Selasa, 12 Mei 2015

Ahmad Said Dedahkan Rahsia - 1MDB Pernah Berniat Cagarkan Minyak Dan Gas Asli Terengganu Namun Dihalang.

WOWWW...

Ini pendedahan yang berani mati. Apakah Najib akan berdiam diri apabila Ahmad Said tampil memberitahu perkara berkenaan secara terang-terangan?


Baca jap ;

Belum reda kontroversi pembelian tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa 1MDB pernah hendak mencagarkan minyak dan gas asli di laut Terengganu, namun keputusan itu ditarik balik, lapor Sinar Harian.
Ahmad berkata urus niaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat itu mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal 2008.
Menurutnya, beliau turut dimarahi Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan semula pelaburan itu atas beberapa masalah yang timbul.
"...Ini salah satu sebab saya dimarahi perdana menteri, termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri. “Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Peka, Satiful Bahri Mamat mengenai hubungan 1MDB dengan kerajaan Terengganu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN Ke-13, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian kerana pihaknya menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar ketika itu.
Sebelum ini, 1MDB yang dibebani hutang sehingga RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dan minggu lalu blog The Benchmark mendedahkan ia menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta.
Keputusan itu mengundang pelbagai kritikan, termasuk daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menggesa Najib meletak jawatan.
Majlis Tertinggi Umno dalam mesyuaratnya semalam menyatakan sokongan padu pimpinan tertinggi Umno kepada Najib. -TMI.

Kes berlaku tahun 2008.

- Ada niat nak mencagarkan minyak dan gas asli milik Terengganu

- Cagarkan pada siapa dan kenapa?

- Berapa agaknya jumlah cagaran tersebut?

- Kenapa pula rancangan berkenaan cagaran itu gagal?

- Dan kenapa Najib nak marah?

- Bukan ke Najib start jadi PM pada tahun 2009?

Aku harap Ahmad Said boleh menjawab kesemua persoalan-persoalan tersebut. Aku nak sangat tahu apa motif disebalik cagaran tersebut dan kenapa Najib beria nak cagar mencagar neh? Habis faraid harta negara di tangan Najib. Jahanam segalanya.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...