Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2015

Malam Ini Jam 10 Najib Akan Jawab Persoalan Mahathir Di Kaca TV.


Selepas kaw2 dihentam dengan Mahathir, akhirnya Najib buka mulut dan mahu menjawab semua persoalan yang dilemparkan ke atasnya. Malam ini Najib akan muncul di saluran tv3 bagi menjawab kesemua isu yang membelenggu pentadbirannya yang telah memasuki angka ke 6.

Berikut apa yang dilaporkan oleh Mstar ;

Pelbagai persoalan dan kritikan yang diketengahkan kebelakangan ini berhubung pentadbiran negara yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak bakal dijelaskan pada Khamis malam.
Orang ramai dapat mengikuti perincian mengenainya menerusi program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri pukul 10 malam ini.
Menerusi rancangan terbitan TV3 yang turut disiarkan saluran televisyen rasmi negara, Perdana Menteri akan menjawab pelbagai isu semasa berkaitan politik dan ekonomi.
Rancangan bersiaran selama sejam itu akan dikendalikan moderator, Hamdan Ahammu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad, selain pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Malahan, beliau juga secara terbuka menjangkakan Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang jika masih diterajui Najib.
Bagaimanapun, kepimpinan Umno dan BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil mempertahankan pentadbiran sekarang.
Kepimpinan parti kerajaan juga mahu Dr Mahathir memberi peluang untuk negara ditadbir mengikut cara Najib.

Bukan LIVE. Versi rakaman. Ini mesti cuak dan takut kalau tersalah jawab atau tersasul. Tapi aku nak tengok juga. Saja nak tengok apa benda yang dia nak ulas mengenai kritikan-kritikan Mahathir ke atasnya. Jawab direct atau SPIN memanjang.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...