Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Jun 2018

Ketua Pemuda PPBM Didakwa Jual Tapak Ramadhan DBKL, Kaut Untung RM400,000.

Oleh : Buletin TV3

Ketua Pemuda Bukit Bintang Kaut RM400,000 Dari 80 Lot Bazar Ramadan?

Sejak beberapa hari lalu, tersebar surat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai permohonan daripada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bukit Bintang, Mohd Noorhisyam Abd Karim dalam menganjurkan bazar Ramadan membabitkan 80 lot gerai di Kuala Lumpur.




Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai bagaimana kelulusan itu boleh diberi bagi membolehkan Mohd Noorhisyam mengaut ratusan ribu ringgit.

Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun yang juga adalah Bendahari DAP turut terheret dalam isu berkenaan berikutan satu surat sokongan yang dikeluarkannya kepada Mohd Noorhisyam Abd Karim.

Surat dari DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukkan 80 lot telah diluluskan untuk perniagaan selama sembilan hari dengan bayaran RM6,238.

Ini termasuk bayaran RM180 bagi setiap lot atau RM20 sehari untuk pelesenan, ruang dan bayaran pembersihan untuk bazar itu yang bermula dari Pasar Raya Mydin di Pudu ke Masjid India.

Menurut Malaysiakini, wujud dakwaan Mohd Noorhisyam mengaut sehingga RM5,000 dalam bentuk sewa dari setiap lot melalui orang tengah.

Timbalan Setiausaha, Persatuan Peniaga dan Penjaja, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Abdul Rahman Sulaiman, mendakwa orang tengah berkenaan memintanya membayar sebanyak RM4,000.

“Untuk orang lama dia bagi RM4,000, tapi untuk yang baru dia sembelih betul-betul, minta RM5,000.

“Kalau dia kutip RM5,000 untuk 80 lot, (bermakna dia membuat) RM400,000 dah,” katanya.

Fong bagaimanapun menafikan dirinya memperoleh sebahagian daripada wang yang dikutip itu dari Mohd Noorhisyam atau rakannya.

Malah beliau berkata jika tuduhan "salah laku" itu adalah benar, laporan akan dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...