Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 2 Januari 2020

Gara-Gara Tiket Kapal Terbang RM500,000, Azmin Ali Dikecam Netizens.

POLITIK | Sarawak Report membuat pendedahan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali telah bercuti mewah ke Jepun dan London baru-baru ini.

"Sarawak Report mendapat laporan dimana rombongan 15 ahli keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali bercuti ke Tokyo, dimana mereka berlepas dari Kuala Lumpur pada 21 Disember (MAS) dengan menaiki penerbangan kelas pertama. 

Percutian ke Jepun dan London itu nampaknya disahkan sendiri oleh keluarga Azmin Ali yang memuatkan gambar-gambar percutian tersebut di akaun media sosial mereka.

Sarawak Report (SR) juga dimaklumkan bahawa 12 tiket penerbangan kelas pertama dua hala pergi dan balik telah ditempah melalui MAS sejurus lawatan keluarga Azmin ke Jepun berakhir, dimana kali ini kumpulan yang sama bercuti ke London pula sehingga 7 Januari.


Dianggarkan kos lebih kurang RM500,000 hanya meliputi harga tiket semata-mata yang mana telah dibayar terlebih dahulu, dengan mengambilkira kes saman yang dilalui Azmin," tulis Sarawak Report malam tadi di akaun Facebooknya.  

Setakat ini Azmin belum lagi membuat apa-apa kenyataan balas yang didakwa oleh Sarawak Report itu.





Sementara itu tinjauan mendapati netizens mula mempertikaikan gaya hidup menteri yang disifatkan mewah itu.

Sebilangan besar netizens pro Pakatan Harapan telah mempertikaikan perbelanjaan mewah Azmin Ali dan beranggapan menteri itu akan memusnahkan legasi Pakatan Harapan jika dibiarkan.

Mereka turut mengaitkan tindakan Azmin itu dengan perkahwinan anaknya yang disifatkan sebagai terlalu mewah pada tahun lepas.

Manakala netizens pro pembangkang pula beranggapan tindakan Azmin itu telah pun menjadi hujah mereka kenapa Pakatan Harapan perlu dijatuhkan dan menjadi sepenggal. Mereka turut mengaitkan keadaan ekonomi negara yang lembab tetapi menteri ekonomi tetap mampu bercuti dengan girang sementara rakyat terus bergelut dengan masalah ekonomi.

Sementara itu penyokong Azmin mempertahankan perbelanjaan mewah menteri itu kerana Azmin adalah menteri ekonomi yang berjawatan tinggi dan bergaji besar. Tiket penerbangan RM500,000 adalah perkara yang mampu dibelanjakan Azmin kerana beliau adalah orang dan sudah lama bergiat aktif dalam politik. Tidak adil membandingkan kehidupan orang kaya dan miskin.

Sebagai rekod, gaya hidup dan perbelanjaan mewah kehidupan menteri dan pemimpin BN adalah antara punca kenapa mereka diundi keluar dari kabinet pada PRU ke 14 yang lalu. - 2 Januari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...