Selasa, 7 April 2015

7 Hari Selepas GST : Berapa Banyak Dah Kerajaan Kutip, Siap Ada Kereta GST Khas Lagi.


Tepat jam 12 malam tadi. Genap kita sudah berGST selama 7 hari. Dan sampai sekarang kita belum didedahkan lagi berapa kutipan hasil GST yang telah kerajaan raih dari hari pertama sehinggala hari keenam. 

Mesti banyak yang kerajaan dapat.

Bayangkan. Kau pergi kat apa-apa kedai pun kebanyakkan dari kedai-kedai tue ada GST. Satu bil 2,3 sen pun ada. Kalau dah 2,3 bil dari kau je dah berapa sen. Lepas tue campur dengan orang lain lagi. Itu kalau sen-sen. Kalau ringgit-ringgit? Belas-belas? Puluh-puluh? Tak banyak kerajaan kau collect satu hari?

Dan tadi. Kecoh juga di laman sosial. 

Lihat gambar ;



Kereta yang tertera dengan logo kastam berserta dengan perkataan 'Audit GST'.

Yang neh aku tak faham. Kereta baru. Lebih kurang beberapa unit. Dan mungkin ada penambahan lagi. Dan digunakan oleh siapa dan kenapa secara detail aku tak pasti. Yang aku tahu bidang tugas mereka berkaitan GST dan pengauditan.

Dan perkara ini telah menimbulkan kritikan di laman sosial. Rata-rata yang memberikan komen bernada marah dan geram. Kononnya tiada keperluan untuk kastam sibuk beli kereta baru untuk tujuan GST. Gunakan aje kenderaan sedia ada. Itupun taktau la berapa yang kastam belanjakan bagi menampung perbelanjaan kenderaan baru tue. Sewa beli ke macam mana tah perjanjian mereka itu pun dipersoalkan juga. 

Kalau aku tak silap la. Cara kerajaan kau beli kenderaan ataupun bangunan. Depa buat sewa beli. Sewa dari third party. Siap bayar kos penyelenggaraan apa semua. Ini memang stail depa. Yang kastam neh aku taktau macam mana. Tapi bibit-bibit pembaziran memang terserlah juga aku rasa. Dalam dok kata kerajaan takde duit nak tampung subsidi bagai depa boleh plak beli kenderaan baru. Nampak macam penipu. Haprak punya kerajaan. Ada je taktik-taktik nak perbodohkan dan menipu rakyat. Susah sangat nak berlaku adil dan bersikap jujur. Satusen tak boleh pakai.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...