Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Jun 2018

Penjelasan MP Bukit Bintang Fong Kui Lun Isu Skandal Tapak Ramadhan DBKL.

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bintang YB Fong Kui Lun terhadap Skandal Bazar Ramadan Pemimipin Pemuda PPBM Wilayah Persekutuan 
pada 15 Jun, 2018.


Baru-baru ini, Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan dilaporkan terpalit dengan skandal berikutan dakwaan bahawa seorang pemimpin Pemuda BERSATU disyaki mengaut ratusan ribu ringgit kerana menganjurkan bazar Ramadan di Kuala Lumpur. YB Fong Kui Lun terkilan dengan berita tersebut dan menegaskan pendiriannya bahawa dia tidak akan bertolak ansur kepada sebarang budaya penyelewengan.  YB Fong turut berkata, dia tidak akan teragak-agak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati berita kes penyelewengan tersebut adalah benar.

Dalam kenyataan media dia, YB Fong menafikan dirinya mendapat sebahagian daripada wang yang dikutip itu dari Mohd Noorhisyam atau rakannya. YB Fong berujar bahawa pada hb 5 June, Mohd Noorhisyam meminta tolong daripada dia untuk mengeluarkan surat sokongan dengan tujuan membantu peniaga yang gagal mendapatkan lesen dari DBKL supaya peniaga dapat berniaga di Jalan Masjid India sepanjang bulan Ramadan. Mohd Noorhisyam menyatakan bahawa mereka tidak akan mengutip duit daripada para peniaga pada masa itu.

Mengulas lanjut, dengan niat memberi bantuan kepada peniaga-peniaga, YB Fong mengeluarkan surat sokongan dengan syarat selain bayaran yang dikenakan oleh DBKL, tiada kutipan sewa yang lain boleh dikenakan dari mana-mana pihak. YB Fong juga menjelaskan bahawa dia hanya menunjukkan sokongannya kepada peniaga dalam surat tersebut supaya peniaga disokong untuk berniaga di tempat berkaitan, padahal DBKL masih lagi pihak yang berkuasa membuat keputusan terakhir.

YB Fong menegaskan bahawa kerajaaan baru Pakatan Harapan yang berusaha membina semula negara yang bersih demi rakyat tidak boleh mengecewakan rakyat. Jadi, YB Fong memandang serius dengan isu ini dan tidak akan membiarkan sebarang kes rasuah dan penyelewengan berlaku sebegini.

YB Fong kini telah menghubungi peniaga dan pihak lain yang terlibat bagi mendapatkan penjelasan serta bukti berhubung dakwaan berkenaan. YB Fong turut menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubunginya atau melaporkan kepada pihak PDRM.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...