Rabu, 13 Mei 2015

Azmin, Jangan Serap Sebaliknya Terus Lawan GST Ke Atas PBT.

Jangan. Azmin, jangan.


Media melaporkan ;
Selangor sedang mempertimbangkan untuk memohon pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi khidmat pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada rakyat negeri, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali (gambar, kiri).

"Kerajaan Selangor sedang menulis surat kepada Kementerian Kewangan memohon pengecualian GST di peringkat PBT.

"Sekiranya perkara ini dapat dipertimbangkan, maka kita dapat selaraskan," katanya kepada pemberita di Shah Alam, tengah hari ini.

Pada masa sama kata Azmin, beliau mengarahkan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) untuk mengkaji jumlah yang perlu dibayar kerajaan negeri jika ia menyerap cukai tersebut dalam perkhidmatan yang disediakan.

Ini kerana Selangor mempunyai 12 buah majlis tempatan berbanding hanya dua di Pulau Pinang, yang sudah memutuskan untuk menyerap GST.

"Upen diarah melakukan kajian dan semakan berapakah implikasi kerajaan sekiranya kerajaan menyerap semua GST ini demi kepentingan rakyat Selangor," kata Azmin. -TMI.

Pendapat aku.
 
- Tindakan Azmin tulis surat mohon PBT Selangor dikecualikan dari GST, tepat.

- Kalau pun kementerian akan tolak, buat surat lagi. Lawan, lawan dan lawan. Terus lawan dengan konsisten dan komited.

- Jangan serap. Serap membuktikan kita terima GST ke atas PBT secara tidak langsung.

- Lagipun, kalau kita serap sekalipun, bukan bayar guna duit daun. Duit rakyat gak kita balon tue.

- Maka takde beza serap tak serap. Kerana rakyat yang bayar di pengakhirannya.

- Jalan terbaik, teruskan dengan plan pertama dan habis-habisan.

- Ajak PBT-PBT dari negeri lain dan bergabung. Buat desakan dan perlawanan keras sehingga kementerian akur.

- Yang tepat GST itu harus mahsuh.

- Tapi yang relevan dan boleh dicapai ialah melawan GST ke atas PBT sehingga PBT tertakluk dalam ZERO RATED.

- Ini yang korang kena buat.

- Jangan tiru kebodohan Johor, Penang dan Terengganu. Mereka lemah mental dan tidak melawan dengan kesungguhan yang sepatutnya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...