Jumaat, 23 Februari 2018

Jururawat Lapor Polis, Dakwa Difitnah Ratu Naga.

Ia adalah kelas pendidikan seks untuk golongan yang berisiko menghidap HIV. Itulah penjelasan seorang kakitangan perubatan yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan di Negeri Kelantan. 

Menurut jururawat yang enggan mendedahkan namanya itu, beliau mendakwa berasa malu selepas difitnah secara politik oleh seorang pemain media sosial Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Ratu Naga ataupun nama sebenarnya Syarul Ema.

Laporan polis


Jururawat yang berusia 43 tahun itu membuat laporan polis pada selasa selepas melihat rakaman video tentang dirinya sedang mengajar pendidikan seks menjadi tular di laman sosial dengan dakwaan kononnya beliau ialah orang UMNO, tiada maruah, tiada rasa malu, membuat demo bercampur lelaki perempuan dan seterusnya menjadi mangsa hinaan dan kritikan di ruangan komen atas post berkenaan. 

Post yang dimaksudkan



Jururawat itu turut mendakwa kelas pendidikan seks itu sebenarnya berlaku sekitar Ogos 2017 bagaimanapun disebarkan semula secara politik dan keadaan itu memberikan impak ke atas dirinya dan keluarganya.

Dalam perkembangan berkaitan, Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir tampil membuat kenyataan mengenai insiden yang membabitkan jururawat itu di akaun Facebooknya.

"#RATU_NAGA_KAKI_FITNAH 

Kasihan jururawat di dalam video yang diviralkan oleh Ratu Naga ini. Ratu Naga telah memfitnah video pendidikan seks untuk golongan berisiko menghidap HIV sebagai video UMNO. 

Hasilnya, macai-macai pembangkang telah memaki hamun dan memfitnah jururawat yang tidak bersalah ini. Beliau amat tertekan dan menghubungi saya. Saya syorkan beliau mesej Ratu Naga dan jelaskan keadaan sebenar dan pohon dipadamkan posting tersebut. 

Jururawat tersebut telahpun mesej Ratu Naga namun mesej tersebut tidak dihiraukan. Posting fitnah tersebut kekal terpampang dengan segala komen yang mengecam jururawat ini dibiarkan begitu saja," katanya dalam satu kenyataan. 

Doktor Abdul Rahman Abdul Kadir turut berkata tujuan beliau membuat penjelasan kerana mahu membersihkan nama jururawat yang difitnah kerana hakikatnya jururawat itu sebenarnya sedang bertugas untuk mendidik masyarakat.

"Sewajarnya bila empunya diri tampil menjelaskan keadaan sepatutnya Ratu Naga sepatutnya mohon maaf dan padamkan saja posting tersebut kerana ia melibatkan maruah dan nama baik serta gangguan psikologi kepada seorang wanita Muslimah yang tidak bersalah. 

Tetapi Ratu Naga tidak berbuat demikian entah mengapa. Mungkin yakin kulitnya kalis api neraka agaknya. Kerana tidak tahan dengan tohmahan, wanita tersebut telah membuat laporan polis. 

Beliau memohon saya untuk menjelaskan perkara sebenar bagi membersihkan namanya yang hanya menjalankan tugas mendidik masyarakat. 

Beliau juga sedang mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang. Marilah kita semua menolak politik sampah dan fitnah seperti ini," jelasnya lagi. 

Mesej kepada Ratu Naga


Berdasarkan semakan, post yang dimaksudkan sudah tidak kelihatan sejak semalam.


Dan menurut individu yang dikenali sebagai Ratu Naga pula, beliau mendakwa hanya mempunyai dua akaun facebook yang aktif iaitu id Ratu Naga secara rasminya dan Ema Lee untuk kegunaan peribadinya. - 23 Februari 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...