Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mac 2019

Selepas Diancam Saman Oleh Jack Ma AliBaba Group, Raja Petra Padamkan Artikel Fitnah.

Malaysia Dateline | Penulis blog Raja Petra Kamaruddin telah menarik keluar artikel berjudul “Jack Ma slash Pakatan Harapan” yang disiarkan pada Selasa selepas menerima notis rasmi daripada Alibaba Group Holding Ltd semalam.


Syarikat yang berpengkalan di China itu menerusi surat yang ditandatangani Timbalan Presidennya Albert Liu berkata, Raja Petra berbohong dan merosakkan reputasi Pengerusi syarikat itu Jack Ma berhubung pertemuannya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Pegawai Khasnya Tony Pua di Hong Kong baru-baru ini.

Beliau memberi tempoh sehingga 1 April untuk Raja Petra memberikan jawaban atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

“Saya telah menarik keluar tulisan itu dan berjanji tidak akan mengulangi cerita itu,” jelas Raja Petra penulis blog kontroversi ini seperti dipetik Malaymail hari ini.

Dalam artikel tersebut Raja Petra mendakwa, jutawan China itu memberitahu Lim dan Pua bahawa China tidak lagi mempercayai Malaysia kerana kerajaan dikatakan tidak menghormati perjanjian.

Beliau juga menambah dengan membuat kenyataan mengutuk aktivis peguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan Clare Rewcastle-Brown dalam artikel barunya , merujuk kepada penyelesaian luar mahkamah antara editor Sarawak Report dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Raja Petra juga mempertahankan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa menjadi mangsa ketidakadilan sistem perundangan negara. Hak-hak ini adalah selaras dengan prinsip asas undang-undang jenayah iaitu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (innocent until proven guilty).

Awal bulan ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggil Raja Petra sebagai “pendusta” atas dakwaan rasuah projek Terowong bawah laut Pulau Pinang yang dikaitkan dengan Guan Eng ketika menjawat jawatan ketua menteri Pulau Pinang.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...