Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Mei 2015

Saya Individu Yang Paling Dibenci Di Malaysia Kerana GST - Ahmad Maslan.


Pada bulan April yang lepas, ini aku tulis.

Ahmad Maslan - Menteri Paling Dibenci Di Malaysia.

Dan hari ini. Ahmad Maslan berucap secara terbuka dan mengakui bahawa dia sedar bahawa rakyat Malaysia membenci dirinya dan mengesahkan dia ialah individu yang paling dibenci sekali di negara neh.

Rujuk laporan berita jap ;

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata beliau tidak kisah dengan penghinaan dan kejian ke atasnya ekoran pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Dengan selamba, Ahmad hari ini mengaku bahawa beliau kini merupakan “individu yang paling dibenci di Malaysia” ekoran cukai tersebut.

Laporan The Malay Mail Online menyebut, Ahmad berkata beliau sudah lali dengan cemuhan dan pelbagai gelaran yang dihamburkan di media sosial ke atasnya.

Malah, ada yang sanggup mengejinya dengan gelaran “tahi babi,” kata ketua penerangan Umno itu lagi.

“Antaranya, paling teruk sekali adalah tahi dan orang Islam tidak suka babi. Mereka kata muka saya seperti tahi babi,” katanya.

Katanya, beliau yakin bahawa tindakannya mempertahankan penguatkuasaan cukai tersebut adalah tindakan yang betul bagi pihak kerajaan.

“Saya sudah lali dengan semua tuduhan seperti ini kerana saya tahu apa yang saya buat untuk kerajaan Malaysia adalah yang terbaik.

“Saya Ahmad Maslan, orang yang paling dibenci di Malaysia kerana GST,” katanya seperti dipetik dalam laporan itu. -Mkini.


Gamaknya la kan.
Dia terbaca la kot penulisan tersebut.
Ataupun. Dia sedar sendiri. Mana taknya.
Buka twitter kena kutuk.
Buka facebook kena kutuk.
Kat youtube kena kutuk.
Kat wassap lagi la kena kutuk.
Pendek kata apa je dia buat kena kutuk.
Maka lama kelamaan akhirnya dia sedar bahawa dia dibenci. Cuma mungkin dia berkira-kira nak bandingkan. Sapa yang lebih dibenci oleh rakyat Malaysia. Dia ke. Hasan Malek ke. Rosmah Mansur ke. Tapi bila tengok orang tak maki Hasan dia hari-hari macam dia kena mungkin la mungkin dia sedar juga bahawa dia yang paling top sekali orang benci. Apatah lagi siap ada game tembak dia lagi. Terbukti beb. Apa2 pun, Ahmad Maslan kena sebut betul2. Orang benci dia bukan sebab GST. Orang benci dia sebab dia perbodohkan rakyat dengan statement2 bangang dia tentang GST. Kena faham yang itu. Ada beza yang sangat jelas disitu okay.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...