Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Mei 2015

Dengan Wajah Sedih, Najib Umumkan MT UMNO Menyokong Dia - Akhirnya Najib Menyerah Kalah Dalam Isu 1MDB.

Semua orang boleh nampak riak wajah Najib. Sangat 'berduka'.



Selepas melalui perbincangan yang serius dalam mesyuarat, MT UMNO yang pada awalnya (dijangkakan) sepatutnya menasihati Najib agar berundur telah dianggap memberikan sokongan penuh kepada Najib menerusi pengumuman Najib di dalam satu sidang media khas malam tadi (semalam).

Najib mengumumkan keputusan mesyuarat itu serta merta dan kenapa?

- Desas desus tersebar mengatakan ahli MT UMNO mahu dia blah segera sebagai presiden parti dan PM Malaysia

- Maka desas desus neh perlu ditanggani segera

- Sekaligus memberikan petunjuk kepada Mahathir yang Najib tidak akan mudah dijatuhkan. Dia akan bertahan sekeras-kerasnya dengan jawatan tersebut.

Semasa aku menonton berita berkenaan. Ada beberapa point yang aku dapat tangkap. 

Pertama. Riak wajah Najib. Agak sedih atau macam kecewa. Memang nampak sedih bukan gembira. Kan ko dapat sokongan penuh. Senyum2 la sikit. Kau macam tengah sarat dengan kesedihan ketika buat pengumuman tadi tau Najib.

Kedua. Ya, MT UMNO beri sokongan penuh dan Najib pula seperti terpaksa dedahkan beberapa perkara padahal benda2 neh aku anggap ia sepatutnya dirahsiakan dari pengetahuan umum kerana boleh menimbulkan sangkaan negatif.

Contoh. Bila Najib sebut beberapa perkara ;

- MT UMNO mahu diberikan ruang untuk masuk campur selesaikan masalah 1MDB

- MT UMNO juga memberikan beberapa pandangan tentang isu Tabung Haji

- MT UMNO juga mahu proses siasatan dan audit ke atas 1MDB dipercepatkan dan tindakan diambil jika terdapat sebarang salahlaku dalam urusan syarikat berkenaan

- MT UMNO juga memberikan sokongan penuh kepada Muhyiddin Yasin selain dari Najib

Perkara ini sebenarnya bila kau dedahkan, sangkaan demi sangkaan akan wujud. Khususnya sangkaan buruk.

Apa dia?

Nampak sangat Najib dipaksa mengakui yang 1MDB bermasalah! Kan ini mengesahkan apa yang pembangkang sebut-sebut dan apa yang rakyat speculate kan. Secara tak langsung apabila Najib umumkan MT UMNO mahu diberikan hak menyelesaikan masalah berbangkit dalam 1MDB apatah lagi menasihati Najib agar gunakan kepakaran dan pengalaman beberapa pihak dalam MT UMNO supaya masalah dalam 1MDB boleh diselesaikan.

Nampak?

Lepas tue nampak sangat proses siasatan ke atas perjalanan syarikat 1MDB diragui sehingga diminta dipercepatkan dan meminta ada tindakan tegas jika terdapat salahlaku. 1MDB big boss ialah Najib. Jika ada salah laku itu siapa punya approval at least la kan?

Dan menyebut pula selain Najib, Muhyiddin pun dapat sokongan penuh. Ini apa? Siapa bercerita tentang pangkat dan kedudukan Muhyiddin? Muhyiddin tak goyang apa-apa pun.

Yang goyang sekarang Najib aje. Sorang dan bersendirian. Apesal pula sokongan ke atas TPM pun perlu diumumkan sekali? Kenapa?

Fishy.

Double meaning.

Ya, kita sokong Najib tapi kita sokong Muhyiddin juga.

Mana boleh sokong kedua-duanya dalam 1 masa yang sama.

Kerusi PERDANA MENTERI ada 1 aje.

Apa yang dimaksudkan bila MT UMNO dibayangkan sokong Najib dan sokong Muhyiddin dalam waktu yang sama? Dan apa pula yang dimaksudkan yang Najib akan adakan perbincangan dari ahti ke ahti dengan Muhyiddin?

Adakah sebenarnya itu amaran akhir buat Najib? Kali ini kata dua untuk Najib. Selesai isu berbangkit atau Muhyiddin is the next PM. Kita sokong Najib diberikan ruang untuk selesaikan masalah2 tertentu dalam tempoh yang tertentu juga dan kita sokong Muhyiddin jadi PM jika Najib gagal menanggani masalah dalam tempoh masa yang kita berikan?

Macam tue ke?

Itu ke sebabnya wajah Najib sedih tadi?

Bagi seseorang yang mendapat sokongan penuh, wajah sedih sebenarnya bukanla emosi yang sepatutnya terpapar.

Najib dapat sokongan penuh dan Najib umum dengan wajah yang sedih, tak nampak macam Najib sebenarnya sedang mendapat sokongan yang penuh pun. Alahai Najib. Tarikh akhir yang mereka bagi itu bila dan bagaimana? Tolong la bisik-bisik ke kita sama.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...