Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 15 Jun 2018

Najib Disiasat Atas Dakwaan Penggubahan Wang Dan Penyelewengan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin akan didakwa atas kesalahan penggubahan wang dan penyelewengan harta.



Sumber dari Reuters memaklumkan, penyelewengan harta di bawah Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun, denda dan sebatan.

Akta itu, bagaimanapun melarang tertuduh berusia 50 tahun ke atas disebat.

Kesalahan berhubung dakwaan dana kerajaan dipalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam siasatan penggubahan wang dan rasuah.

Ia selepas laporan berjuta dolar dimasukkan dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib dan SRC International yang menjadi bekas anak syarikat 1MDB.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berikrar akan mendapatkan kembali dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Selasa lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya sedang mengkaji kemungkinan tindakan jenayah dan sivil, selepas menerima kertas siasatan berkaitan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - 15 Jun 2018.


Sumber : TV3

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...