Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 29 September 2020

UMNO Mengalah Dgn PPBM Demi Rakyat, Jangan Melampau, Asyraf Kritik Wan Fayhsal.

POLITIK | Dua isu hangat hari ini ialah apabila PPBM berjaya dalam misinya untuk meletakkan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah dan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal di Facebooknya.

Post di Facebook Timbalan Menteri KBS itu nampaknya mengundang kemarahan orang UMNO dan ini ditunjukkan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi apabila membuat kenyataan balas bagi menegur Wan Fayhsal.



Kalau diperhatikan, kenyataan Wan Fayshal sama sekali tidak menyebut nama sesiapa ini termasuklah nama-nama pemimpin UMNO.

Namun dipercayai perkataan seperti;

- legasi

- trust deficit

- skandal

- masalah yang kronik

Menyebabkan terdapatnya penyokong UMNO yang terasa seolahnya ia ditujukan terhadap pemimpin UMNO.

Malahan dengan hanya menyebut PAS, tidak memetik UMNO membuatkan penyokong UMNO lebih terasa lagi. Masakan tidak, Fayhsal hanya menyebut PN akan memperkukuhkan kerjasama dengan PAS, tetapi dalam masa yang sama peranan UMNO diabaikan.

Dr. Asyraf kemudiannya membalas kenyataan Fayhsal itu dalam nada tegas tetapi masih lembut dan berhemah.

"Waktu nak selamatkan Kerajaan Persekutuan, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 43 Ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 + 15 (Ahli Parlimen Lompat dari UMNO) untuk mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Perak, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 25 ADUN berjiwa besar, tetap mengalah kepada PPBM yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Faizal Azumu sebagai MB....

Waktu nak tubuhkan Kerajaan Sabah, demi rakyat, UMNO-BN dengan kerusi terbesar 14 ADUN berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada PPBM yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Datuk Seri Hajiji sebagai KM....

Justeru Jangan Melampau! Ahli-ahli UMNO juga ada maruah. Tidak selamanya juga kami boleh mengalah. Nasihat saya bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas.

Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh Jentera UMNO-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon-calon PPBM atas bendera Perikatan Nasional di kawasan-kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat UMNO-BN hampir 30 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagaimanapun tidak semuanya menyokong Ketua Pemuda UMNO. Bagi pro PN dan golongan atas pagar misalnya, mereka berpendapat, UMNO telah mendapat bahagiannya kerana menyokong PPBM apabila diberikan jawatan menteri dan GLC. 

UMNO tak sepatutnya dianggap membuat kerja kebajikan dan mempergunakan perkataan demi rakyat kerana masing-masing dihadiahkan habuan jawatan sebagai pampasan atas sokongan yang diberikan. - 29 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...