Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Februari 2018

Dakwaan Najib 'Salam Direct' Pada Nabi Bohong, Batil - Ini Penjelasan Ustaz Fathul Bari.

BARU-BARU ini, pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq telah mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang dakwanya telah membezakan tindakan Najib masuk makam dengan pihak lain yang memasuki makam Nabi. 


Kononnya, kata Ustaz Abu Syafiq lagi, perbuatan memberi salam kepada Nabi oleh Najib Razak 'sampai direct' seperti dakwa Perdana Menteri itu. Disebabkan kenyataan itu, Ustaz Abu Syafiq tampil mempertikaikan Najib dan mendakwa Najib sebenarnya tidak memasuki makam Nabi ketika mengerjakan ibadat umrah baru-baru ini. 

Datuk Ustaz Fathul Bari kemudiannya tampil menjawab dakwaan Najib tidak memasuki makam Nabi di laman facebooknya.

"RESPON DFB ISU DS NAJIB MASUK MAQAM NABI SAW

1. Isu ini sangat kecil & tak perlu diperbesarkan. Ia hanya tertumpu kepada penggunaan perkataan yang boleh diberikan tafsiran pelbagai. "Dalam maqam". Apa maksudnya? Tentunya DS Najib tak bermaksud masuk DALAM KUBUR Nabi SAW. Itu mustahil. Sebaliknya beliau merujuk kepada masuk dalam kawasan maqam yakni rumah Aisyah RA yang di dalamnya dikebumikan Nabi SAW.

2. Isu Salam direct atau tidak; perlu diketahui bahawa berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, salam ke atas Nabi SAW akan sampai kepada Baginda secara langsung tanpa perantara. Sabda Nabi SAW:

مَا مِنْ أَحَدٍ يُسَلِّمُ عَلَيَّ إِلا رَدَّ اللَّهُ عَلَيَّ رُوحِي حَتَّى أَرُدَّ عَلَيْهِ السَّلامَ

Maksudnya : "Tidaklah seseorang itu memberikan salam ke atasku kecuali Allah akan mengembalikan Kepadaku rohKu sehingga aku menjawab salamnya." (Sunan Abi Daud, no:1795)

Adapun kenyataan DS Najib; jelas beliau nukilkan dari pihak tertentu. Dalam soal ini, saya kira kita perlu bersangka baik serta tidak perlu mengeluarkan kata-kata kesat. Kesilapan manusiawi adalah satu hal normal. Moga Allah mengampuni kita semua.

3. Isu DS Najib dituduh sombong, takbur & difitnah menggunakan keistimewaan yang diberikan iaitu masuk ke maqam Nabi SAW & kaabah untuk kepentingan politik; saya nasihatkan kepada yang membuat dakwaan seperti ini, beristighfarlah. Urusan hati adalah urusan Allah. Ia bukan kerja kita. Sepatutnya kita berbangga pemimpin no.1 negara kita diberikan keistimewaan tersebut kerana hubungan erat dua negara Malaysia-Saudi & lebih khusus hubungan peribadi DS Najib & King Salman.

4. Walaupun pilihanraya makin dekat, ia sama sekali tidak menghalalkan kita untuk mengaibkan orang lain apatah lagi menegatifkan hal yang sangat positif. La hau la wa la quwwata illa billah,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.


Ustaz Fathul Bari turut mengakhiri kenyataan itu dengan hashtag : #talkgood #negarakutolakfitnah #NOakalpendek #taathalmakruf.

Meskipun tidak menamakan mana-mana pihak, ramai percaya ia ditujukan kepada Ustaz Abu Syafiq.


Selain mempertikaikan kenyataan Najib dan mendakwa Perdana Menteri itu sebenarnya tidak memasuki makam Nabi, Ustaz Abu Syafiq turut mempertikaikan tindakan orang agama yang senyap dengan kenyataan Najib itu.

"Dakwaan aku masuk makam Rasullulah, kemudian aku bagi salam sampai direct ke Rasullulah, mu bagi salam kat luar sana tak sampai direct ke Rasullulah, ini dakwaan yang batil.

Kenapa para mufti senyap? Kenapa orang agama senyap? Makan nasi? Makan sampul? Makan duit? Mana kamu semua? Kenapa kamu membisu hal kebatilan ini," kata Ustaz Abu Syafiq dalam video tular itu. - 9 Februari 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...