Isnin, 11 Mei 2015

Pengerusi Tabung Haji Kata Majlis Fatwa Sahkan Transaksi Jual Beli Tanah 1MDB Halal - MAZA Kata Tak Pernah Dijemput Bermesyuarat.

WOW.

Kali neh BN menggunakan peranan media dan majlis fatwa. Media pro BN sejak semalam mula memainkan peranan dengan menghalalkan tindakan Tabung Haji melalui artikel-artikel yang 'memujuk' penyimpan-penyimpan Tabung Haji agar jangan terlalu berkeras dalam mengkritik Tabung Haji dalam isu pembelian tanah tersebut.

Bahkan ada percubaan demi percubaan untuk membayangkan bahawa pembelian tersebut bukan la BAIL OUT walaupun pada pandangan umum tidak dapat lari dari memikirkan fakta berikut ;

- Harga jualan tanah yang dibeli sama nilai dengan jumlah faedah yang 1MDB perlu bayar
- Kebetulannya tarikh pembayaran FAEDAH ATAS HUTANG 1MDB dijadualkan pada minggu depan (minggu ini)
- Kebetulan pula secara tiba-tiba Tabung Haji berminat dengan 2 lot tanah tersebut
- Lebih menarik bila pada awalnya TH nafi dan selepas beberapa jam mengaku pula atas alasan tersilap fakta
- Tambah perencah, tetiba peranan polis diguna dan penyebaran dokumen berkenaan dimasukkan dalam akta OSA
- Selepas beria mempertahankan urusniaga tersebut tetiba TH buat keputusan untuk jual atas alasan untuk elak fitnah. HAH? Elak fitnah? Ada ka kita meniaga seperti ini? Sebetulnya. Pada satu organisasi perniagaan yang stabil dan berdaya saing. Kita dah pasti ada plan tertentu atas tanah yang bakal dibeli. Atau sekurang2nya kalau pun takde paper work tapi kita dah ada 'base plan' untuk buat apa dengan tanah yang mahu dibeli. Kita akan bentang the plan di mesyuarat dan jika semuanya OK maka pembelian tanah akan diproceed. Maksudnya, takan la dengan 7,8 kritikan yang kita tahu stail Malaysian hanya bertahan untuk 2,3 minggu paling lama pun kita sanggup campak plan kita yang bernilai jutaan ringgit semata-mata atas alasan elak fitnah? Kita sedang cakap tentang PERNIAGAAN. PELABURAN. KEUNTUNGAN. Nampak gayanya, bukan atas alasan elak fitnah. Kesian kan pada yang merangka projek jika projeknya dibakulsampahkan. Sebaliknya, ianya lebih kepada atas alasan aku dah kantoi so sekarang neh ialah CONTROL the DAMAGE. 
- Dan selepas rakyat enggan menerima penjelasan, maka peranan agama digunakan untuk mengikat mulut rakyat dari terus bersuara.
- Tambah rencah sedikit dengan menyuntik elemen perkauman.
- Memang betul di sekitar kawasan sudah banyak dimiliki non muslim.
- Tetapi itu semua berpunca dari BN juga.
- Sepatutnya kerajaan selesaikan masalah 1MDB secara telus dan dalam masa yang sama jangan sesekali mengadaikan hak2 bumiputera yang kian tergadai. Sapa kata tanah2 itu tidak boleh dikekalmilikkan kepada bumiputera dan masalah 1MDB dapat diselesaikan? Boleh. Korang je tak jumpa jalan penyelesaian, jangan nak memandai2 pula kata tak boleh.

Selepas media memainkan peranan 'memujuk', dadah agama pula disuntik ke dalam 'sel-sel otak' rakyat agar selepas mereka membaca berita ini, mereka akan tunduk dan patuh atas alasan agama dan kepercayaan.

Tengok la sendiri ;

DAH DISAHKAN HALAL P JUAL PULA ATAS ALASAN ELAK FITNAH. MANGKUK AYUN BETUL LA

Ini semua kerja gila. 

Apa pula majlis fatwa nak menyibuk dalam urusan perniagaan dengan menyebelahi kerajaan secara membuta tuli?

Jika kau ialah orang agama, kau patut amek masa dengar hujah dari kedua belah pihak.

Kau dengar kerajaan pongpangpongpang berhujah.
Kau dengar rakyat pongpangpongpang berhujah.
Kemudian kau analise la hujah2 tersebut. Sapa berkata benar dan bohong. Siapa pula ada hujah2 valid. Then baru la kau buat keputusan.

Ini kau dengar point dari sebelah pihak.
Tahu2 aje keluar fatwa oke, transaksi itu tiada masalah.
Adakah ini adil?

Bukan kita tuduh Tabung Haji mencuri. Kita cuma mahu dia mengaku aje. Memang ini satu bail out. Oke fine wa sudah kantoi sama lue semua. Sekarang ini tanah wa akan majukan betul2 ikut prinsip Islam dan mendatangkan manfaat pada orang miskin dan rakyat sebagai menerima hukuman kerana wa membuat satu keputusan yang tak sepatutnya dibuat oleh 'agensi yang jual agama' macam Tabung Haji.

Ini je cara hukuman yang berbaloi untuk Tabung Haji.
Apa jual-jual tanah semula pula neh. Ini nak escape je. Nanti tah syarikat proksi mana ah yang kena berlakon jual beli. Atau tah syarikat kapitalis mana la yang dipujuk untuk beli dan syarikat itu pula dijanjikan sesuatu. Adakah ini tidak menambahkan masalah? Sapa yang desak suruh jual pun gila sebenarnya pada pandangan aku. Dah alang2 TH tunjuk mereka lemah mental, patut paksa je dorang buat something yang menguntungkan umat Islam kat tanah tue.

Berbalik pada isu majlis fatwa tadinya tue.

Oke. Selepas berita itu dilaporkan, MAZA mengeluarkan satu kenyataan. Ini yang dia ulas. Baca jap ;

 
Ceh.

Beberapa gambaran.

Pertama. Mesyuarat tergesa-gesa. Hanya panggil sesiapa yang favor kepada kerajaan.
Kedua. Takyah mesyuarat. Biar je kerajaan declare apa yang fatwa ulas. Salinan yang perlu dibacakan dan difahamkan Azeez hantar guna fax atau email.

Betul ka macam yang aku gambarkan neh?

Pada aku kalau betul memang tak pelik. Pasal secara tetiba Najib boleh pula suka2 nasihatkan (baca arah) TH untuk jual balik tanah yang dah dibeli.

Hello. Itu TH punya tanah. Dorang punya masalah. Dorang reti la settle sendiri. Kau sapa pula nak masuk campur? Urusan kau dah berakhir selepas anak syarikat kementerian kewangan bersetuju untuk jual tanah tersebut. Memang cincai segala. Tanpa melalui protokol yang standard, iaitu mesyuarat dan undi, Najib bagi nasihat suruh jual terus si Azeez neh jual. Macam mana dia mengetuai Tabung Haji? Macam mana dia operate Tabung Haji? Guna mulut Najib? Atas arahan Najib? Kalau Najib bagi nasihat nak duit pelaburan TH terus dia bagi ke macam mana? BINGAI!

Betul aku cakap. Cacamarba segala dorang punya pentadbiran. Campurtangan politik banyak sangat. Kat sini je kau semua dah boleh menilai betapa teruk dan corruptednya dorang kan? So fikir la pula benda yang lain-lain. Memang jenis tak amanah. Buat kerja lepas tengkuk sendiri. Asal sendiri untung, sudah la.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...