Isnin, 11 Mei 2015

Selamat Tinggal Najib - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Bermesyuarat Petang Ini Untuk Nasihat Najib Agar Berundur Secara Terhormat.

 
Bekas menteri Zainuddin Maidin hari neh telah menulis bahawa MT UMNO pada hari neh sebulat ahti bersetuju bahawa Najib telah pun kehilangan sokongan majoriti rakyat dan akan dinasihati untuk DI-BLAHKAN dari jawatan yang disandangnya secara terhormat.
 
Mahukah Najib tunduk dan akur?
 
Atau melawan dengan serangan yang lebih GARANG dengan membuka satu persatu penyelewengan demi penyelewengan yang dibuat oleh ahli2 MT UMNO?
 
Tunggu dan lihat.
 
Baca ;
 
Apabila perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini maka tidak dapat tidak kelemahan dan kekuatan kepimpinan Datuk Seri Najib akan dibincangkan. Najib telah mengistiharkan bahawa beliau tidak akan tunduk  kerana   parti dan rakyat menyokongnya.

Katanya Mahathir sendiri tidak berundur ketika sokongan padanya dalam parti hanya 50 peratus sebaliknya kedudukannya dalam parti dan juga sokongan rakyat lebih kuat.

Walaupun ini benar tetapi kebenaran dalam politik selalu  berubah.Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu disamping  Cina dan India  adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali "I Love You Palsu."

Najib tidak sewajarnya berhohong mengatakan menyokong Mahathir ketika dicabar oleh Tengku Razaleigh dalam tahun 1987. Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah dari wartawan-wartawan saya sendiri di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim,Najib takkan sokong Mahathir.

Dalam ucapannya di Tawau,Najib mendakwa  menyokong  Dr.Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987 tetapi ingatan saya dalam soal ini ditakdirkan Allah segera disahkan oleh  pesanan ringkas dari seorang bekas pegawai tinggi UMNO   " Dia bohong sokong Dr.M 1987. Dia mula sokong TR( Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan ,AI(Anwar Ibrahim) Ketua. AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup.  He is really desperate . Dr M menang dgn 44 undi . He didn't campaign at all. He is playing safe.

Dalam pada itu transformasi yang dibawa  oleh Najib lebih banyak membawa kepada penghakisan keyakinan rakyat dan kehilangan penghormatan terhadap bangsa dan agama dan bukannya  menambah keyakinan seluruh rakyat. Ini dapat dilihat  dari penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,kesepian  majlis penasihat , krisis 1MDB dan pembelian dan penjualan semula tanah 1MDB oleh TH.

Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula tanah  itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH. Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan pencarum  sebaliknya menambah kemarahan dan kelukaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan.

Inilah bukti jelas bahawa Najjib gagal untuk menghayati perasaan rakyat dan kaumnya sendiri dari soal ISA hingga kepada Tabung Haji. Malah beliu telah melalut dalam membanggakan keturunan  Bugis, Walaupun Mahathir dari keturunan India atau Mamak, Syed Hamid Albar , Syed Jaafar Albar dari keturunan Arab tetapi mereka lebih berbangga sebagai keturunan Melayu walaupun mereka bukan Melayu jati malah mereka lebih Melayu dari Melayu..

Malah dalam buku Mahathir Malaysian Maverick yang ditulis oleh wartawan Wall Street Journal apabila pengarangnya  bertanya kepada Mahathir apakah dia keturunan India, Mahathir menjawab dengan bertanya apakah semestinya setiap orang Melayu yang cerdik bukan Melayu.

Mahathir lebih membanggakan identiti Melayu, Bangang manakah yang menasihati Najib untuk menjaja dirinya sebagai  keturunan Bugis di sana sini?

Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan  bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu, perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang membunga adalah membutikan  keruntuhan di akar umbi MKT.Jika tidak masakan semua pemimpin UMNO bercakap mengenai pemulihan UMNO.

Mereka yang telah bersuara di luar untuk mencari populariti dikalangan rakyat mesti berani  bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang  kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadarkan untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri  atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?.



BACALAH POSTING TERDAHULU :
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN MAHA MENGASIHNI

SELURUH UMAT MELAYU DAN ISLAM DI NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI, MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENYERTAI DOA MANTAN PERDANA MENTERI, TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD  DI TANAH SUCI MEKAH, AGAR ALLAH MEMBUKA HATI PERDANA MEMTERI, DATUK SERI NAJIB UNTUK DENGAN SECARA BIJAKSANA BERUNDUR DIRI DAN MELETAKAN JAWATAN PADA MASA YANG SESUAI BAGI MENYELAMATKAN MARUAH BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.

TUN BERLEPAS SEMALAM KE MEKAH UNTUK MENUNAIKAN UMRAH.

MAKLUMAT YANG SAYA TERIMA PADA KESELURUHANNYA ANGGOTA MKT TELAH PUN MENERIMA HAKIKAT BAHAWA NAJIB TIDAK LAGI MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT DI BAWAH,  TERUTAMA DALAM PARTI SENDIRI DAN MEREKA MUNGKIN AKAN MEMBERITAHU NAJIB SECARA IKHLAS, BERSOPAN DAN BERADAB DALAM MESYUARAT MAJLIS KERJA TERINGGI UMNO PETANG INI.
 
Sumber : Zamkata.

MENURUT TV 3 PAGI INI, KETUA WANITA UMNO SHAHRIZAT ABDUL JALIL TELAH PUN MEMBERITAHU, APA PUN YANG AKAN BERLAKU, BIARLAH SEPERTI MENARIK BENANG DALAM TEPONG,,PARTI JANGAN BERPECAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...