betulkan balik vandalisme itu apa la sangat. Tak lut gaji CEO-CEO organisasi besar tue pun. Yang bahlolnya, macam bos-bos mekdi dan HSBC nak heran dengan suara2 yang bekap dinding mereka. Orang2 kaya pun tak pandang lue dan gua. Sedar la brada dan sista semua woi.

- Babi lahanat. Campak bom asap kat peserta pasai apa.

Oke. Ini kita boleh terima sebagai kritikan membina. Babi pun babi la. Lainkali anarki campak ke polis kita sama-sama lari oke. Ada berani? 

KAH KAH KAH

- Nak berdemo tapi buat kepala sendiri taknak ikut arahan unit amal baik kau organise demo kau sendiri.

Memang anarki keras kepala. Kekerasan dan keganasan itu perlu. Disebabkan kita tak mengganas dan mengeras maka BN melayan kita bagai sampah. Baru je anarki nak mengganas sikit-sikit kena sound ceramah bagai. Baru aje anarki nak berjinak2 dengan keganasan tahap ringan2 seperti vandalisme bangunan orang dah kena sound setepek. Belum lagi menceroboh Putrajaya. Macam mana? Semua asyik ceramah ceramah ceramah ceramah ceramah aje. BN tak mampos-mampos. Ceramah tetap ceramah. Nganga je dengar orang berucap. Sampai bila? Sepatutnya. Korang semua buat relax aje dengan anarkisme. Lantak la depa nak mengganas selagi mana tak kacau hak kau semua. Kerana itu ialah seni perlawanan. Kehadiran orang2 macam neh penting untuk mencetuskan impak. Senang cakap anarki sekarang sedang bertatih. Lama kelamaan mereka akan berlari. Masa tue takde la conteng2 bangunan neh lagi dah. Jadi la macam luar negara sana. Polis pun kena belasah. Riot. Sebab apa? Slow talk dah takde guna dah. Diplomasi bagai neh dengan BN pehhh depa tak heran. P mampos la lue rakyat. BN taknak diplomasi dengan kita, pasai apa kita nak kompromi dengan mereka? Citer pasal Tok Janggut. Tok Janggut pun mengganas lawan pegang senjata bantah cukai. Kita neh pegang handphone selfie cikit. Kita gi demo tau. BN jahat. Tak sukew tauu dengan BN. Hikhikhik. Ini melawan ke mengedik?

So tak perlu benci-benci anarki. Korang kena faham. Mereka itu ada peranannya dan kehadiran mereka itu penting. Seperti mana Bouzizi membakar diri melawan kezaliman, maka korang semua kena sokong anarki mengganas untuk mengubah keadaan. Tak payah sindir2 bila nak tumbang kerajaan bila nak demo berhari2 bagai bila nak serang bangunan kerajaan. Anarki sekarang sedang bertatih, setiap yang lahir perlu melalui proses pengalaman dan didikan sebelum betul2 matang dalam pemikiran.

Bagi la masa. Bukan kena keluar duit pun.

Dalam demo yang sama juga, PDRM telah bertindak menahan beberapa orang dari geng baju hitam = anarki.

Dan di wassap pula, ada la orang2 yang sebarkan kononnya anarki yang ditahan itu semua adalah SB. Nampak degil sikit taknak ikut arahan unit amal terus kena cop SB. Lebih2 lagi kena tahan naik dalam kenderaan polis pula tue. Lagi la orang menuduh. Sebenarnya kita respect unit amal punya sistem. Tapi kita nak bagitau. Sistem yang sama itu BN tak jatuh-jatuh. Dalam erti kata lain demo aman sudah hilang fungsi dan peranan. Impaknya haram ada. Jangan kita tipu diri sendiri la senang cakap. GST sudah berjalan selama sebulan dan 12 hari. Maka apa yang berubah?

Rakyat terima GST seadanya. Tak nampak berkurangan pun orang yang memenuhi pasaraya. BN tahu benda neh. Depa dah study awal-awal. Rakyat sembang saja melawan.

Di facebook yang melawan tentang GST? Lagi la berkurangan. Baru je beberapa hari demo kecoh cerita MYVI VS PAJERO. 3 MAUT. Cerita itu lagi tinggi rating kat blog aku dari kisah GST, tahu?

Rakyat suka cerita MYVI. Cerita GST pergi la mampos.

Nampak? Rakyat sendiri tunjukkan apa yang priority dalam hidup mereka. 

Dan pembangkang pula? Di Penang siap nak serap kos GST lagi. Ini lagi kelakar. 1 Mei kita bantah GST. Beberapa pimpinan kanan parti kena siasat. PKR, DAP dan PAS.

Selepas sebulan dan beberapa hari berlalu, kerajaan Penang umumkan mahu serap kos GST. Maksudnya bukan nak membantah malahan mahu ianya diserap terus ke dalam sistem pentadbiran negeri. Kenapa Penang tak boleh membantah, boikot, protes ataupun adakan perlawanan yang keras?

Kelantan, Selangor dan Penang. Boleh berkeras untuk menekan kerajaan KECUALIKAN PBT dari GST.

Jangan la sebelum melawan kita menyerah kalah. Lawan la dulu. Dah habis melawan sampai ikhtiar hilang baru la kita boleh cakap i already off. Nothing can be done. We finished. GST sekarang semua pun bayar la. Apa boleh buat.

Tapi pembangkang kita pun tak lawan betul2. Strategi hancur. Propaganda pula macam haram. Macam neh punya taktikal, semua askar mati la kat medan perang.

Oke. Aku memang tak suka dengan GST. Tapi aku akan bercakap tentang fakta dan flexikan diri aku bersesuaian dengan keadaan.

Bagi aku untuk mahsuh GST, there is hope tapi tak significant dengan perjuangan.

Apa yang aku boleh buat ialah ;

- Desak kerajaan kecualikan lebih banyak perkhidmatan dan barangan dari GST

- Memastikan kerajaan membelanjakan hasil GST kepada rakyat termiskin dan tertindas bukan hanya mementingkan golongan tertentu dan mengabaikan golongan tertentu pula.

- Lawan dan lawan semua cerita2 tentang penyelewengan, korupsi dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan

- Naikkan tangga gaji

- Kurangkan harga rumah

- Kualiti prasarana untuk orang awam perlu dipertingkatkan seperti hospital, sekolah dan lain-lain kemudahan.

Untuk mahsuh memang tak la. Aku tak berkeyakinan langsung. Bila aku buka facebook. Aku nampak orang2 kita sedang show off makan kat restoran mana siap dengan gambar makanan, lepak kat mana dan dengan bangga2 ajak p tengok wayang Suami Ku Ustaz apa semua... hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Aku dalam mimpi pun ngigau GST.
99% percakapan aku ialah politik, perjuangan, perlawanan, penindasan dan pembebasan.
Dan orang macam aku neh minoriti. Itu pasal lama-lama boleh jadi sasau sebab melawan teruk2 pun bukan ada orang nak sokong atau heran. Depa tak terkesan pun. Kau melalak pasal apa hah setan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...