Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 27 Ogos 2018

PGA, Jabatan Hutan Robohkan 3 Blockade Orang Asli Di Gua Musang.

Malaysiakini | Tiga sekatan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan dirobohkan pihak berkuasa hari ini melibatkan sekatan di Cawas, Kuala Wok dan Kaleg.

 
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Fauzi Azmi berkata, perobohan di Cawas dan Kuala Wok dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, manakala sekatan di Kaleg dirobohkan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Pada masa ini semua tindakan perobohan blockade tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.

"Pihak Orang Asli hanya memantau tindakan yang dilakukan mengikut Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara Pemakaian 1984,"
katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Fauzi, tindakan perobohan dijalankan pihak berkuasa mengikut prosedur dan masyarakat Orang Asli akur tanpa sebarang tindak balas.

"Ini kerana sekatan yang didirikan iaitu di Cawas dan Kuala Wok meliputi kawasan Hutan Simpan, manakala sekatan di Kaleg luat daripada kawasan Hutan Simpan," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini sedang menghubungi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan pihak polis untuk mendapat keterangan lanjut mengenai perobohan sekatan berkenaan. - 27 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...