Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 April 2015

Rakyat Serabut Fikir Masalah GST - Anak Bini Menteri Sibuk Bergaduh Tentang Gelaran.

Memang jenis takde masalah atau takde masalah berat. Otak tue tak digunakan untuk berfikir tentang masalah dan perhatikan keadaan dunia yang mengelirukan sebaliknya lebih banyak diserabutkan untuk gaduh hal remeh temeh.

Baru-baru.

Anak menteri VS mak tiri di laman sosial.

Semua neh gara-gara anak tiri yang bengang dengan mak tiri yang guna gelaran Datin Seri ketika ditemubual dalam 2 majalah sebelum neh. Oleh kerana bengang, si anak menteri pun sindir-sindir mak tiri di laman sosial.

Katanya. Wanita yang menggunakan gelaran sesuka ahti ialah sebagai individu yang terdesak.

Selain itu anak menteri tersebut juga menegur editor majalah yang tidak menyelidik sebelum meletakkan gelaran terhadap wanita tersebut. Tambahnya lagi. Hanya isteri pertama berhak atas gelaran tersebut.

Anak menteri yang dimaksudkan ialah Nedim Aziz. Anak menteri pelancongan, Nazri Aziz. Nedim juga kekasih kepada pelakon wanita Malaysia, Nora Danish.

Yang si Nedim neh sindir ialah madu mak dia. Isteri kedua Nazri Aziz.

Lihat gambar ;


Seorang wanita yang masih muda tetapi tak memasal dah jadi mak tiri dia. Mungkin la kot Nedim bengang. Kalau aku pun aku rasa aku bengang.

KAH KAH KAH

Namun perkara itu dinafikan oleh mak tiri Nedim di laman Instagram.

Baca ;


Konon mak Nedim dah bercerai dengan Nazri. Tak malu nak mengaku isteri walaupun dah 26 tahun berpisah. Dia buat kenyataan tersebut atas arahan suaminya. 

Bangang pun ada. Tolol pun ada mak tiri Nedim neh. Pada aku la. Aku rasa sebagai anak Nedim automatik akan backup mak dia. Ini perasaan yang ada pada semua anak-anak. Tak percaya tanya diri sendiri. Ko rasa ko akan condong tak pada mak kau? Kalau aku memang ya. Aku akan condong pada mak aku. So kenyataan Nedim tue sepatutnya mak tiri buat relax sudah. Fahamkan. Setiap anak-anak mesti cover mak sendiri. Ini sifat normal anak. Apa yang Nedim buat sebenarnya cover mak dia. Itu perasaan dia.

Sentap satu hal. Lepas tue p jaja hal peribadi dan rumahtangga kat orang ramai. Dah la VVIP. Ingat orang bantai kesian ke? Kena kutuk lagi ada. Berapa peratus VVIP di Malaysia? Berapa peratus pula yang jadi rakyat biasa? Dan kau rasa rakyat biasa nak simpati dengan diri kau yang bergaduh isu gelaran dengan anak tiri? G mampos la kot. Kita orang tak heran. Yang kita buat ialah kutuk kebodohan korang-korang yang bergaduh tentang isu gelaran. Macam isu penting pula. Rakyat bersepah merempat sebab bapak kau dan suami kau bukan buat kerja untuk bantu rakyat pun. Lebih kepada meroyan je. Teruskanla gaduh lagi atas isu-isu bodoh. Sebab kita orang nak buat modal troll dan kutuk. Jangan cerita pasal syurga neraka dengan aku. Untuk orang jahat bercerita tentang agama ia hanya menghadirkan rasa meluat di jiwa aku. Ini jujur tau.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...