Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 8 April 2015

Proton Setanding BMW Tapi Kerajaan Beli Kereta BMW Baru - Kronologi Bagaimana Kerajaan Kantoi & Kenapa Kereta Baru Dibeli.

Pagi tadi viral beberapa gambar kereta-kereta baru yang dibeli oleh kerajaan. Kereta-kereta berkenaan ialah dari model BMW 7 Series.

Berikut adalah apa yang dikemaskini oleh Rafizi pada pagi tadi.


Kerajaan bercakap tentang penjimatan. Tetapi kerajaan sendiri didapati membeli kereta baru. Mungkin itu apa yang ingin cuba disampaikan oleh Rafizi. Apatah lagi baru-baru ini menteri MITI, Mustafa Mohammed siap buat kenyataan terbuka lagi bahawanya Proton kini sudah setanding BMW sehingga menjadi bahan lawak di 9gags. Jadi kenapa tak beli Proton aje untuk kegunaan mereka. Kenapa mesti beli BMW pula. Tak logik langsung sanggup beli kereta import dari kereta nasional andai benar kualiti kereta nasional setimpal dengan kereta import BMW. Betul tak?

KAH KAH KAH

Dan, selepas beberapa ketika, selepas Rafizi mengesahkan maklumat yang dia terima, ini pula yang dia kemaskini di facebook rasminya.



- Rafizi mengesahkan di laman facebooknya bahawa kerajaan memang membeli beberapa kereta-kereta baru dari model BMW.

- Rafizi mahu mendapatkan jawapan lanjut atas sebab apa kerajaan membeli kenderaan tersebut.

Dan untuk rekod, jawapan tersebut sebenarnya telah pun tersebar di laman sosial. Atas sebab apa kerajaan beli kereta-kereta baru. Sejurus gambar-gambar dan kritikan mengenainya tersebar di laman sosial.

Kenapa kenderaan baru dibeli adalah bertujuan untuk 'mengangkut' ataupun sebagai kenderaan rasmi kepada ketua-ketua pelbagai negara dalam satu sidang kemuncak negara ASEAN yang dijadualkan bakal berlangsung di KL pada akhir bulan April 2015.

Kenderaan berkenaan bertugas membawa beberapa VVVIP ke beberapa event yang bakal diadakan bersempena dengan penganjuran sidang berkenaan.

Malaysia dikatakan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak ASEAN tahun 2015.

Itu apa yang disebarkan oleh blogger UMNO.

Pendapat aku. Ini bukan kali pertama Malaysia anjurkan sidang yang sama. Takan setiap kali kena beli kereta baru. Kalau belinya untuk kegunaan sementara, elok sewakan aje bagi beberapa hari.

Apa-apa pun, pembelian kenderaan berkenaan perlukan pengesahan rasmi dari kerajaan. Betul kah ianya dibeli dan dibeli atas tujuan yang dimaksudkan oleh blogger UMNO.

Sama-sama tunggu jawapan dari PMO. Cuma yang pasti kat sini ialah, tak kira la macam mana menteri-menteri kau puji melambung PROTON sampai tak jejak tanah, hakikatnya depa sendiri pun malu nak guna PROTON apatah lagi nak meraikan tetamu dengan PROTON. Setanding dengan BMW konon. Pirahhhhh mabuk.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Dengan kemaskini.

7.50 pm / 8-4-2015

- Dimaklumkan barisan kereta BMW yang mempunyai jata kerajaan ialah kereta-kereta yang disponsor oleh BMW sepanjang sidang kemuncak ASEAN berlangsung.

- Perkara tersebut dimaklumkan oleh Rafizi menerusi media sosial.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...