"Orang politik mesti bersedia untuk segala-galanyanya...terpulang pada Pengerusi (BN) (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Wanita BN kepada penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Selangor King George V Silver Jubilee, di Kuala Lumpur, pada isnin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kesediaannya untuk membuat kemunculan semula pada PRU akan datang.
Sementara itu, ketika mengulas desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Besar, Shahrizat menjawab : "Macam-macam khabar angin saya dengar. Terima kasihlah yang bercakap saya akan bertanding di sana-sini, dalam politik biarlah orang mahu kita. Tapi semuanya terpulang pada bos saya (Najib)."
Netizens sepakat kalahkan Shahrizat
Di media sosial, rata-rata netizens pro UMNO sepertinya kurang menyenangi dengan tindakan Shahrizat yang membayangkan akan menyertai pilihanraya andai diberikan peluang.
Manakala netizens pro pembangkang pula mengalu-alukan Ketua Wanita UMNO itu untuk masuk bertanding dalam pilihanraya.
"Eloklah dia masuk bertanding. Senang kita semua kalahkan dia. Satu seat selamat untuk Pakatan Harapan. Muahahahihui," kata Azlina.
"Lembah Pantai tak turun ke (bertanding)? Apesal lari jauh sangat? Sana (Sungai Besar) lebih banyak lembu kot?" sindir Kenzo Mann pula.
"Dia nak bertanding kat mana-mana pun lantakla. Tugas kita, kat mana dia bertanding, kita sepakat kalahkan dia beramai-ramai. Biar dia malu seumur hidup," tulis Dzul.
"Tak usah bertandinglah. Rakyat sangat menyampah dengan kamu. Bodoh piang jika rakyat mengundi kamu," respon Roy Tiara.
NFC hangat kembali
Dalam perkembangan berkaitan, selepas Rafizi dan Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan pada rabu selepas didapati bersalah dalam akta BAFIA kerana mendedahkan butiran akaun bank berkaitan syarikat NFC - National Feedlot Corporation, Shahrizat kembali menjadi pertikaian awam.
Rata-rata netizens mempersoalkan kenapa tiada tindakan tegas diambil terhadap individu yang mengagalkan perusahaan lembu dalam negara.
Persoalan mengenai softloan rm250 juta juga ditimbulkan netizens. Dan mengapakah tiada tindakan tegas diambil terhadap 'watak-watak utama' yang didakwa menyalahguna dana awam untuk tujuan lain selain daripada meningkatkan penghasilan daging lembu dalam negara - selaras dengan visi NFC yang sebenar ketika syarikat itu ditubuhkan.
Selagi pihak-pihak yang mengagalkan NFC tidak menerima hukuman seadilnya, dimana sahaja Shahrizat bertanding, nescaya isu NFC, lembu, kondo akan terus menghantui Ketua Wanita UMNO itu sampai bila-bila. - 9 Februari 2018.