Rabu, 13 Mei 2015

Akhirnya Pemaju Indonesia YG Dapat Tanah Mahal Di Tun Razak Exchange.

Hak milik kekal ataupun bercagaran untuk tempoh tertentu?
Wow.

Atas nama pelaburan. Sedang tanah yang dimajukan oleh kaum sendiri, bangsa sendiri dan rakyat sendiri, rakyat sendiri pun terpinggir terutamanya yang miskin apatah lagi jika orang luar yang tapau. Bertambah-tambah lagi la 'kepinggiran' kita, ye tak?

Oke.

Satu benda yang memang kurang ajar juga la si 1MDB neh.
Dia beli tanah murah-murah dari kerajaan.
Dan dia jual mahal-mahal kat Indonesia.
Duit itu pula dia guna untuk bayar hutang kat luar negara.
Rakyat tak dapat apa.
Negara hilang aset satu hal.
Tanah pula dimajukan oleh pihak luar.
Apa lancau semua neh.

Macam yang aku dah sebutkan sebelum neh. 1MDB sekarang sedang kronik. Kita marah juga. Hutang dia banyak. Faedah dia tinggi. Perniagaan dia rugi. Tapi walau kita marah, aset negara kita patut kita kena amek balik la.

Kita memang takde cara lain. Apa pun yang terjadi kita tetap kena bayar hutang 1MDB tue. Samada kita gadaikan semua harta benda Najib dan BN untuk depa bayar hutang 1MDB sebab memang mereka la puncanya, itu pun belum tentu boleh cover hutang banyak-banyak tue ataupun kita gotong royong tong2 sorang sikit bayar hutang tue sama-sama. Maksudnya biar je la GLC itu ini dok bailout 1MDB. Sebab sampai mampos pun bukan Najib dan BN nak gadaikan harta benda dorang untuk bayar hutang pun kan.

Dia takde cara untuk kita tak payah bayar.
Cara dia kita tetap kena bayar.
Kita suruh BN bayar (dalam mimpi kita).
Atau rakyat yang kena bayar (inila realitinya).
Atau 1MDB jual aset-aset negara kat pelabur luar.
Caranya BAYAR TETAP KENA BAYAR.

Walaupun sakit ahti tetapi membiarkan pelabur luar dapat tanah negara kita apatah lagi di tempat strategik bukan benda betul. Alangkah bagusnya jika tanah berkenaan diserahkan kepada rakyat yang mana wang kita digunakan untuk bailout 1MDB. Apa pun tak boleh la. Ini semua paker. Sangat paker. Memang paker. Sebab rakyat entiti paling rugi. Duit kita diambil untuk bailout. Tapi kita habuk pun tarak. Apatah lagi nak cakap pasal dapat tanah. Paker arh!

Lue orang semua baca la ;

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengumumkan penjualan tapak Signature Tower di Tun Razak Exchange (TRX) kepada syarikat pemaju Indonesia, Pt Kumpulan Mulia pada harga RM665 juta, seminggu selepas kontroversi tercetus mengenai pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji.
Tanah untuk pembinaan Signature Tower itu pada asalnya ditolak Tabung Haji yang ditawarkan harga RM578 juta. Keputusan Tabung Haji membeli tanah seluas 0.64 hektar pada harga RM188.5 juta mengundang kemarahan pelbagai pihak sehingga memaksa dana bakal haji itu mengumumkan akan menjual semula tanah itu secepat mungkin.
“Sebagai salah sebuah pemaju hartanah komersil yang paling besar di Indonesia, kami teruja menceburi projek ini bagi membangunkan Signature Tower sebagai mercu tanda baharu bandar raya Kuala Lumpur. Mulia Group ingin menjadi sebahagian pembangunan ikonik yang canggih ini bukan sahaja untuk Malaysia tetapi di dalam dan luar rantau ini," kata presiden dan pengarah yang juga pemilik Kumpulan Mulia, Eka Tjandranegara, dalam kenyataan yang dikeluarkan TRX.
"Kami melihat potensi TRX membangunkan lagi bandar raya itu sebagai pusat kewangan, dan TRX membantu rancangan pertumbuhan dan perkembangan kami.
"Saya komited melihat secara peribadi projek ini diteruskan dengan bersandarkan pengalaman luas kami," tambahnya.
Pemaju TRX, 1MDB Real Estate, menyambut baik penyertaan Kumpulan Mulia dalam TRX.
"Pelaburan penting ini membuktikan keyakinan pelabur asing kepada Malaysia," kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Azmar Talib.
Selain itu, sebuah lagi urusan tanah di TRX yang disahkan setakat ini ialah usahasama 1MDB dengan pemaju antarabangsa, Lend Lease bernilai RM8 bilion bagi membangunkan Lifestyle Quarter seluas 17 ekar di tapak Jalan Tun Razak itu.
Semalam, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menafikan ia terlibat dengan TRX, yang dipromosikan sebagai pusat kewangan antarabangsa ketika dilancarkan pada 2012.
TRX yang dahulunya dikenali Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur, pertama sekali diumumkan pada 2010, namun terpaksa menunda majlis pecah tanah pada tahun sama.
Rakan utama 1MDB pada awalnya Mubadala Development Company yang berpusat di Abu Dhabi, tetapi sehingga kini tidak ada pengesahan rasmi mengenai jumlah pelaburan oleh konsortium Timur Tengah itu di TRX.
Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan "task force" dalam usaha memastikan TRX siap sepenuhnya dalam 15 tahun.
Tabung Haji membeli tanah TRX itu pada kadar harga 43 kali lebih tinggi daripada harga dibayar oleh TRX kepada kerajaan tiga tahun sebelumnya, manakala KWAP didakwa membelinya dengan harga 30 kali harga asal.
Pembelian tanah oleh Tabung Haji pada RM188.5 juta, iaitu RM2,774 sekaki persegi, bagi tujuan membina sebuah menara kediaman, mengundang reaksi keras penyimpan akaun, dan Khamis lalu, sekumpulan mereka bertindak mengeluarkan kesemua simpanan mereka di cawangan Tabung Haji di Shah Alam.
Pakatan Rakyat mempersoalkan kadar harga tinggi ditawarkan kepada Tabung Haji, dan menyifatkannya sebagai usaha menyelamatkan 1MDB daripada hutangnya yang kini mencecah sehingga RM42 bilion.
Sabtu lepas, Tabung Haji akhirnya mengumumkan ia akan menjual balik tanah itu, yang menurut pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, adalah keputusan diambil selepas dinasihati Najib. -TMI.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...