Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Februari 2018

Prestasi Selangor Cemerlang, Biar Saya Pindah Putrajaya Pula - Azmin Ali.

Oleh : Free Malaysia Today

Datuk Seri Azmin Ali hari ini berkata prestasi beliau menguruskan Selangor dengan cemerlang menunjukkan dirinya juga mampu menerajui kepimpinan negara.

Menteri besar Selangor itu memberi contoh jumlah belanjawan negeri Selangor hanya 1% daripada bajet persekutuan sebanyak RM300 bilion, tetapi lebih cekap disalurkan kepada rakyat.



“Persoalan yang saya hendak bangkitkan, kalau Selangor boleh buat mengapa Putrajya tidak boleh buat. Kalau Selangor yang kecil ini boleh laksanakan, bukan sahaja negeri maju dan industri kewangan, kebajikan anggota tentera juga dijaga,” katanya sewaktu berucap di sebuah majlis anjuran Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan).

“Bayangkan bulan 5 ini, saya diberi mandat uruskan RM300 bilion. Maka selesai tuntutan Pahlawan, insya Allah,” kata Azmin.

Menurut Azmin, ramai penjawat awam persekutuan ingin berpindah ke Selangor.

“Sekarang ini Selangor jadi daya tarikan, semua hendak duduk dalam Selangor dan semua mengaku orang Selangor. Lihat sahaja pegawai kerajaan hari ini,” katanya.

“Jadi saya kata, tidak perlu pindah, biar saya pindah Putrajaya, selesai,” katanya yang berucap di hadapan kira-kira 500 veteran tentera.

Menurut Azmin, pelbagai skim di bawah kerajaan Selangor seperti air percuma, bas percuma dan tabung khairat menjadi daya tarikan rakyat berhijrah ke negeri itu.

“Putrajaya pula bagi bonus RM1,500, itu pun bayar 2 kali. Selangor bagi 3 bulan bonus gaji, bukan tahun ini, tetapi sudah beri tahun lepas lagi,” katanya.

Azmin berkata, dalam dirinya juga “mengalir darah pahlawan” kerana ayahnya berkhidmat dalam perkhidmatan ketenteraan selama 21 tahun.

“Arwah bapa saya bertarung selama 21 tahun untuk mempertahankan bangsa dan negara, nombor tentera juga saya masih ingat, 3443,” kata Azmin.

Sementara itu, menyentuh kemelut pengagihan kerusi di antara 4 parti Pakatan Harapan di Selangor, Azmin yakin keputusan muktamad akan dicapai menjelang pilihan raya umum.

Semalam, timbalan presiden PKR itu menjemput semua parti untuk berunding mengenai pengagihan kerusi di Selangor.

Sebelum ini, Amanah dan DAP mempersoalkan Azmin yang mendakwa isu rundingan kerusi sudah hampir selesai susulan 4 mesyuarat.

“Saya harap semua parti dapat capai kata sepakat dalam masa terdekat. Itu adalah pilihan terbaik, sekiranya ada beberapa kerusi yang diteruskan rundingan, elok diberikan ruang itu.

“Kalau ada kerusi yang belum diputuskan, berikan ruang kerana akhirnya kita mahu kemenangan di kerusi berkenaan,”
kata Azmin.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...