Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 November 2013

Ilmu Agama Mahathir Tinggi - Kenyataan Admin SSTDM Dibetulkan Hilal Asyraf.

Kes salah faham la neh. Takpe. Yang penting bila admin page SSTDMM baca neh insya-Allah depa akan betulkan balik suasana. Satu pesanan aku, jangan taksub sangat pada batang tubuh Mahathir. Dan err entah la aku rasa semua orang pun tahu Mahathir tak beberapa tepat di anggap terer bab agama..

Tapi kalau bab pentadbiran tue insya-Allah dia ada kebijaksaaan dalam bidang tue

Tak perlu2 nak tonjolkan pemimpin kesayangan kita pakar dalam semua benda neh. After all dorang pun human being macam kita juga. Bukan berdosa pun kalau mereka pakar dalam sesetengah hal yang lain dan tak pakar dalam sesetengah hal yang lain. Yang beria2 mewujudkan ilusi dan persepsi pemimpin mesti hebat dalam semua perkara yang wujud di dunia neh dah kenapa?

Relax sudah.

Mahathir memang tak terer bab agama dan ia terbukti. Jangan la sayang sampai mendewa2kan beb. Amek jalan tengah2 la. 

Adohaiii dorang neh pun. Terlalu mendewakan manusia bernama Mahathir neh memang berbahaya oke. Cukupla limit ko sampai ada sesuatu mengalir dalam jiwa dan rasa tenang bila mengadap muka Mahathir.. aku rasa itu paling jauh la korang patut pergi. Jangan lebih jauh lagi dari itu beb. Cover2 sikit ma.. 

Hehe..

Lihat bawah ;



Pada tahun 2012, saya memang pernah berdebat(atau sebenarnya lebih kepada diskusi) dengan Tun Dr Mahathir melalui internet.

Saya berbalas artikel dengan beliau, menjawab beberapa persoalan beliau.

Namun seingat saya, saya tak pernah claim sebagaimana claim yang dibuat oleh Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir ini.

Seingat saya, yang saya pernah komen di Page Saya Sayang Tun Dr Mahathir ini ialah berkenaan sikap Tun kala melayan saya. Saya sekadar mengakui bahawa Tun mempunyai hemah yang tinggi kala berbicara dengan anak muda yang berbeza pandangan dengan beliau seperti saya. Saya sangat hargai Tun dari sudut yang itu.

Namun bab ilmu agamanya, seingat saya, saya tak pernah sebut ilmu agama Tun tinggi atau rendah.

Boleh rujuk artikel saya dengan Tun Mahathir tersebut di link berikut:

1 - http://langitilahi.com/7734
2 - http://langitilahi.com/8025

Sekian, sekadar mengklarifikasikan.

Penjelasan dan penafian di atas ditulis oleh Hilal Asyraf dalam fan page nya sendiri. Harap2 tolong betulkan apa2 yang patut yer SSTDM. Jangan stress sangat sebab silap neh sesiapa pun selalu silap. Yang penting betulkan kesilapan. Cuma dalam kes neh admin page tersebut bukan sekadar perlu betulkan kesilapan bahkan limit ketaksuban tue, kasi kawal sikit naaa..

Hehe

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...