Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 September 2018

Bertegas Pertahankan Pemilihan Petron Walaupun Ada Kaitan Dengan Anak PM, Kerajaan PH Terus Dikecam Netizens.

POLITIK | Pada khamis Kementerian Kewangan mengesahkan penyebaran satu surat yang tular di laman sosial mengenai perlantikan PETRON sebagai salah satu dari pembekal bahan api kepada kenderaan kerajaan. 



Dua pembekal lain ialah Petronas dan Shell. Kedua-duanya dilantik sebagai pembekal bahan air untuk kenderaan kerajaan sejak dari tahun 1997.

“Perlu ditegaskan, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan.


“Perlantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan,”
kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media yang diedarkan bagi menjawab penyebaran surat tender itu.



Tindakan melantik Petron itu juga membuka persaingan yang lebih sihat, kata Kementerian Kewangan lagi. 

Bagaimanapun Kementerian Kewangan langsung sama sekali tidak menjawab kritikan mengenai kaitan Tan Sri Mirzan Mahathir yang juga anak kepada Tun Mahathir sebagai salah seorang pemegang saham di syarikat induk Petron yang berpusat di Filipina.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, Mirzan bukan sahaja memiliki saham malahan merupakan pengarah di Petron Corporation (Filipina) yang dilantik sejak 13 Ogos 2010. Perkara itu juga disahkan oleh Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013.

Laungan nepotism, kronisme, diktator kembali kedengaran di ruangan komen yang mengkritik tindakan kerajaan melantik Petron.

Najib Razak juga tidak ketinggalan menzahirkan pandangannya berhubung isu tersebut.

"Petronas merupakan syarikat milik negara dan rakyat Malaysia. Jadi akan timbul persoalan mengapa Petronas dibenarkan diganggu gugat sumber pendapatannya melalui perbelanjaan Kerajaan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu bersama dengan Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan Malaysia.

Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP (milik LTAT) diketepikan sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?,"
katanya pada Jumaat.


Berikut kami siarkan pandangan netizens yang dipetik dari laman sosial dan ruangan komen Malaysiakini untuk dinilai umum. - 1 September 2018.





Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...