Sabtu, 10 Februari 2018

Isu Rafizi & Akta BAFIA - Ini Pandangan Peguam Pro DAP.

RAFIZI - MAHKAMAH ATAU KERAJAAN?
Semalam 08/02/2018 Mahkamah Sesyen Shah Alam telah mensabitkan kesalahan YB Rafizi Ramli di bawah BAFIA atas kesalahan membocorkan maklumat pelanggan.
Ramai yang berikan pandangan, pendapat, komen dan kritikan.
Bagi aku begini saja.
BAFIA bukan suatu Akta baru. BAFIA digubal sejak tahun 1989. BAFIA dibentangkan oleh Menteri Kewangan ketika itu Tun Daim Zainuddin.
BAFIA digubal bertujuan untuk mengadakan undang-undang baru mengenai pelesenan dan pengawalseliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan bank, syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat diskaun dan pembrokeran wang, mengenai pengawal seliaan institusi-institusi yang menjalankan perniagaan-perniagaan kewangan lain yang tertentu, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
Sekarang BAFIA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Ramai yang komen bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak wajar kerana Rafizi mendedahkan maklumat salah laku pihak tertentu khususnya melibatkan wang rakyat yang disalahguna. Tidak wajar itu disandarkan kepada tiadanya tindaka terhadap pihak yang menyeleweng tetapi pihak yang mendedahkannya yang diambil tindakan.
Bagi aku, keputusan Mahkamah setakat ini tidak khilaf kerana ia jelas berpandukan peruntukkan undang-undang. Mahkamah tidak boleh ambil tindakan terhadap pihak lain selain tertuduh.
Apabila yang dituduh itu dibuktikan melakukan kesalahan, tertuduh akan disabitkan dan dihukum. Mahkamah tiada kuasa terhadap pihak lain.
Habis tu kenapa NFC tidak didakwa tetapi Rafizi yang didakwa?
Itu bukan kuasa Mahkamah. Kuasa mendakwa sesiapa saja ialah kuasa Peguam Negara.
Jika NFC terlepas tanpa didakwa, itu adalah atas tindakan Peguam Negara bukan Mahkamah.
Atas dasar itu kita mahu menjatuhkan BN dari pentadbiran negara dan menawarkan untuk melakukan reformasi institusi secara menyeluruh. Ada institusi tertentu yang tidak berfungsi mengikut Perlembagaan tetapi atas arahan eksekutif.
Keputusan kes Rafizi ini seharusnya dijadikan hujah utama kenapa BN perlu digantikan dalam PRU14 akan datang. Jika BN dibiarkan memerintah, lebih ramai orang awam lain akan senasib dengan RAFIZI. Penjenayah dibiarkan tetapi yang membongkar jenayah diambil tindakan.
Jangan biarkan negara terus rosak dengan BN.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...