YAAAABDAL HAADI, INI BUKAN ZAMAN AL-MAAWARDI...!
1. Kata Abdul Hadi, jika Pas memerintah (padahal Pas target menang 40 kerusi saja), kerajaan akan ada dua kabinet. Pertama, kabinet pembuat dasar. Kedua, kabinet pelaksana dasar. Kabinet kedua dilantik oleh kabinet pertama.
2. Sumpah, aku tak faham langsung bentuk kabinet bayangan Abdul Hadi. Jika Abdul Hadi sebut dua bentuk kementerian, bolehlah juga difahami, tapi dia sebut dua kabinet. Mungkin dia terkhilaf.
3. Bayangkan jika PM Malaysia adalah Abdul Hadi, entah macam mana jadinya Malaysia dengan dua kabinet? Atau, bagaimana Abdul Hadi mahu menentukan, ini kementerian pembuat dasar dan ini kementerian pelaksana dasar.
4. Lebih cacamerba lagi jika kabinet atau kementerian pembuat dasar yang akan melantik atau membentuk kabinet atau kementerian pelaksana dasar. Sukar dibayang macam mana dua bentuk kabinet atau kementerian sebegitu mahu dibentuk.
5. Mana boleh dalam sebuah negara ada dua kabinet, atau pun dua bentuk kabinet. Jika dua bentuk kementerian pun sudah pelik dalam realiti negara berperlembagaan seperti Malaysia, apatah lagi dua bentuk kabinet atau dua kabinet.
6. Tidak relevan lagi model al-Mawardi mahu diaplikasi dalam konteks negara moden kini. Dalam sistem khilafah, khalifah memang hampir memiliki sepenuhnya kuasa penentu dasar. Menteri yang dilantik oleh khalifah hanyalah pelaksana dasar semata-mata.
7. Jika sistem di atas mahu diamal, apa kementerian pembuat dasar, dan apa pula kementerian pelaksana dasar? Apa kriterianya? Contohnya, kementerian kerja raya, pembuat dasar atau pelaksana dasar?
8. Kita kata itu kementerian pelaksana dasar, maka kementerian mana pembuat dasar untuk kementerian itu? Jika kementerian itu pembuat dasar, kementerian mana pula pelaksana dasarnya?
9. Idea kerajaan dengan dua bentuk kementerian model al-Mawardi tidak relevan lagi. Aku bukan kata pemikiran dan tulisan al-Mawardi tidak relevan untuk dikaji, tetapi Malaysia bukan tempat yang sesuai dgn idea dan pemikiran itu untuk tujuan aplikasi.
10. PM bukan khalifah. Semua kementerian punya bidang kuasa pembuat dan pelaksana dasar secara sekaligus. Kabinet juga punya kuasa penentu dasar. Parlimen adalah institusi tertinggi yang mengikat kabinet dan semua kementerian.
11. Cuba bayangkan, PM adalah Abdul Hadi, dia memegang kuasa pembuat dasar sebab dia PM, agak-agak apa akan jadi dengan Malaysia? Aku kata, Malaysia akan jadi negara teokrasi. Atau bahasa agamawan, negara mullah.
MALAYSIA JADI REPUBLIK ISLAM MALAYSIA JIKA IKUT TEORI KABINET BAYANGAN ABDUL HADI
1. Mengikut teori pembentukan kabinet bayangan Abdul Hadi, Malaysia akan ada dua kategori menteri. Pertama, menteri pembuat dasar, semuanya Islam. Kedua, menteri pelaksana dasar, boleh ada orang bukan Islam.
2. Katakanlah begini jadinya.
3. Menteri pembuat dasar akan pegang kementerian pembuat dasar seperti kewangan, jabatan perdana menteri, pendidikan, pertahanan, keselamatan dalam negeri, luar negara dan sebagainya.
4. Menteri pelaksana dasar akan pegang kementerian pelaksana dasar seperti kerjaraya, pengangkutan, kebajikan, pelancongan, belia, wanita, kesihatan dan sebagainya.
5. Adakah begitu? Kalau begitu, mari fikir soalan-soalan ini.
i. Adakah menteri pelaksana dasar layak berada dalam kabinet, kerana kabinet adalah pembuat dasar. Sedangkan mengikut teori Abdul Hadi, menteri bukan Islam hanya pelaksana dasar, bukan pembuat dasar?
ii. Jika seseorang menteri mahukan kementeriannya menjadi pembuat dasar, adakah menteri bukan Islam yang mengetuai kementerian itu mesti ditukar dengan menteri Islam?
iii. Autoriti manakah penentu sesebuah kementerian itu sebagai pembuat dasar atau pelaksana dasar? Kabinet, parlimen atau PM? Apakah kriteria yang bakal digunapakai oleh autoriti itu?
iv. Jika sesebuah kementerian hanya menjadi pelaksana dasar sepenuhnya, kementerian itu sudah turun taraf menjadi sebuah jabatan kerajaan. Adakah wajar sebuah kementerian setaraf jabatan kerajaan diketuai oleh seorang menteri?
6. Jika orang bukan Islam tidak boleh berada dalam kabinet kerana kabinet adalah pembuat dasar, dengan maksud anggota kabinet semua orang Islam, dan orang Islam itu pula berfikiran seperti Abdul Hadi....!
7. Mungkin Malaysia ketika itu jadi negara mullah, atau negara teokrasi. Nama baru Malaysia ketika itu ialah Republik Islam Malaysia.