Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 30 Mac 2019

Nasihat Kepada Menteri Usahawan Yang Bernama Pak Wan.

ULASAN |Pak Wan, tolong fahamkan, ini bukan mesej kebencian. 

1. Beberapa media tempatan melaporkan prototaip kereta terbang Malaysia dipamerkan dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa LIMA 2019.

2. Gambar Pak Wan ada dalam laporan itu.


3. Ketika itu nampaknya Pak Wan sedang bercakap sesuatu kepada Tun Mahathir. Reaksi Tun Mahathir dalam gambar itu jelas terlihat tidak gembira, antara punca juga mungkin kenapa gambar itu menjadi tular sehari dua neh.


4. Pak Wan berkata prototaip kereta terbang bukan seperti yang terpamer kat LIMA 2019 (rujuk : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/prototaip-kereta-terbang-dibina-di-jepun-1.871836)

5. Pada 27 Mac 2019, Pak Wan berkata prototaip kereta terbang akhirnya berjaya direalisasikan di pameran LIMA 2019 meskipun menerima pelbagai kecaman negatif orang ramai (rujuk : http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pak-wan-buktikan-kereta-terbang-bukan-omongan-1.870555)

6. Bacalah;
Setelah menerima pelbagai maklum balas berbaur positif dan tidak kurang dipersendakan beberapa pihak dengan idea keperluan negara membangunkan kereta terbang, akhirnya Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof membuktikan ia mampu direalisasikan.

Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.

Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,”
katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

7. Pak Wan sendiri yang sebut;

- Prototaip
- Penanda aras

8. Yang bermaksud membayangkan ia merupakan prototaip kereta terbang.

9. Jika orang awam tersalah faham, puncanya mulut Pak Wan.

10. Sekarang Pak Wan kata ia model skala kecil pula.

11. Sepatutnya dari awal lagi Pak Wan sebut ia adalah model skala kecil.

12. Dan maklumkan yang prototaip kereta terbang kini dalam pembinaan di Jepun tanpa menggunakan duit rakyat satu sen pun. Ini patut disebut dan dinyatakan dengan jelas pada 27 Mac 2019 dan bukannya pada 28 Mac 2019 selepas menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.

13. Tetapi apa yang Pak Wan buat ialah berbangga mengatakan ia prototaip, dan bila mendapat serangan yang teruk, Pak Wan uturn. Tidak cukup itu, Pak Wan juga mempertahankan seolahnya sejak dari awal Pak Wan tak melakukan apa-apa kesalahan. Ini tidak boleh diteruskan. Jika ini kita pertahankan, maka tiada beza dengan kerajaan lama. Pak Wan tidak boleh dibela selepas menayangkan kebodohan. Pak Wan perlu ditegur dan dinasihati. Pak Wan perlu tahu dimana kebodohan Pak Wan bermula. Gambar yang ditangkaplayar di atas ini mencatat sejarah kebodohan Pak Wan yang bukan satu, tetapi banyak. Sekejap kereta terbang untuk pantau ladang, sekejap kereta terbang bukan untuk pengguna biasa, sekejap kereta terbang perlu infrastruktur, undang-undang dan lesen? Pak Wan keliru dengan kenyataan, matlamat, tindakan diri sendiri. Pak Wan tak jelas dengan apa yang Pak Wan mahu capai, lalu bagaimana sokongan boleh hadir?

14. Sebenarnya idea kereta terbang bukannya idea kelakar. Pak Wan jangan salah faham. Rakyat tidak ketawakan idea ini. Rakyat tidak persendakan usaha Pak Wan. Rakyat tidak menolak sama sekali teknologi kereta terbang.

15. Apa yang berlaku ialah, perlu ke, ketika ini, itu yang kita 'usahawan' kan?

16. Perlu ke, ketika ini, disaat rakyat menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, itu yang kita tumpukan?

17. Pak Wan adalah Menteri Usahawan, bukannya Menteri Kereta Terbang, mari kita lihat kerangka usahawan lebih dalam daripada agenda kereta terbang.

18. Mari bantu kerajaan Pakatan Harapan menyelesaikan keperluan rakyat yang lebih mendesak dan menuntut solusi segera.

19. Mari berhenti mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan reputasi dan imej Pakatan Harapan.

20. Mari faham, kereta terbang tak boleh kenyangkan perut lapar, kereta terbang tak boleh selesaikan masalah harga rumah mahal dan kereta terbang tak boleh bantu mereka yang kehilangan kerja ketika ini. Inilah masalah rakyat yang menuntut Menteri Usahawan seperti Pak Wan bantu selesaikan. Inilah puncanya kamu diberikan gaji. Jika mengundi Pak Wan sama seperti mengundi monyet, maka berdukacitalah pengundi Alor Gajah. - 30 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...