Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Januari 2017

Kronologi Skandal Sturgeon FELDA - Dulu2 FELDA Kata Ternakan Sturgeon Mampu Jana 360 Juta Setahun..

KRONOLOGI ‘SKANDAL STURGEON’ FELDA


Pada 1 Januari 2013, FELDA telah menubuhkan Unit Pengurusan Transforvasi untuk mewujudkan pelbagai aktiviti perniagaan berpendapatan tinggi kepada FELDA. 

Antara projek dicadangkan oleh unit tersebut ialah Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Baca : 2 Tahun Dilabel Penyangak Kerana Sturgeon, Kini Dakwaan Kami Terbukti, FELDA Patut Rasa Malu!

Pada 4 Julai 2013, Lembaga FELDA telah meluluskan cadangan Projek Penternakan Ikan Sturgeon secara dasar tertakluk kepada kajian terperinci yang perlu dibentangkan kepada Lembaga FELDA untuk kelulusan. FELDA telah menubuhkan FELDA Korea Malaysia Sdn Bhd pada 17 Julai 2013. 

Walau bagaimana pun, pengurusan FELDA pada masa itu tidak membentangkan laporan kajian terperinci projek kepada Lembaga FELDA sebelum projek ini diteruskan. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 7 Januari 2014 dan pada 27 Februari 2014 menandatangani dua perjanjian dengan dua syarikat Korea. 

Perjanjian tersebut adalah Technology Transfer & Supply Agreement (TTSA) yang bernilai USD10 juta; dan Design and Build Contract Agreement (DBCA) yang bernilai USD35 juta. 

FELDA Carviartive Sdn Bhd telah melaksanakan kerja-kerja rekabina dan juga kerj-kerja sivil di lokasi projek di Kuala Tahan bermula Mac 2014. 

Walau bagaimana pun, pada 5 Februari 2015, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah memutuskan untuk tidak meluluskan tapak projek di Kuala Tahan sebagai tapak Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Lima suspek ‘Ops Caviar’ direman selama 7 hari Operasi meragukan, FELDA tubuh jawatankuasa khas Diatas perjalanan operasi perniagaan yang meragukan, Lembaga FELDA telah meluluskan penubuhan jawatankuasa khas pada Julai 2014 untuk menilai dan mengkaji semula operasi syarikat-syarikat subsidiari di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Hasil kajian ini telah dibentangkan kepada Lembaga FELDA pada Januari 2015. Bagi memastikan setiap syarikat beroperasi mengikut amalan tadbir urus korporat yang baik, pada Februari 2015, pengurusan FELDA telah membubarkan Unit Pengurusan Transforvasi dan kesemua projek yang sedang dilaksanakan oleh unit berkenaan diletakkan dibawah pemantauan Bahagian Pelaburan, Jabatan Kewangan FELDA. 

FELDA juga telah memutuskan untuk melantik Juru Audit luar pada 23 Mac 2015 untuk melaksanakan kajian position review ke atas Projek Penternakan Ikan Sturgeon. 

Antara penemuan utama yang dilaporkan adalah; ketidakpatuhan kepada manual dasar dan strategi pelaburan FELDA; kelemahan tadbir urus; dan kelemahan didalam pelaksanaan dan pemantauan projek. 

Susulan penemuan tersebut, pihak FELDA telah melantik sebuah firma guaman untuk melaksanakan legal review pada 19 Ogos 2015. 

Keputusan position review dan legal review telah dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA pada 2 Februari 2016 untuk diambil tindakan sewajarnya. 

Pada tahun 2016, Jabatan Audit Negara telah mengaudit aktiviti-aktiviti FELDA termasuk aktiviti-aktiviti di bawah Unit Pengurusan Transforvasi. 

Penemuan audit adalah seperti di Laporan Ketua Audit Negara Sesi 2 dan berikutan laporan tersebut, pihak SPRM telah membuka siasatan terhadap projek subsidiari-subsidiari FELDA. 

Hasil siasatan tersebut membawa kepada penahanan beberapa individu oleh pihak SPRM pada 24 Januari 2017 yang terdiri daripada dua orang pegawai kanan FELDA, seorang penolong pegawai dan dua orang bekas kakitangan FELDA. 

Individu-individu yang ditahan.

Lima individu termasuk seorang bergelar Datuk ditahan oleh SPRM sekitar Lembah Klang pada 24 Januari 2017 dan kesemuanya direman selama tujuh hari bermula 25 Januari 2017. 

Individu bergelar Datuk adalah bekas Pengarah Besar FELDA yang mula menjawat jawatan itu pada 1 Oktober 2012. Beliau dilucutkan jawatan Pengarah Besar FELDA pada 1 Februari 2015 dan kemudiannya telah ditukar perkhidmatan ke agensi lain. 

Beliau telah bercuti tanpa gaji bermula 10 Mac 2016 sehingga kini. Bekas Timbalan Pengarah Besar (Sumber Strategik) FELDA pula telah dilantik ke jawatan itu secara kontrak pada 1 Januari 2013 dan telah meletak jawatan pada 14 Februari 2015. 

Seorang lagi pegawai kanan yang kini menjawat jawatan sebagai Head of London Properties di FELDA Investment Corporation Sdn Bhd merupakan bekas Ketua Unit Pengurusan Transforvasi dan dilantik secara kontrak oleh FELDA pada 1 November 2012. 

Manakala dua orang lagi pegawai projek tersebut dilantik pada tahun 2013 dimana seorang telah pun meletakkan jawatan pada 27 Oktober 2014 dan seorang lagi merupakan penolong pegawai yang masih dalam perkhidmatan FELDA.

(Sumber)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...